radar

Thursday, September 27, 2012

ASAL USUL KISMIS---asal hari ni baru tau...

Hari ni nak cerita satu benda..benda ni muncul masa dok dalam keta sembang dengan abgku o,t.w kami nak p bawa anak sorang ni, harith p klinik
TMC...BILA NAK NAIK KETA ADA LA BENDA MAKAN NAK KU HANGKuT SEKALI. TAPI KALI NI NAK BAWA SNEK YANG PALING RINGKAS DAN BERKHASIAT, ie kismis...sambil mengunyap ni  la tetiba  rasa nak bertanya..  kismis ni daripada apa ek bang.....spontan je suami aku menjawab 'anggur'....haaa..ye ke? akupun dok belik kismis tu.. betul gak... aku pun tengok kismis tu dengan saiznya,...kali ni beli kismis yang besar ckit,selalunya makan kismis yang halus tak terfikirpun nak tau asal usul dia...Dalam hati aku terfikir dan terus keluar ayat ni... bukan daripada pokok kiSmis ke?   suami aku jawab balik.... buah anggur la kan?......Jawapan abg  tu dengan intonasi yang macam tu membuatkan aku rasa eh betul ke?    Selama ni tak le pulak nak teringin tau pasal benda ni....Ye la selalu makan yang kecik2 je..takde la macam rupa anggur.
 

Jadi untuk menamatkan rasa  kesangsian terhadap jawapan suami aku tu, akupun goole la....
hahahah....apasal la dah umur cam gini baru nak tau.... memang betul la dari pada anngur....heheh....bila baca dlm blog lain ada gak org senasib dengan aku.....lawak betoi...gelak tuk diri sendiri.
....hai kismis baru ku tahu asal usulmu.(sambil mengunyap)..
Bukan apa semenjak 2menjak ni baru nak menjadikan makan kismis satu amalan...sunnah nabi.. begitu juga la makan kurma...bila habis je...aku mesti beli stok baru....
terharu juga bila ada yang bercerita masa zaman depa kecik2 dulu setiap pagi ibu bagi 7 biji kismis. memang bagus ibu yang macam gini.
 
ok settle 1 kes keraguan.

Wednesday, September 26, 2012

NAK JADIKAN AMALAN- MAKAN KURMA, KISMIS SEBAGAI SNEK YANG SHAT

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Wednesday, September 19, 2012

karipap kentang

Sekarang ni dah terbiasa bangun awal.walaupun alarm tak berbunyi, pukul 5 pasti mata ni automatik akan celik. Ye la... Selama sebulan bangun sahur, pastu dalam bulan syawal sambung lagi dgn puasa ganti dan sunat. Tapi bukan waktu tu je aku ni terjaga, aku mesti pastikan dalam tempoh 3/4 jam sekali aku kena bangun untuk buat susu khalish.waktu dia menyusu memang kena jga, kalau tak nanti tak membesar la dia. Nak harap dia makan, emmm ntah bila la nak terbuka selera dia. Nampak makanan je terus lari. Berat pun, graf dia dah paras garisan kuning. Shedih la mama khalish. Tapi..... Bila bg scot...ddap..(sedap)..dia kata. Dlm 2..3 hari ni dah ada nampak respon dia kat mknn. Dia bleh amik nasi & masuk sendiri dlm mulut..klu rezeki dia elok la dia telan,klu tak habis la dia muntah dengan susu sekali keluar. Tu la kdg2 fobia tegok dia makan. Harap nanti Allah bukakan la selera khalish utk makan &boleh telan makanan dengan elok...kan khalish...kan

Sebenarnya pagi2 subhi tadi masak nasi tomato n lauk tapi tak nyempat la nak snap pic. Masak pagi ni dah jd rutin sebab puas hati semua orang  boleh makan pagi n boleh  bawa bekal terus.tapi n3 kali ni nakk tunjuk pic karipap kentang, bikin petang kelmarin... Tetiba rasa nak buat karipap ni sebab syasya suka makan karipap, sampai orang lain tak merasa kalau beli, memang habis kat dia. Memang berbaloi buat, sebab boleh makan berulang2., simpan dalam freezer, esok boleh goreng lagi. Ha.... Ni dia karipapku...dalam sejarah baru 2 kali buat...kelimpun... Bantai...tapi kdg2 cantik gak kelim aku buat.hehehe..(motivasi diri sendiri.)


