radar

Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Saturday, June 17, 2017

Biskut cornflakes madu

1 Pack Nestle Cornflakes (besar)

- 3/4 Buku Buttercup

- 1/2 Tin Susu Pekat..
.(lain kali guna sikit je@ xyah pakai...macam xbrp best.susu tu akan mendapat kt bwh)

- 5 Sudu Besar Madu

- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)

- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-Cara;

1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.

2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.

3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.

4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.

5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.

6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.

Monday, June 12, 2017

Biskut samprit susu


 semperit susu

 200 g mentega /250g
350g  tepung jagung / 440g
1/ 2 cawan susu pekat / boleh lebihkan ckit
2 SB tepung beras / xyahpun xpa
2 SB tepung kastard

 cara membuat
1. mentega dan susu pekat dipUtar sehingga sebati  n kembang JE ..xyah lama2 syaratnya..
2. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit
3.sampritkanlah ia
Harith sampret lg cantik dr mama

Saturday, June 10, 2017

BISKUT ALMOND SNOW


Bahan A 
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B 
300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Bahan Hiasan 
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut

Cara- Cara 
Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redaiCelup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Tuesday, July 14, 2015

Kek lapis oreo

KEK LAPIS OREO

Sumber: http://rozzan.blogspot.com/2009/11/kek-lapis-oreo.html?m=1

Bahan-Bahan

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.

10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.

Nota:

1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.

Sunday, October 5, 2014

Wafiy dh 10 bulan

10 bulan 2 hari dahhh... amik pic ni di rumah baru selepas kembali dari majlis korban hari raya haji

Thursday, August 8, 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN





Ketupat PALAS

First time in my life..... aku buat benda ni....
 sebelum ni masa kecik2 dulu tak berapa suka sangat, bila time raya mak buat aku tak makanpun, kalau makanpun ckit sangat... memang tak gemar sebab berminyak...
itu cerita dulu...
Tapi kini... bila dah beranak pinak, anak-anak sukee.....sangat, suamipun suka,,,, jadi-jadinya akupun terikut suka....bila p beraya rumah orang benda ni yang kami cari sebab kat rumah tak buat...
Tahun ni aku telah mencipta rekod membuatnya sendiri....
meriahnya raya.... ewah...mencipta suasana...
anak-anak seronok  sebab bila buat ni.... ada rasa nak raya....
Dari resipi hingga membungkus semuanya aku belajar dari internet.... maklumlah tak penah amik tahupun pasal pembuatan ketupat palas ni...

BILA besemangat nak buat aku suruh suami p  beli daunnya, tapi dibawa balik daun ketupat nasi....sebab takde orang jual....boleh ke aku nak buat eksperimen dengan daun tu....issshh...pikir2...sah2 tak jadi...
   
Namun dengan keizinan tuhan, tetiba terjumpa la aku dengan daun palas masa p soping kat bazar ekspo ...mula beli sikit,, pastu tak cukup suruh ayang p beli... agak2nya yang menghabiskan daun kat bazar tu aku la....hahaha..orang sini bukan jenis buat ketupat palas... depa bikin ketupat daun pisang...
DEngan usaha GIGIH, akhirnya aku BERJAYA....

yeye... jadi...alhamdulillah..



RESEPI

Bahan-bahannya :

Daun Palas (DSS beli dah siap , 1 ikat ada 20biji harga rm....tak ingat rm 1@ 2
1 kg pulut, RM 3/RM 4 santan/sebiji kelapa, sehelai daun pandan,1 camb garam dan air.


Cara :
Basuh bersih pulut dan toskan. Kalau nak rendam kejap pun boleh.
masukkan pulut ke dalam periuk dan tuangkan santan
Sukat santan sama banyak/ ngam2 paras  pulut. kalau kuantiti santan masih kurang dari paras pulut, masukkan sedikit air.
kemudian masukkan garam dan daun pandan.kacau sebentar untuk memastikan semua bhan sebati

 Pastikan periuk tu besar supaya senang mengacau pulut tu.
Sentiasa kacau hingga pulut kering dan boleh angkat. Pulut tu akan jadi 1/2 masak.
Boleh terus balut pulut dengan daun palas./bagi sejuk dulu.. 
Masa membalut, jangan masukkan pulut tu banyak sangat @ padat untuk elakkan ketupat pecah masa merebus, kan pulut tu 1/2 masak, pulut akan kembang lagi masa merebus.
Dah siap balut, ikat n gunting lebihan tangkai ketupat tu.
Letakkan daun2 palas dan daun pandan dalam periuk dan baru susun ketupat atasnya.
Tuang air panas ngam2 sukatan ketupat2 dalam periuk tadi, tutup tudung periuk dan boleh terus rebus atas api sederhana hingga air kering. 
Boleh angkat dan dihidangkan dengan rendang atau kari.

Nota :
Tempoh memasak Ketupat Palas diukur mengikut air yang digunakan untuk merebus Ketupat Palas tu, bukan diukur dengan kiraan jam.Air yang digunakan ialah ngam2 dengan paras ketupat
Ketupat yang belum direbus boleh difrozenkan, nak makan, baru rebus.


inilah rupa hasil balutan, walaupun rasa something wrong je rupa balutannya.

Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI JADI


Hari ni hari lahir saya. dah beberapa tahun kebelakangan ni sambut birthday dala
m bulan posa, tapi tahun ni b.day jatuh pd hari raya yg ke-4.
Jadi kena wish juga Selamat Hari Lahir. Istimewa kali ni sebab dapat hadiah tablet samsung galaxy7.7.dari suami. Makan pulak kek secret recipe yang aku beli pelbagai jenis.Sampai naik muak. irfan makan kali pertama terus nak termuntah padahal masa nak beli dia yang beria tunjuk nak itu nak ini..

Tema warna  raya kali ni coklat + oren.Inilah kenangan kali ini walaupu
n posisi masing2 macam tak kena je.Susun punya susun macam nilah dapat....tak balance kan ...anak dara 2 org ni dok depan...nampak besar ..patutnya mereka kena dok belakang.Tu la pasal kalau tak pakar bab fotografi ni..dah lepas baru boleh pikir balik...emmm tahun depan la..but still ok ..klong & kyang jd penyeri warna...

 hehe....aku tak bersandar, jadinya gambar aku lebih besar dari suami


Apa2 pun kami sekeluaga mengucapkan....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
ni pulak si comel ni dah naik rimas nak bergambar


Buat kelainan tahun ni, sebab beraya di rumah tok yan

bersama anak dara sulung dan bongsu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List