radar

Showing posts with label RESIPI KEK. Show all posts
Showing posts with label RESIPI KEK. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

Kek batik

Kek Batik

1/2ketul butter
5biji telur
3/4cawan tepung gandum
3/4 cawan milo
1/4cawan serbuk koko
(Takdak serbuk koko boleh pakai 1cawan milo)
1/2tin susu pekat
Esen vanila
Biskut meri 2baris atau 200g

#CaraCikDyg

Thursday, June 11, 2015

Projek pertama di dapur baru

Oven kt rumah sini dh lama tak beroperasi sbb dh ltak tempat tinggi dek kerana ruang table top db crowded...jadi bila nak membaking db jadi mls sbb kena bawa turun dan sebagainya..leceh aaaa...jadi pilihan masakanku senang cite pakai kaedah kukus je..
Disebabkan dh x mau pakai kuhantar dia (oven)ke rumah baru dok senyap2...hehe...
Hatta tibalah satu saat dimusim cuti sekolah ni terasa nk buat kek utk Khalish...maka beroperasilah aku didapur baru...terpaksalah angkut segala bahan ke rumah baru.
Jadi inilah projek pertama aku..membaking kek  utk khalish (dalam hati tu bila dia nampak kek warna warni tu selera dia nk makan tu datang) disamping menggoreng cucur ikan

Dah lama tak buat kek pelangi ni..

Seronok bekerja di ruang yang luas,xcrowded, kerja jadi mudah, badan x penat..

Sunday, August 18, 2013

SNOW CHEESE CAKE (RESIPI 2... lagi sempoi..all in 1


BIKIN pd 17.8.2013

buat pada 2.7.2013... sampai dah kering dalam peti ais baru nak posing..


Snow Cheese Cake
Sumber :blog kak umi kuantan

Bahan: (Akak guna loyang bulat 8 in)
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) (akak guna gred B)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
  • 60g tepung jagung (maizena)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm)/  boleh guna gak jenama tatura
  • 1/2 tin susu pekat manis / kurangkan dari 1/2 tin krimer manis
 (satukan kedua bahan & putar sehinggatidak berketul-ketul).
DSS kadang2 guna jenama tatura krim cheese

Untuk Toping:


  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C....DSS pakai 170'C
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Tips akak:-
  • Mencairkan mentega, jangan sampai warnanya kejernihan, cukup setakat mentega cair sahaja.  Jika tidak kek akan sedikit berminyak. 
  • Panaskan dulu oven lebihkurang 10 minit sebelum bakar kek.
  • Akak telungkupkan loyang kek sebaik sahaja dikeluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk.
  • Letak loyang kek pada rak paling bawah dalam oven, tetapi kedudukannya di tengah-tengah.
  • Buang (potong rata) bahagian atas kek supaya kerja sapuan lebih senang kerana permukaannya sgt lembut (leroii).
  • Cheese yang telah dipukul, akak masukkan sekejap dalam fridge lebihkurang 10 minit sebelum disapu di sekeliling kek

Friday, May 25, 2012

KEK KARAMEL

Setelah berbulan-bulan lamanya selepas mencuba resipi ini kali pertama sampai oven yang pecah dah berganti baru...haaa..inilah cubaan seterusnya. Kali ni kek ni boleh dimakan...tak macam yang lepas ada perisa kaca..hahaha...Kalau nak mengenang zaman tu boleh klik kat sini untuk cuba kek versi kaca...

Buat ni waktu balik kerja....,,pastu masuk oven...set masa ...tinggal je sebab kena lari rumah jiran nak tolong apa patut untuk kenduri esok hari....lepas jenguk oven dah siap....tinggal plak lari pergi ambil kereta kat workshop......keluar masuk rumah,,better masuk peti sejuk ....Lastly tengah malam jam 11, baru tengok apa dah jadi dengan kek aku....selepas balik kenduri akad nikah anak pengasuh...Haa...itupun sebab anak yang paksa bukak suruh potong  dia nak makan...

