radar

Showing posts with label KETAM. Show all posts
Showing posts with label KETAM. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

ketam MASAK LEMAK KUNING



masak lemak kuning .......untuk anak beta...
no.mood untuk bercerita...
layan gambar je la..


Monday, June 4, 2012

KETAM MASAK LEMAK CILI API

ini menu tengahari.....

nasi putih
ketam masak lemak
ikan goreng
sayur kacang buncis


SEMPOI......KAN..

Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahannya:

4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
300 ml santan pekat...
air secukupnya...
Garam
Daun limau purut

Bahan kisar :
1cm kunyit
1cm halia
5 biji cili api
2 ulas bwg merah
2ulas bawang putih

Cara Membuatnya:

Masukkan santan, air, serai, asam gelugor ,daun dan bahan kisar ke dalam periuk. Didihkan sambil di kacau.
Masukkan ketam dan biarkan mendidih.
Perasakan garam .
Angkat bila kuah agak pekat dan ketam telah masak.







Thursday, February 2, 2012

ketam bercili



Bahan-bahan ( 3-4 orang )
1/2 kilo ketam segar (ape2 jenis, kalau pilih ketam bunga, pilih le yg betina sb byk isi)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1-2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
1 inci halia (dikisar)
1 cams serbuk kunyit
1 sdt perahan asam jawa
1 sudu makan sos tiram
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak utk menggoreng
Cara-cara 1.Bersihkan ketam. Perapkan dgn serbuk kunyit dan garam selama 10 minit. Kemudian digoreng di dalam kuali sehingga separuh masak. 2.Keluarkan ketam dari kuali. Gunakan minyak lebihan td utk menumis bahan2 yg tlh dikisar. Tumis sehingga terbit bau. 3.Masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit air. Kacau rata2. Kemudian masukkan ketam dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. 4.Siap utk dihidangkan.

Friday, November 25, 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI API



Dah lama tak makan ketam.Tapi bila anak (Harith)teringin nak makan terpaksalah minta tolong kakaknya carikan ketam di pasar....Yang ini kategori ketam yang bersaiz sederhana (1kg-RM 15)...

Bila dah siap masak, yang pastinya selera anak yang selalu tak menentu...pastinya akan berubah dan nasi akan ditambah-tambah...tu yang best tengok diorang makan...
Jom tengok resipi I..

Bahan-Bahan:
ketam 1kg

Bahan-bahan untuk dikisar:
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
kunyit hidup 4cm (pakai serbuk kunyit je)
cili padi 10 biji

serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai
garam secukup rasa
asam keping 1 keping
santan pekat 200ml-(70ml buat santan cair)
air secukupnya

potongan nenas

Cara:
Bersihkan ketam..Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan masukkan santan cair.kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.Masukkan santan pekat.masaukkan nenas dan Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.

Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List