radar

Showing posts with label MYFAMILY. Show all posts
Showing posts with label MYFAMILY. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

HARITH DAPAT HADIAH UTK PROGRAM NILAM


Tahun ni harith banyak kali tak hadir ke sekolah sebab sakit perut...Last aritu bawa ke TMC, doktor cuma kata angin je..kena habiskan ubat kalau tak baik gak doktor nak scan perut dia...Tut..tut semalam waktu petang dia mengadu sakit lagi tapi bukan sakit perut tapi kat tepi sebelah kiri..mungkin senak perut kut..aku fikir. sebab  kalau sebelah kanan itu adalah sakit appendiks.ahh...senak biasa tu..
malam tadi kami sekeluarga pergi pameran buku habibi kt pusat bandar.Harith ikut sekali..tapi jalannya dah menyenget semacam.emmm ayah dia kata jom la p. klinik....dan Doktor kata senak atau angin....haaa..akupun boleh jd doktor.Pastu ubat yang  biasalah doktor bagi...antibiotik, sakit perut, angin. Harap2 Harith akan ok balik
Tapi pagi ni dia mengadu sakit lagi.. sakit sampai belakang..dan tak mau ke sekolah lagi.pening la aku...macam2 kerenah dipagi2 ni....Takpalah sabar je la.Sat gi nak menenpuh jem satu hal..lagi la buat aku tension.!!
Harith ..semoga cepat pulih dan dengar cakap mama..Bila dia tengah sihat memang tak ingat nak duduk diam2 dalam rumah..asyik2 nak cari kawan. Nasib la walau dah banyak kali xmai sekolah, bila dia datang sekolah isnin lepas dalam perhimpunan dia terima hadiah tempat ke-3 dalam program nilam..haa..sejuk sikit hati mama.

Thursday, September 13, 2012

Lamanya Harith sakit perut

Susah hati dengan Harith... bila time nak ke sekolah je asyik sakit perut...Kadang percaya kadang tak percaya...betul ke dia sakit ni ni atau nak jadi alasan tak mau p sekolah....bila selidik balik betul la dia sakit perut sebab kadang2 tengah malam dia bangun bagitau sakit perut atau tengah2 syok main kat luar dia lari masuk rumah bagitau sakit perut..
 
Mungkin maklumat ni boleh digunakan untuk analisis simptom ni...Harap2 Allah akan sihatkan abang Harith dan bersemangat balik ke sekolah...Dah dua klinik dah kami bawa tapi masih sakit lagi..doktor hanya kata angin/ jangkitan kuman je..

Sakit perut berjangkit

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.
APABILA mengalami sakit perut, anda mungkin menyangka ia akibat anda tersalah makan dan berharap ketidakselesaan itu pulih tidak lama kemudian. Namun, tahukah anda, ada sejenis kuman yang menyebabkan penyakit perut dinamakan Helicobacter pylori (H pylori)?
Saintis Jerman menemui H pylori dalam perut manusia pada 1875 manakala saintis Itali menjumpainya dalam perut anjing pada 1893.
Barry Marshall dan Robin Marshall yang pertama mengasingkan kuman itu pada 1981, dan menumbuhkannya. Mereka percaya kuman itu menyebabkan penyakit perut.

Kuman itu berbentuk rod dan berflagela (bebenang halus panjang seperti cemeti tersemat pada sel tertentu) dan berada di atas dinding perut dekat antrum (bahagian hujung perut). Mereka yang berusia lebih 50 tahun berisiko mendapat jangkitan kuman itu.


Ia boleh tumbuh selepas tiga hari pada agar-agar darah dalam makmal yang terkawal. Ujian genetik untuk kuman itu berguna pada masa akan datang kerana mungkin vaksinasi baru boleh direka untuk menghalang kuman itu membiak dalam perut manusia.

Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong, berkata bakteria ini biasanya tidak mendatangkan masalah pada peringkat kanak-kanak.

Jika menjangkiti kanak-kanak, dia mungkin mengalami gejala gastritis, termasuk loya, muntah dan sakit di perut. Bagaimanapun, ia mungkin tidak disedari pesakit kerana tiada gejala jelas, malah gejala sama turut dialami ketika berdepan banyak penyakit lain.

Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada penyakit penghadaman, termasuk gastritis iaitu kerengsaan dan radang pada lapisan perut dan penyakit ulser peptik. Kanak-kanak yang menghidap ulser peptik boleh mempunyai luka berdarah, hematemesis menyebabkan muntah berdarah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi dan melena iaitu najis hitam, berdarah atau kelihatan seperti tar.

Pesakit lebih menderita kesakitan ketika perut kosong. Ia perlu diatasi segera dengan mengambil makanan atau ubat anti asid. Dalam kes teruk, kuman ini mungkin boleh menyebabkan kanser perut.

Bakteria itu boleh didapati di seluruh dunia, terutama di negara membangun berbanding di negara maju. Sesiapa saja boleh dijangkiti bakteria H pylori tanpa menunjukkan gejala. Setakat ini, tiada vaksin untuk kuman ini.


Gejala dijangkiti:

  • Kadangkala tiada gejala langsung
  • Simptom yang biasa didapati ialah sakit di perut, rasa kembung walaupun tidak makan banyak
  • Apabila penyakit ini mempunyai komplikasi, ia menyebabkan pendarahan daripada luka dinding perut atau menembusi dinding perut
  • Ia menyebabkan kanser perut atau kanser esofagus 


    Adakah kuman mengganggu resapan zat makanan? 