Penatnya hari ni.....tapi puashati dalam sibuk, sempat juga buat...
  

kek yang dah lekang dari acuan...simpan lama dalam peti


KEK KARAMEL


Resepi : Puan Munira Baharum

Sumber: Azalita @ Masam Manis
Copy dari : homesweethome

Bahan:-
A - Gula Hangus
• 2 sudu besar gula pasir (*akak letak 3 sudu besar)
• 2 sudu besar air panas (tak gunapun xpa)

Cara-Cara:-
1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.


B - Adunan Karamel
• 1/2 tin susu cair (susu sejat)
• 70 gram gula castor (saya guna 50gram)
• 1/2 sudu teh esen vanilla
• 3 biji kuning telur

Cara-Cara:-
1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
3. satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

C - Adunan Kek
• 70 gram gula kastor
• 3 biji telur kuning
• 135ml air (lain kali saya guna 100ml je,< lembab)
• 45ml minyak masak
• 140 gm tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
5. Ketepikan.



D - Bahan Meringe

• 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
• 70 gram gula castor
• 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar

Cara-Cara:-
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)


Kaedah Steam Bath:
1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Saturday, January 28, 2012

KEK KOPI KARAMEL


Sekali tengok macam apam kan....tapi bukan...inilah kek kopi karamel....

KEK KOPI KARAMEL(all in 1)/cara sekaligus
Sumber : RESIPI KHUSUS KBSM

Bahannya :
150g tepung self raising
30g tepung kastard
3 camt instant coffee powder (aku guna 3 in 1)
125ml susu
125g mentega
150g gula perang
2 camt esen vanila
2 biji telur

Cara penyediaan
  1. Guna acuan 8 inci.Griskan. Panaskan ketuhar 180C.
  2. masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan.Putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan menjadi licin dan berwarna kopi sebati. bubuh dalam acuan baba...aku guna acuan  biasa je...(bentuk LUV)
  3. bakar 40 minit.
  4. hias dengan aising mentega.....tak buat pun....
Hasilnya kek ini rasa kopi....dah tentu la.... dan ianya agak lembab sedikit.....


Friday, December 9, 2011

CHEESE CAKE





Bahan A (untuk saiz loyang 8 inc)
200g biskut marie (dikisar halus)
125g mentega cair

Bahan B:-
250gm cream cheese (1 ketul)
50gm gula halus
3 biji kuning telur
25g tepung gandum
150mlsusu segar

Bahan C:-
3 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon......saya guna pati oren sunquick
50g gula halus


Cara-Cara:-.
loyang digriskan dan dialas (saya guna loyang non stick-takyah gris) n panaskan oven pada suhu 160′c

A.Bahagian A. (Adunan bawah kek)

1. Masuk butter cair ke dalam biskut kisar.kacau rata. Tuangkan ke dalam tin kek.
2. Tekan campuran biskut untuk mengeraskan bahagian bawah tin itu.
3. Simpan dalam peti sejuk beku sebentar.

B. Bahagian B
1. Putar cream cheese,gula,kuning telur hingga rata dan licin.
2. Masukkan tepung perlahan-lahan dan susu berselang seli hingga adunan sebati.
Biarkan ke tepi.

C.Bahagian C
1.Enjut putih telur hingga sederhana keras
2.Masukkan Jus lemon(pati sunquick), pukul lagi.
3.Masukkan gula sedikit demi sedikit dan enjut hingga habis.

kaupbalikkan bahagian C ke dalam B dgn perlahan hingga sebati.tuanngkan dalam bhgn A
Bakar (steam bath)di tingkat tengah( guna api bawah je) selama 35-40 minit hingga kuning rata.
Tutup api dan biar kek dalam oven kira2 10-15 minit.Keluarkan kek bila betul-betul sejuk

Hiaslah dgn whipped krim.




Friday, December 2, 2011

kek keju





Bahan A (untuk saiz loyang 8 inc)
200g biskut marie (dikisar halus)
120g mentega cair
1/4 sudu teh garam

Bahan B:-
250gm cream cheese (1 ketul)
50gm gula halus
3 biji kuning telur
25g tepung gandum
150mlsusu segar

Bahan C:-
3 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon......saya guna pati oren sunquick
50g gula halus
7.

