radar

Thursday, October 12, 2017

Keputusan darah

Selepas hampir 2 tahun pada 12 5 2017 aku membuat pemeriksaan darah sekali lagi hasilnya didapati Aku punya hb yang rendah inilah dia keputusannya

Tuesday, September 19, 2017

Kek batik

Kek Batik

1/2ketul butter
5biji telur
3/4cawan tepung gandum
3/4 cawan milo
1/4cawan serbuk koko
(Takdak serbuk koko boleh pakai 1cawan milo)
1/2tin susu pekat
Esen vanila
Biskut meri 2baris atau 200g

#CaraCikDyg

Tuesday, June 27, 2017

Doa Rasulullah SAW RAWAT sakit

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah” A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru “(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR . Muslim)

Dalam Syarah Hisnul Muslim disebutkan asbabul wurud hadis ini. Ada seorang sahabat yang bernama Utsman bin Al Ash rdhiyallahu ‘anhu yang menghadap Rasulullah dan mengadu sakit pada tubuhnya sejak ia masuk Islam. Lalu Rasulullah mengajarkan doa dan cara tersebut, iaitu:

1) Letakkan tangan pada bahagian tubuh yang sakit
2) Baca bismillah tiga kali
3) Baca doa ini tujuh kali

أعوذ بالله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر

Artinya: Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan

Jika kita yakin seyakin-yakinnya dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini, insya Allah kita akan sembuh sebagaimana kesembuhan yang dialami oleh Utsman bin Al Ash radhiyallahu’ anhu. Ustman bin Al Ash pula yang meriwayatkan hadis ini.

Thursday, June 22, 2017

Pajeri nenas

Bahan-bahan
1. Sebiji nanas sederhana besar
2. 5 biji bawang merah*
3. 2 biji bawang putih*
4. 1″ halia*} dimayang
5. segenggam udang kering direndam sekejap dgn air panas dan toskan
6. 1 halba+biji sawi
7. 3 cm kulit kayu manis
8. 5 sudu besar rempah kari Baba`s(digaul dgn sedikit air)
9. 3 cwn santan pekat (dr sebiji kelapa)
10. 2 sudu besar gula pasir/ merah
11. 3 sudu besar kerisik
12. garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Buang kulit nanas dan potong kecil kemudian dicelur sekejap.....xyah celur
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kulit kayu manis, halba, udang kering, kacau sehingga naik aromanya.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan nanas diikuti kerisik, kacau supaya rempahnya tak melekat pada kuali.
5. Masukkan gula dan sedikit garam, masak sehingga kuahnya pekat dan pecah minyak.

Saturday, June 17, 2017

Biskut cornflakes madu

1 Pack Nestle Cornflakes (besar)

- 3/4 Buku Buttercup

- 1/2 Tin Susu Pekat..
.(lain kali guna sikit je@ xyah pakai...macam xbrp best.susu tu akan mendapat kt bwh)

- 5 Sudu Besar Madu

- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)

- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-Cara;

1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.

2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.

3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.

4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.

5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.

6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.

Thursday, June 15, 2017

Penawar kanser tiroid

Sumber... fb
Amy merupakan bekas pesakit Thyroid  Cancer Stage 1. Alhamdulillah disahkan clear cancer pada bulan 03/2017 atas izin Allah S.W.T selepas bertarung selama hampir 2 tahun. Sememangnya benar dan terus amalkan. Semoga bermanfaat buat sahabat handai yg melaluinya.

PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil.

Setiap kali lepas sembahyang baca

Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas Nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali

Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati."

Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

S U R A H  A L - F I L

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} [الفيل : 1-5]

Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil (1)
Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil (2)
Waarsala 'alaihim toiran ababil (3)
Tarmihim bihija ratim minsijjil (4)
Faja'alahum ka asyfim makkul (5)

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)

Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2)

Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4)

Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5)

-------------------------

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser

1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.