Monday, September 17, 2012

Roti sosej berkeju


Baru nak tayang......dah lama buat...arini baru nak update sambil2 mencari resipi untuk student nak buat amali masak...masa buat ni abang ada kt kl berkursus dan bila balik dia bawa dunkin donut untuk anak2...tupasal la kotaknye kat situ sesuai untuk hiasan ...hehe
resipi ni mudah dan ringkas..saya buat ni ada yang letak cheese ada yang xda...saja suka bereksperimen..sesuai untuk anak-anak yang suka makan sosej...tapi tak boleh diamalkan sangat.. makanan dari daging yang diproses  ini kurang sihat. meh tengok resipinye..

resipi  diambil dari :
http://yatiememories.blogspot.com/2012/01/roti-sosej-berkeju-rangup.html

Bahan- Bahan
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
  • 10 keping slice cheese
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej. Kalau takde tak payah letaklah ya.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Saturday, September 15, 2012

tomyam campur

http://anekarasaalathai.blogspot.com/
1/4 ekor ayam dipotong kecil...


3 ekor sotong dipotong bulat..

6 ekor udang besar...

4 sudu besar pes tomyam...

6 helai daun limau purut...dikoyakkan sedikit...

2 batang serai...dititik...

3 biji bawang kuning/ bawang besar dibelah 4..

6 biji cili api...dititik sedikit...

jus perahan dari 4 biji limau nipis..(mengikut selera)



(bahan sayur:)

1/2 biji lobak merah ..

4 biji putik jagung...

5 keping cendawan..

beberapa kuntuman bunga kobis..
(cara2nya:)

rebuskan ayam dengan 8 cawan air bersama serai....

agak2 ayam telah masak(lebih kurang 5-7minit)

masukkan sos tomyam..sotong..& udang..

masak 2 minit & masukkan sayuran & daun limau...

kemudia...masukkan cili api...& garam...

akhir sekali...tutup api & masukkan perahan jus limau...

sedia dihidangkan....


Thursday, September 13, 2012

Lamanya Harith sakit perut

Susah hati dengan Harith... bila time nak ke sekolah je asyik sakit perut...Kadang percaya kadang tak percaya...betul ke dia sakit ni ni atau nak jadi alasan tak mau p sekolah....bila selidik balik betul la dia sakit perut sebab kadang2 tengah malam dia bangun bagitau sakit perut atau tengah2 syok main kat luar dia lari masuk rumah bagitau sakit perut..
 
Mungkin maklumat ni boleh digunakan untuk analisis simptom ni...Harap2 Allah akan sihatkan abang Harith dan bersemangat balik ke sekolah...Dah dua klinik dah kami bawa tapi masih sakit lagi..doktor hanya kata angin/ jangkitan kuman je..

Sakit perut berjangkit

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.
APABILA mengalami sakit perut, anda mungkin menyangka ia akibat anda tersalah makan dan berharap ketidakselesaan itu pulih tidak lama kemudian. Namun, tahukah anda, ada sejenis kuman yang menyebabkan penyakit perut dinamakan Helicobacter pylori (H pylori)?
Saintis Jerman menemui H pylori dalam perut manusia pada 1875 manakala saintis Itali menjumpainya dalam perut anjing pada 1893.
Barry Marshall dan Robin Marshall yang pertama mengasingkan kuman itu pada 1981, dan menumbuhkannya. Mereka percaya kuman itu menyebabkan penyakit perut.

Kuman itu berbentuk rod dan berflagela (bebenang halus panjang seperti cemeti tersemat pada sel tertentu) dan berada di atas dinding perut dekat antrum (bahagian hujung perut). Mereka yang berusia lebih 50 tahun berisiko mendapat jangkitan kuman itu.


Ia boleh tumbuh selepas tiga hari pada agar-agar darah dalam makmal yang terkawal. Ujian genetik untuk kuman itu berguna pada masa akan datang kerana mungkin vaksinasi baru boleh direka untuk menghalang kuman itu membiak dalam perut manusia.

Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong, berkata bakteria ini biasanya tidak mendatangkan masalah pada peringkat kanak-kanak.

Jika menjangkiti kanak-kanak, dia mungkin mengalami gejala gastritis, termasuk loya, muntah dan sakit di perut. Bagaimanapun, ia mungkin tidak disedari pesakit kerana tiada gejala jelas, malah gejala sama turut dialami ketika berdepan banyak penyakit lain.

Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada penyakit penghadaman, termasuk gastritis iaitu kerengsaan dan radang pada lapisan perut dan penyakit ulser peptik. Kanak-kanak yang menghidap ulser peptik boleh mempunyai luka berdarah, hematemesis menyebabkan muntah berdarah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi dan melena iaitu najis hitam, berdarah atau kelihatan seperti tar.