Cara-Cara:-.
loyang digriskan dan dialas (saya guna loyang non stick-takyah gris) n panaskan oven pada suhu 160′c
sambung nanti .....edit ckit

1. Pukul butter n cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan gula, pukul lagi.
3. Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi.
4. Masukkan bahan A n gaul rata.
5. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
6. Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi n kacau rata.





Thursday, October 27, 2011

kek karamel vs kaca





nice to see, nice to touch but not nice to eat

itulah perumpamaannya buat masakan aku kali ini....
Nak membuatnya sungguh excited.... bia dah siap tak dapat dirasa

Dua hari lepas buat kek karamel....semuanya berjalan lancar sampailah masa nak membakar....oven meletup....
Letupan ini berlaku mungkin kerana terkena tumpahan air water bath . masa aku nk tutup oven berlaku gegaran sebab pintu oven ni jenis yang kena ditutup dengan kuat . apalagi bila tumpah terkena pada elemen pemanas…..aku pergi ke sinki dalam tempoh 5 minit…aku terkejut dengan bunyi letupan…………….pom………cam bunyi mercun deepavali….retak seribu pintu kaca oven…
Maka termasuklah perisa tambahan dalam kek…..serpihan kaca 1/3 ruang dapur habis…………..
Tapi itu belum mematahkan semangat aku…… hasil eksperimen tu aku simpan dua hari dalam peti sejuk…. Bakar tetap kena bakar….tunngu p sekolah hari ni….nak guna oven bilik ERT… nak tengok juga hasilnya.

Dan ini lah hasilnya……kek tu jd kembabng sebab peram 2 hari…tekstur dia masa aku bawa keluar dr peti sejuk dah berliang/ berongga….







Tapi karamelnya still ok……rasa nak ngap je…… oh tak tergamak…..


Terpaksa masuk tong sampah hitam…..

kesimpulannya disini....hasil masakannya berjaya....cuma bukan rezeki....






inilah gambar ovennya....kaca tu dah dibuang,,,puas juga la pakai oven percuma ni (hadiah lucky draw Kelab Guru & Kakitangan Smkai (KGKT) tahun 2006...kena beli baru la....tak sabar nak dapat barang baru nih......

Monday, October 17, 2011

kek oren


Hari Khamis lepas pergi kursus Pengurusan Bengkel KHB di PPD lama LMS...dewan Arif Budiman...Kawan sedaerah tumpang sekali ...kongsi2 kereta taklah jem jalan...tapi yang sebenarnya depa tak berapa nak reti jalan kat taiping...maka ku alu-alukan mereka menumpang.....kak wina dan kak nurul.

Tamat je kursus tak balik terus..kami pergi shopping kat Taiping Central...Aku lah sebenarnya yang bershopping...beli kasut tinggi...dah setahun tak pakai sebab mengandung...

Terima kasih kat K.wina sebab bagi tepung kek...dia beli dari kekawan kursus..entah bila dia mengorder pun aku tak tau...alih2 dia beli 3 bungkus....1 dia bagi kat aku....tima kasih2...
Dengan tepung tulah terhasilnya kek oren ni...



Sebenarnya tepung kek ni banyak...bila timbang beratnya 500g.Jadi bila dah siap semua diadun, keknya boleh dapat 2 tin pembakar.tapi saya telah ambil separuh dan masukkan kedalam cawan kek. Maka dapatlah 2 jenis bentuk kek...

REESEPInya begini....

500g adunan tepung - 1 peket (campuran tepung dan gula)
250g butter
4/5 biji telur
1 biji parutan kulit limau sunkist
1/2 biji limau sunkist (ambil airnya)....


Wednesday, August 4, 2010

KEK COKLAT KUKUS

Salam sejahtera semua.....harap-harap kita semua sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi olehNya.....hari ini yang kita lalui tak seperti hari-hari semalam...namun aku bersyukur kerana kini terlalu banyak nikmat yang telah kuperolehi dariNya...mungkin ini semua adalah anugerah untukku kerana suatu ketika dahulu hidup ini tak seindah kanak2 dan remaja2 yang lain...ada saja dugaan dan kesedihan yang harus aku tempuhi....Alhamdulillah...semua tu berkat kesabaranku...