2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!

(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)

*** Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.

*** Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.

*** Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.

***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

#PS: Dr H pesan "Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt".

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimanfaatkan. Aminnn.

Monday, June 12, 2017

Biskut samprit susu


 semperit susu

 200 g mentega /250g
350g  tepung jagung / 440g
1/ 2 cawan susu pekat / boleh lebihkan ckit
2 SB tepung beras / xyahpun xpa
2 SB tepung kastard

 cara membuat
1. mentega dan susu pekat dipUtar sehingga sebati  n kembang JE ..xyah lama2 syaratnya..
2. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit
3.sampritkanlah ia
Harith sampret lg cantik dr mama

Saturday, June 10, 2017

BISKUT ALMOND SNOW


Bahan A 
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B 
300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Bahan Hiasan 
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut

Cara- Cara 
Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redaiCelup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Wednesday, June 7, 2017

Biskut Almond london


  hari ini buat persediaan untuk biskut almond london
 bakar almbs suhu oven 180 darjah celcius 12 minit
 bakar almond Whole 18 minit



 Achik tengah kira bilangan almond Whole (100g - 84 biji)
Ajenya nak tengok dia mengira...nk test

*
*
*
*

RESEPI ALMOND LONDON
(Ds   guna separuh je resepi)

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung*
  • 300 gm tepung gandum*
  • 2 sudu tepung beras*
  • 1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)....pakai cooking coklat sedap jer...xyah bazir tau.. DS BELI 1BLOK 3x2 keping (RM 5.50)TU CUKUP JE RASANYA KALAU BUAT SATU ADUNAN RESEPI NI..
  • sedikit butter/shortening utk cairkan coklat ( xyah pakai kawan2....nanti lambat dia kering)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil". 
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya celup n amik guna sudu untuk sadur coklat...x comot pun) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
esoknya.......

Dapat dalam 80 biji..


Budak ni la yg tukang tabur kacang..
padahalnya dia makan biskut ni...habis semua kacang di buangnya....huhu..mahal tau kacang tu...
Dpt la byk ni...

Lain kali kena buat satu adunan sebabnya bila Buat separuh tak sampai raya dah tinggal separuh Tong.... Mana taknya dah jadi kudap-kudap lepas terawih sedap sangat kata Depa

Monday, June 5, 2017

Asam pedas ikan merah sedap sangat


 Alhamdulillah rezeki 10 Ramadhan
 ini resepi yang paling best sekali aku jumpa memang puas hati dengan hasilnya
 rasa dan kepekatannya memang terbaik

Asam Pedas Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - DS guna 3 kerat ikan je
sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Garam
1 sudu ketumbar biji - tumbuk/ kisar
1 sudu jintan manis -tumbuk,guna serbuk je
5 sudu cili kering kisar - boleh tambah

Bahan kisar:
8-9 ulas bawang merah(6 biji)
5 ulas bawang putih (3 biji)
2 inci kunyit hidup
2 inci halia

DS tambah 
sayur bendi 
daun kesum 
bunga kantan 
(sebab stok masih ada)
 
Cara cara:
Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan cili benar benar garing dan masak. Masukkan air secukupnya.

Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Sunday, June 4, 2017

Market oh market

Harga pasaran semasa

Sotong rm 24/kg
ni 1/2 kg (14 ekor saiz sdg) rm 12

udang tu rm 22/kg
dpt .
1/2 bekas rm 6

Tenggiri rm 35/kg
Sekeping ni rm 8

Botok tenggiri


Botok Botok Ikan Tenggiri.


Bahan-bahannya:

2 keping ikan tenggiri.

A

Bahan-bahan kisar:

5 tangkai cili kering.
1/2 cawan kelapa parut.
7 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 inci lengkuas.
4 batang serai.
5 biji cili api (jika suka pedas)

1 tbsp serbuk kari ikan.(bancuh dengan bahan-bahan kisar)

B
Perisa

Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Sedikit air asam jawa,

C
Limau kasturi-untuk perahan semasa nak makan.

