radar

Sunday, September 29, 2013

ketam MASAK LEMAK KUNING



masak lemak kuning .......untuk anak beta...
no.mood untuk bercerita...
layan gambar je la..


Sunday, September 22, 2013

Kari Laksa


Pagi tu malas nak masak sarapan...so makan bungkus je..
 Sambil makan2 aku belek la kertas suratkhabar bungkus makanan sementelaah surat khabar hari tu takde lagi depan mata. belek punya belek terbaca satu resipi 'KARI LAKSA'.(metro Ahad:6 JAN 2013)
Emm...menarik..
memang dok tengah cari idea nak masak lain hari ni... 
dan bahan2 diapun kebanyakan ada dalam stok..kira jadi la hari ni punya menu....
yang teruja sangat nak mencuba sebab menu ini paling popular di RESTORAN RASA MAS..
emmm...mesti sedapppnyer..kan...


yummmm...
Ya... memang tak salah lagi....
memang memenuhi citarasa kami sekeluarga..
sebab...
takde sorang pun yang tak makan...
kebetulan Mak long datang bersama anak menantu..
menu ni la yang aku hidang...
licin.......langkah kanan nampaknya diorang..

Apakata kengkawan cuba masakan ni....spaghetti kalau asyik masak ala barat boring jugak..
sesekali meh kita tukar selera...
Meh tengok resepi dia...

KARI LAKSA
Resepi asal : Restoren RASAMAS
Sumber : Deli sweetsour

bahan:
1 peket spagheti (direbus)
2 batang serai dititik
1 liter santan
1 cawan air
3 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk ketumbar
5 tangkai daun kesum

bahan sampingan:
500gm ayam (DSS potong dadu je)
2 peket bebola ikan
1 peket tauhu puff (DSS guna 4 keping tauhu...goreng & hiris)
5 biji telur rebus
sedikit kacang panjang
garam secukup rasa

bahan dikisar halus
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3cm halia
10 biji cili kering (3camb cili kisar...kut..lupa)
1sudu besar belacan

Cara memasak
1. tumis semua bahan kisar hingga naik bau
2. Masuk rempah kari, serbuk ketumbar, serai, daun kesum dan kacau sampai rempah masak
3. Masuk santan serta air. Kacau semua bahan supaya mesra dan biar kuah mendidih.
4.masukkan ayam dan biar sampai masak
5. masuk bebola ikan dan garam.Masuk tauhu dan terus kacau.
6. Jika kuah masih terlalu pekat, tambah sedikit air. 
7. Setelah mendidih, tutup api...sedia untuk dimakan...


Thursday, September 19, 2013

PUJAAN ANAK-ANAK .....nasi lemakku....


"Mama buat la nasi lemak,"
"ala esok kita beli je kat cik noni"
"mama buat la.....mama masak sedappp"...Ini ayat Harith
Ewah.....kembang aku......
Stat aritu ... seronok pulak aku masak nasi lemak, sampaikan dalam seminggu tu 3/4  kali masak nasi lemak je...sebelum nak p kerja.
Bila tengok diorang makan mesti licin, bukan sampai menjilat jari je, tapi saampai menjilat pinggan...
SERONOKNYA hati.....tengok diorang makan
kadang sampai ke petang kalau nasi tu ada lagi,,, diorang minta lagi..
bila sampai malam ....minta juga...(syasya la tu.....)...dah habis daaa...
ESOK.....
"kenapa mama tak buat nasi lemak", syasya tanya dengan sedih
Amboiii...sakan la mama nak masak tiap2 hari....



Sunday, September 1, 2013

MINI PIZZA



MINI PIZZA
SUMBER:  resipi chef ismail collection 4 (2004)
sumber : deli sweetsour


BAHAN-BAHAN
A
250G TEPUNG roti
1 1/2 camt gula
1/2 camt garam

B
125ml air suam
2 camb krimer Sejat
1 biji telur (dipukul sikit)
2 camb mentega cair

C
1/2 cawan sos tomato
1 camb oregano
5 biji sosej ayam, dihiris
6 kuntum cendaawan butang, hiris
1 biji bawang besar, hiris
1/2 biji capsicum merah/kuning/hijau, hiris
80gm nenas dalam tin, tuskan n hiris
150g parutan keju mozarella

CARA BUAT
1. campur bahan A dan masukkan bahan B
2.uli doh sebati n tidak melekat pada jari
3.Rehatkan doh dalam mangkuk sehingga menjadi naik 2 x ganda. Uli lagi 5 minit.
4. canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan pastry bulat 9cm
5. susun atas dulang pembakar dan cucuk permukaan dengan garpu, ketepikan
6. sapu sos tomato  ke atas doh dan tabur oregano.
7. susun sosej, di atasnya pula sayuran dan taburkan keju
8. Bakar dalam ketuhar suhu 200C selama 15-20 minit atau hingga keju cair.
9.hidangkan......


Saturday, August 31, 2013

HIDANGAN MERDEKA RAYA....LONTONG....resepi KAK PAH YANG SEDAPPP...