Pesakit lebih menderita kesakitan ketika perut kosong. Ia perlu diatasi segera dengan mengambil makanan atau ubat anti asid. Dalam kes teruk, kuman ini mungkin boleh menyebabkan kanser perut.

Bakteria itu boleh didapati di seluruh dunia, terutama di negara membangun berbanding di negara maju. Sesiapa saja boleh dijangkiti bakteria H pylori tanpa menunjukkan gejala. Setakat ini, tiada vaksin untuk kuman ini.


Gejala dijangkiti:

  • Kadangkala tiada gejala langsung
  • Simptom yang biasa didapati ialah sakit di perut, rasa kembung walaupun tidak makan banyak
  • Apabila penyakit ini mempunyai komplikasi, ia menyebabkan pendarahan daripada luka dinding perut atau menembusi dinding perut
  • Ia menyebabkan kanser perut atau kanser esofagus 


    Adakah kuman mengganggu resapan zat makanan? 

    Tiada bukti. Sebilangan pesakit kekurangan zat besi mungkin disebabkan pendarahan luka di perut. 


    Adakah kuman ini berkaitan dengan penyakit jantung, alahan, diabetes, penyakit usus besar atau tiroid? 

    Tiada bukti untuk menyokong bahawa kuman ini mempunyai hubungan dengan penyakit berkenaan. 


    Adakah kuman ini berkaitan dengan kanser perut? 

    Risiko mendapat kanser perut ialah 0.5 hingga 2.5 peratus di kalangan pesakit yang dijangkiti kuman. Risiko lebih tinggi di Jepun dan Colombia, manakala risiko lebih rendah di Amerika Syarikat dan Australia. 


    Bagaimanakah kuman ini merebak? 

    Kuman ini didapati di air liur, gigi dan najis. Kemungkinan kuman ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar. 


    Haruskah suami atau isteri pesakit turut dirawat? 

    Hanya 50 peratus suami atau isteri pesakit turut dijangkiti kuman ini. Mungkin sesetengah individu ada imuniti atau gaya hidup yang berbeza, lalu mengelak dijangkiti. Doktor biasanya akan menyiasat suami atau isteri pesakit jika mendapati ada gejala penyakit. 


    Selepas rawatan antibiotik, perlukah menjalani semula ujian endoskopi? 

    Ada kuman yang kebal atau tidak dapat dibunuh dengan antibiotik yang biasa diberi. Untuk memastikan kuman mati, amat penting mengulangi ujian endoskopi. Jika kuman tidak mati, antibiotik perlu diganti dengan yang lain. 


    Jika kuman tidak mati selepas rawatan pertama, apa harus dilakukan? 

    Ini berlaku mungkin disebabkan pesakit tidak mengambil ubat mengikut jadual tetapi biasanya doktor menukar antibiotik kerana kemungkinan kuman terbabit tahan dengan ubat terdahulu. Endoskopi biopsi untuk menumbuhkan kuman boleh dibuat untuk ujian antibiotik sensitiviti. 
    Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/28

  • Wednesday, September 12, 2012

    ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-11

    Masih ingat lagi...detik itu...memang semua orang akan ingat detik itu ....detik di mana bangunan WTC di Amerika runtuh akibat serangan pesawat, kononnya..... Detik itulah dunia bergegar dan acapkali berita dari stesen-stesen tv keluar memaparkan maklumat terkini...Tapi pada ketika kejadian itu aku sedikitpun  tak tau apa....Yang aku tau  esok aku akan bernikah dan persiapan kena buat...


    Esok selepas nikah... balik dari masjid aku tengok arwah ayah aku asyik mengadap TV tengok berita...Berita apa tu?? Kusyuk dan penuh ketakjuban. Haaaa...baru aku tau...kejadian semalam tu .Jadi bila berulangnya berita ini , maka   usia perkahwinan aku pun sama(lewat 1 hari je)
    pengapit aku. kak midah....memang jd orang kuat untuk majlis ni....manakan tak ..dari persiapan A -Z k.midahlah yang tolong serba serbi...memang takleh lupa jasa dia..
    *TERIMA KASIH KAK MIDAH SEMOGA TUHAN SAJA DAPAT MEMBALASNYA*


    Bermula di sini......
    Hari keluarga smai di Pulau Pangkor...hati terpaut...hehehe....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    My Blog List