Thursday, June 1, 2017

Kuih Sagu

Bahan- bahan:
3 cawan air

1 cawan sagu

3/4 cawan gula pasir

Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah

Sedikit kelapa putih + sedikit garam - gaul

Cara cara:

Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.

Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.

Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit). 

Sejukkan sagu di luar  dulu Pastu baru boleh masuk peti ais Bila , Dah sejuk poto .ng ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih .Siap untuk dihidangkan.

Tuang Dalam loyang ni... nampak nipis je

Wednesday, May 31, 2017

Sambal tempe

BAHAN-BAHANNYA :-)

8 keping tempe (yang bungkus dengan daun)

3 biji kentang

1 genggam ikan bilis, dibersih, rendam sekejap

2 senduk nasi cili kisar

3 camca besar gula (atau secukup rasa)

Garam secukup rasa

2 camca besar cuka makan (JALEN)

3 biji bawang merah*

3 ulas bawang putih*(tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

Tempe dihiris halus, kemudian digoreng hingga garing, angkat dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu dan hiris kecil dan goreng hingga perang, angkat dan toskan. Ikan bilis toskan, perah hingga kering dan goreng hingga garing. Angkat, dah toskan.Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.Masukkan gula, cuka dan garam secukup rasa, Kacau rata dan bila sambal berubah warna, masukkan tempe, kentang dan ikan bilis, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan...

SIAKAP STIM HALIA HOLIAU

Siakap Stim Halia
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)6 ulas bawang putih (dihiris halus)2 inci halia (dihiris halus)2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)1 sudu makan sos ikansedikit airgaramhirisan daun sup3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)

Cara-cara :

Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar. Hidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, May 30, 2017

ROTI JOHN

Bahan-bahan ( utk 10 kpg roti. Sosej,)

1 keping daging burger – dinyah bekukan dan cincang halus...syah guna pun  tak apa yang ni sebab masih ada stok dalam peti sejuk

1 keping (200g) daging cincang ramlly

2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*xbuh pun
5 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris

Roti sosej (10 keping) beli kt kedai 1M/
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu) ,beli 2 pek
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam – kalau nak letakCara penyediaan bahan utama
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk

Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.

Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan…  

Sunday, April 16, 2017

Masak lemak cendawan sisir

beli cendawan sisir ni Semalam RM5 ringgitgambar ni saja yang ada masak lemak nya tak tertangkapaku mengaDapnya sorang-sorang  depa  dok makan pun.

Friday, February 3, 2017

PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API

PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API

2 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
1/2 cawan ikan bilis atau udang kering ~ rendam hingga lembut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili api ~ kalau suka pedas boleh lebihkan....ok dah ni
1 inc kunyit hidup
Air secukupnya
garam secukup rasa

Pucuk paku di bersihkan, ambil daun pucuk dan batang yang lembut sahaja. Cuci bersih dan toskan
Bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit di kisar atau di tumbuk halus
Masukkan bahan kisar dalam periuk
Tambahkan air dan biarkan didih
Bila didih tambahkan santan dan senantiasa di kacau
Akhir sekali masukkan pucuk paku dan garam secukup rasa

2 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
1/2 cawan ikan bilis atau udang kering ~ rendam hingga lembut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili api ~ kalau suka pedas boleh lebihkan....ok dah ni
1 inc kunyit hidup
Air secukupnya
garam secukup rasa

Pucuk paku di bersihkan, ambil daun pucuk dan batang yang lembut sahaja. Cuci bersih dan toskan
Bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit di kisar atau di tumbuk halus
Masukkan bahan kisar dalam periuk
Tambahkan air dan biarkan didih
Bila didih tambahkan santan dan senantiasa di kacau
Akhir sekali masukkan pucuk paku dan garam secukup rasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List