Dalam byk2 makan lontong , resepi kak pah (kawan sekolah) yang paling best aku pernah rasa...
jadi aku minta k.pah resipi ni untuk dicuba..
TQVM kak pah...memang sodappp...
gambar ni aku letak sambal ikan bilis



KUAH LONTONG

1 camb cili kisar**
bawang besar**KISAR
1 camb udang kering
udang hidup
kunyit hidup/serbuk
sengkuang
carrot
santan cair
kacang panjang
bunga kobis
terung
putik t\jagung
fucuk n suhun (rendam dulu smpai kemang)
santan pekat last
garam n gula

CARA:
 TUMIS bahan kisar.
pastu masukkan senarai bahan ikut turutan
bila dah masuk santan cair, biar sayur tadi empuk
masuk sayur seterusnya
last baru masuk santan pekat
perasakan
bila mendidih tutup api

KUAH KACANG
secawan kacang( telah dikisar)
3 ulas bwg
1 ulas bwg putih
halia sikit je
lengkuas lebih dr halia
serai sebatang , ketuk
1 camb cili kisar
1/2 gula melaka (dss BUH 1, Takyah buh gula dah)
garam n gula
air asam jawa (ckit je)


CARA: MACAM masak sambal.... malas la nk menaip



Tuesday, August 27, 2013

REKOD STOK BARU 27.8.13

Untung gak tak amik tupperware ni masa raya dulu...rupanya lepas raya harga lagi murah...hehehe...rezeki,rezeki...

rm 47

Beg tupperware untuk khalish.....
KHALISH... dengan beg comelnyer....tak senyumpun...

senyumpun.... rm 30...harga asal RM39


Monday, August 26, 2013

KERABU TAUGEH & KERANG



Ni ntah bila aku buatpun tak pasti. yang pasti masa ni  selera orang mengandung dah datang...ye la tak penah2  buat, makan  beli kat kedai ada la...

KERABU TAUGEH & KERANG

Bahan-bahan ( 4 orang )
Sebungkus taugeh (30 SEN JE)
Sedikit pucuk paku...*3 ulas bawang merah
*5 biji cili padi
*Sedikit  belacan (dibakar)
*Sedikit udang kering (rendam dulu)
*1 sudu teh lada hitam biji
Semua * diblend
2 sudu makan air perahan lemon/limau
1 sudu makan kerisik
Garam & gula secukup rasa


Cara-cara:
Taugeh n pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak. (k.nor skip)
Kemudian toskan airnya.
Masukkan bahan2 yg telah diblend tadi ke dalam taugeh. Gaul rata.
Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula.
Sedia untuk dimakan dgn nasi panas

Nak menarik tambahkan hirisan cili merah...biar berselera sikit makan tu...ni pucat je...

Friday, August 23, 2013

MY BIRTHDAY.....Raikan sendiri

SELAMAT HARI JADI!
Ha.... ucapan buat diriku sendiri...pasai pa...sebab sendiri meraikan...bukan diraikan...
Ye la...yang tinggal kat rumah semuanya yang kecik2..jadi kira mama meraikan anak2 sempena birthday mama. Kalau bgtau birthday mamapun depa cakap tu birthday depa...

No more cake 4 this birthday..... kalau anak2 mesti nak kek...tapi mama ...hemm takyah la... kita tukar kepada.....

6 beranak( termasuk opah) makan satu kotak ni....2 hari baru habis.....fuhh... jimat betul...
makan boleh bersambung esok...siap panaskan balik ayam dan pizza tu..



Sunday, August 18, 2013

SNOW CHEESE CAKE (RESIPI 2... lagi sempoi..all in 1


BIKIN pd 17.8.2013

buat pada 2.7.2013... sampai dah kering dalam peti ais baru nak posing..


Snow Cheese Cake
Sumber :blog kak umi kuantan

Bahan: (Akak guna loyang bulat 8 in)
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) (akak guna gred B)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
  • 60g tepung jagung (maizena)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm)/  boleh guna gak jenama tatura
  • 1/2 tin susu pekat manis / kurangkan dari 1/2 tin krimer manis
 (satukan kedua bahan & putar sehinggatidak berketul-ketul).
DSS kadang2 guna jenama tatura krim cheese

Untuk Toping:


  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C....DSS pakai 170'C
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Tips akak:-
  • Mencairkan mentega, jangan sampai warnanya kejernihan, cukup setakat mentega cair sahaja.  Jika tidak kek akan sedikit berminyak. 
  • Panaskan dulu oven lebihkurang 10 minit sebelum bakar kek.
  • Akak telungkupkan loyang kek sebaik sahaja dikeluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk.
  • Letak loyang kek pada rak paling bawah dalam oven, tetapi kedudukannya di tengah-tengah.
  • Buang (potong rata) bahagian atas kek supaya kerja sapuan lebih senang kerana permukaannya sgt lembut (leroii).
  • Cheese yang telah dipukul, akak masukkan sekejap dalam fridge lebihkurang 10 minit sebelum disapu di sekeliling kek

Thursday, August 15, 2013

BERGEDIL... tak suka tapi akhirnya suka


Bergedil......
Bahan-Bahan
4 biji ubi kentang - potong baji
200gm isi ayam - dikisar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji cili merah - cincang halus
Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris halus
1 biji telur
Serbuk lada sulah/ lada hitam
Tepung gandum
Garam secukup rasa



Cara

  • Rebus kentang 3/4 masak. Angkat, lecek-lecekkan sampai halus.
  • Masukkan isi ayam, bawang besar cili merah, telur serbuk lada serta daun sup/bawang kedalam kentang yang telah dilecek tadi. Gaul sebati.
  • Jika adunan lembik, tambahkan dengan tepung sedikit2 sampai boleh dikepalkan.
  • Bulat2kan kentang tadi.kalau ada lebihan telur boleh dicelup sblm goreng
  • Goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List