radar

Showing posts with label PIZZA DAN ROTI. Show all posts
Showing posts with label PIZZA DAN ROTI. Show all posts

Monday, May 25, 2020

roti pizza mak teh

500g tepung roti
15g yis
110g gula
10g garam
20g susu tepung
1 biji telur
55g marjerin
225ml air

21/8/2013

Sunday, September 1, 2013

MINI PIZZA



MINI PIZZA
SUMBER:  resipi chef ismail collection 4 (2004)
sumber : deli sweetsour


BAHAN-BAHAN
A
250G TEPUNG roti
1 1/2 camt gula
1/2 camt garam

B
125ml air suam
2 camb krimer Sejat
1 biji telur (dipukul sikit)
2 camb mentega cair

C
1/2 cawan sos tomato
1 camb oregano
5 biji sosej ayam, dihiris
6 kuntum cendaawan butang, hiris
1 biji bawang besar, hiris
1/2 biji capsicum merah/kuning/hijau, hiris
80gm nenas dalam tin, tuskan n hiris
150g parutan keju mozarella

CARA BUAT
1. campur bahan A dan masukkan bahan B
2.uli doh sebati n tidak melekat pada jari
3.Rehatkan doh dalam mangkuk sehingga menjadi naik 2 x ganda. Uli lagi 5 minit.
4. canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan pastry bulat 9cm
5. susun atas dulang pembakar dan cucuk permukaan dengan garpu, ketepikan
6. sapu sos tomato  ke atas doh dan tabur oregano.
7. susun sosej, di atasnya pula sayuran dan taburkan keju
8. Bakar dalam ketuhar suhu 200C selama 15-20 minit atau hingga keju cair.
9.hidangkan......


Monday, January 28, 2013

ROTI SOSEJ LADA HITAM

sarapan pagi isnin.....bestnyer cuti.....

bahan2
roti 
marjeRIN
sosej blak peper
sos cili
thousand islaND

Friday, July 30, 2010

PIZZA GEBU



Berjumpa lagi kita..dah lama tak buat pizza...sementelaah anak dari asrama nak balik so adalah baiknya saya memulakan aktiviti membuat roti pizza... selalunya guna resipi dari chef ismail..kali ni nak buat piza guna resepi CMG..tapi resipinya lebih kurang sama

1 bahagian lagi saya buat mini pizza...semuanya telah diangkut masuk ke dlm tupperware oleh si anak sorang ni,,,(utk kawan2 dia kt asrama)...
sedap...mmg sedap...dh sejuk still sedap lagi...sebab lembut dan gebu

BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver

BAHAN ISIAN :-)
1 1/2 cawan sos tomato
6 batang sosej ayamas, hiris bulat
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji....x letakpun..sebab tak tau nak cari kt mana...
Keju Mozarella secukupnya
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar...lupa nak letak..

Tambahan :....saya letakkan..
tumisan ayam dan puri tomato...

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.

2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List