    Tiada bukti. Sebilangan pesakit kekurangan zat besi mungkin disebabkan pendarahan luka di perut. 


    Adakah kuman ini berkaitan dengan penyakit jantung, alahan, diabetes, penyakit usus besar atau tiroid? 

    Tiada bukti untuk menyokong bahawa kuman ini mempunyai hubungan dengan penyakit berkenaan. 


    Adakah kuman ini berkaitan dengan kanser perut? 

    Risiko mendapat kanser perut ialah 0.5 hingga 2.5 peratus di kalangan pesakit yang dijangkiti kuman. Risiko lebih tinggi di Jepun dan Colombia, manakala risiko lebih rendah di Amerika Syarikat dan Australia. 


    Bagaimanakah kuman ini merebak? 

    Kuman ini didapati di air liur, gigi dan najis. Kemungkinan kuman ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar. 


    Haruskah suami atau isteri pesakit turut dirawat? 

    Hanya 50 peratus suami atau isteri pesakit turut dijangkiti kuman ini. Mungkin sesetengah individu ada imuniti atau gaya hidup yang berbeza, lalu mengelak dijangkiti. Doktor biasanya akan menyiasat suami atau isteri pesakit jika mendapati ada gejala penyakit. 


    Selepas rawatan antibiotik, perlukah menjalani semula ujian endoskopi? 

    Ada kuman yang kebal atau tidak dapat dibunuh dengan antibiotik yang biasa diberi. Untuk memastikan kuman mati, amat penting mengulangi ujian endoskopi. Jika kuman tidak mati, antibiotik perlu diganti dengan yang lain. 


    Jika kuman tidak mati selepas rawatan pertama, apa harus dilakukan? 

    Ini berlaku mungkin disebabkan pesakit tidak mengambil ubat mengikut jadual tetapi biasanya doktor menukar antibiotik kerana kemungkinan kuman terbabit tahan dengan ubat terdahulu. Endoskopi biopsi untuk menumbuhkan kuman boleh dibuat untuk ujian antibiotik sensitiviti. 
    Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/28

  • Friday, June 8, 2012

    CUTI-CUTI MALAYSIA ALA LUAR NEGARA

     sOMETIMES JELES JGAK TENGOK ORG bercuti dluar negara....siap buat persiapan beli pakaian musim sejuk....dALAM HATI bila la plak aku akan dpt chance macam tu...Tapi lantak la korang...itu orang berduit...cam aku ni orang biasa-biasa je...  Jadi percutian  macam kami ni sesuai la  ...ala-ala luar negara..luar negeri...musim sejukkan...kira ok la...Alhamdulillah dengan rezeki yang tuhan bagi...


    Saturday, June 2, 2012

    PLAY STATION 2

    beli PS 2 malam tadi di TESCO Taiping.......RM 599
    Tetiba terdetik dihati nak belikan ps2 untuk si abang Harith dan Irfan...Asyik2 dia merayap pergi rumah kawan(jiran) untuk tumpang bermain PS2 milik kawannya.Memang sebelum ini dia ada minta untuk beli benda alah ini....tapi pelbagai alasan dan syarat yang aku kenakan....Budak-budak ni bukannya boleh dilayan sangat permintaan depa....nanti dimanjakan sangant akhir sekali kita juga yang susah....
    Tapi kenapa akhirnya dibeli??? kenapa ya? Kalau takda pun dia cari gak kat rumah kawan dia...akhirnya main juga...pastu tak reti2 balik rumah...Lebih baik beli sendiri so boleh bermain anak beranak,,, taklah asyik menumpang kat rumah kawan je.....
    Haaa...tapi nak beli ni aku siap letakkan syarat....Ingat senang2 ke dapat.....syaratnya adalah....semua ibu bapa meletakkan syarat yang sepatutnya....kena ikutlah....jangan 24jam mengadap PS 2 je...

    Saturday, November 19, 2011

    Dapat oven baru

    Khamis lepas nak pergi kedai alat elektrik sebab nak suruh mereka repair mesin basuh yang dah rosak button power...
    Tapi bila sampai kat satu sudut ada oven pensonic...akupun tunjukla kat suami...oven ni la yang aku berkenan(aritu dah pergi servei)...diapun minta orang kedai tu ambilkan....yes! nak beli la tu.....seronoknye....t.kasih bang....

    ni la oven baru ku......
    Harganya RM 230...lebih besar daripada yang dulu...

    Tuesday, September 6, 2011

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....buat semua



    Sudah seminggu kita berada di bulan syawal. maih belum terlambat nak wish kepada semua semoga lebaran kali ini membawa seribu rahmat kepada kita...semoga salah dan silap tu.. dapat dimaafkan...

    Raya kali ini amatlah bermakna buat kami sekeluarga kerana hadirnya seorang lagi insan comel....tu...di atas riba ayahnya....Muhammad Khalish...yang kini telah pun berusia 4 bulan...walaupun baju raya tahun ni tak happening(x sempat nk bershopping lama-lama,almaklum ada baby)....janji ada la...tema pink...

    Tapi anak teruna saya, yang sudah menginjak besar (kononnya la..) tak mau baju raya warna pink(bagi dia pink tu utk org perempuan (dah macho le tu...). Jadi terpaksa la dia je yang lain...tapi sampin pink dia pakai tu..boleh la cover tema...

    oh...ya... jangan lupa puasa 6 ye.....supaya dapat menampung amalan puasa Ramadhan kita yang compang-camping tu...harapnye,,

    Wednesday, June 9, 2010

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    My Blog List