Maka...dengan nikmat tuhan itu jualah aku dapat meluangkan masa untuk menyediakan kek ini yang dah lama...tak buat...bila buat selalupun...anak-anak jemu...



Resipinya:

4/5 biji telur-dipukul kembang dan gebu, then masukkan bahan2 di bawah mengikut turutan

1 ½ gula halus
½ tin susu pekat manis

2 cawan tepung gandum *
1 cawan kok0 *
1 sudu the soda bikarbonat *ayak sekali

1 cawan marjerin
1 cawan air panas (disuamkan)
Kukus 1 jam

TOPPING
Cooking coklat-1 (branded)
Marjerin- 1 sudu besar
Susu cair- ¼ tin


Atau

2/6 bar coklat masakan (no branded), dijual dikedai2 kek biasa.
1 sudu marjerin
80ml susu cair

Atau......nanti saya cari...

Saturday, July 17, 2010

kek marble



Dah lama tak update blog ni....dh sampai naik usang blog aku ni...so ari ni nak ngadap sat...bukan nak present resipi baru tapi nak guna resipi lama...penghasilannya baru dan ditukar nama yang komersial...kalau silibus di sekolah namanya lain, tapi bila diluar sana namanya lebih komersial...iaitu kek pelangi dengan nama yang dikenali ramai 'kek Marble'...(lebih glamor)...

nak tengok resipi.... tengok la resipi kek pelangi pada post yang lalu

Sunday, March 14, 2010

KEK BANTAL/BAN KISMIS





inilah rupa ban kismis.... tapi
kalau adunan ini ditambah susu cair dan dibakar dalam acuan roti.....
maka hasilnya akan jadi begini...... dan namanya pun bertukar kepada......

Kek bantal..... semasa diterbalikkan memang nampak macam bantal sebab lembut dibahagian bawah.....

bahan-bahan

#125g tepung gandum
#1 camt rata bahan penaik...
#diayak bersama
45g kismis
15g kulit limau campurg
45g marjerin/mentega
45g gula halus
*1 biji telur...
*1 camt esen vanila ....
*dipukul bersama

cara penyediaan
1. sediakan dulang pembakar n panaskan oven 200C
2. sediakan doh ban
a) gaul dan ramas lemak dan tepung
b) masukkan kismis,kulit limau dan gula halus. kacau rata.
3. menyediakan ban kismis
a) masukkan campuran telur dan esen
b) kacau dengan garpu untuk menjadikan doh yang kental
c) bahagikan adunan kepada 8 bahagian yang sama dan letakkan dalam dulang pembakar.
4. bakar ban selama 15-20 minit hingga kuning emas
5. sejukkan di atas redai kek dan hidangkan
variasi
kek bantal
a) campurkan 1-3 camb susu untuk menjadi adunan pekat yang dapat jatuh bertitis
b) tuangkan adunan kek bantal ke dalam acuan roti kecil
c) bakar 30-40 minit dlm suhu 190C

Saturday, March 13, 2010

KEK PELANGI




bahan-bahan

150g tepung gandum
1camt serbuk penaik
150g marjerin
135g gula halus
3 biji telur 1 camt. esen vanila
sedikit pewarna...merah n hijau(boleh gunakan warna yang disukai)

Kaedah membuat
1.Alas dan gris acuan kek.panaskan ketuhar pada suhu 180C
2.penyediaan adunan :
a. Marjerin dan gula diputar sehingga kembang dan putih.
b. Masukkan campuran telur sedikit demi sedikit, kemudian putar.
c. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan aduanan sehingga sebati.
d. bahagikan adunan kepada 3 bahagian.bahagian pertama diwarnakan merah.bahagian kedua diwarnakan hijau dan bahagian ke3 dikekalkan warna adunan.
e. masukkan adunan bahagian pertama, diikuti bahagian kedua dan bahagian ke3 ke dlm acuan kek
3. bakar adunan dalam ketuhar selama 40-50 minit.
4. angkat dan sejukkan.
5. hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List