radar

Showing posts with label kisah aku. Show all posts
Showing posts with label kisah aku. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Aku dah raya....selepas 7bulan 18 hari...

Alhamdulillah... anak kali ni menyusu badan(BF) lama la jgak dr anak yang lain..macam khalish dulu sampai  4 bln je. Wafiy cukup sampai 7 bulan... dia dh tak mau.. bla bg je dia mengelak .. 

Dan selama tu jugak la period aku xmai. Bila dh berhenti Bf  dlm bulan posa nii aku dh agak period akan dtg...jadi mmg betoi la.ya slps 7bulan 18 hari.. .nampaknya kna la qado puasa tahun ni 6 +1(sakit) =7 hari....

Huhu....6 hari lg je nk posa.. redho je la...

Ni lauk bbuka hari ni.. rendang ayam asli tanpa inovasi.

Mcm sesuai la pulak menu ni dgn aku yang dh raya.. hehe.coincidence..

Alhamdulillah...


Saturday, May 24, 2014

SUNGKAI- kenangan manis hari ini vs kenangan silam

kalau tidak kerana tugas,xkan aku sampai ke sungkai...
maka di sinilah terciptanya kenangan yang manis buatku apabila pasukan memasak yang aku latih telah merangkul 2 pingat emas  sekaligus melayakkan kami ke peringlat kebangsaan dalam pertandingan memasak Maggi.
ALHAMDULILAH, Syukur doaku telah dimakbulkan....

dalam doa berlapik,aku mohon agar tuhan berikan kejayaan kepada kami sesuai dengan segala usaha yang telah kami lakukan ( namun dalam hati mengharapkan gelaran johan itu),
ya Allah itu maha mendengar....Dia memberikan apa yang aku hajati....syukur...syukur padaMu tuhan. tak terlintas difikiran sebelum ini untuk pergi ke tahap itu, tapi aku yakin dengan usaha yang bersungguh-sungguhdisamping bertawakkal kepadaNya, kejayaan itu pasti datang...

sebenarnya pada permulaan, aku nak berehat sahaja tshun ini, ttp tiba2 nama jurulatih telah dipaparkan di kaunter pejabat...dalam hati, hai kena masuk jugak.....permulaan tzhun ini aku rasa cukup tercabar dengan aktiviti sekolah apa tidaknya baru habis pantang bersalin, tahu je la kemampuan fizikal badan ibu yang lepas pantang dan menyusukan anak dengan tidak cukup tidur dan rehatnya....tiba2  terus bertugas untuk latihan sukan dalam keadaan cuaca musim kemarau...letihnya badan tak terkira.sehinggalah masuk bulan 4 dengan pelbagai aktiviti padat di sekolah, aku dijemput menghadiri mesyuarat pertandingan ini. akhirnya aku mengambil keputusan menyertainya dengan niat ' janji masuk'. resepinyapun aku dah tangkap muat.....yg tak menarik langsung....
akhirnya pada minggu latihan, pelajar pun dah hadir pada hari pertama untuk menyediakan backdrop pertandingan.. tiba2 pulang ke rumah aku merasakan alangkah tak patutnya membuat kerja  sekadar cincai2. Akupun membelek buku resepi yang ada di rumah dan kebetulan terjumpa resepi yang unik bagi aku dan aku cuba membuat inovasi pada resepi tersebut dengan kombinasi resepi pertama.aku mencuba memasak di rumah. hasilnya aku amat puas hati. begitu jugalah resepi lain melalui proses pengubahsuaian sehingga mencapai tahap 'sedap' di tekakku. sebenarnya beginilah saban tahun. pertandingan ini bukan hanya memperlihatkan hasil akhir tetapi proses yang perlu dilalui oleh guru yang bukan sahaja melibatkan perahan idea,tenaga,masa dalam penyediaan resepi,  kertas kerja dan dokumen pertandingan serta waktu untuk melatih pelajar malah perlu ada pengorbanan guru dalam mengeluarkan perbelanjaan pendahuluan membeli bahan masakan dan perhiasan.

 namun itu bukanlah alasan. ini sebenarnya adalah sebahagian daripada warna warni perjalanan kerjayaku sebagai seorang guru... walaupun letih...ianya tetap menyeronokkan, apatah lagi kalau menang....oiiiiii... puashati...hehehe... tunggu ye sampai peringkat kebangsaan.....

inilah sebahaguan gambar kenangan bila aku kembali semula ke tempat aku dibesarkan... agak lebih kurang 34 tahun yabg lalu..... 
aku dibawa oleh seorang teman yang sama2 ke pertandingan ini (dia orng sungkai), ke berek polis kediaman aku dulu.. 
suasana waktu malam (11 makam ), ketika sampai ke situ kedengaran bunyi keretapi seolah ,enyambut kedatanganku, menguatkan lagi ingatanku ke zaman kanak2 dahulu

malam nostalgia itu,memori datang bertubi2 seiring bunyi keretapi yang menghampiri kawasan itu. masakan tidak ketika usia 4 tahun aku sedar kawasan itu dekat dengan landasan keretapi...
nostalgia....sungguh..


itu rumah aku, pintu no 2 dari kiri

Wednesday, May 7, 2014

Ha...kena p mesyuarat?

kejutan apakah ini?..di kala petang ahad itu. tiba2 je dimaklumkan esok kna p mesy..kat batang padang? fuh...dah lama  x drive jauh2 ni... kul 9 plak stat....mmg stress...namun pelan2 aku cuba meng'cool'kan diri.. ya.. berjaya cool..akhirnya aku p bersama k.pah dan tiba kul 9.30 di ppd batang badang d tapah... sebelum sesat 1/2 jam akibat pakai google plan...

dapat la cenderahati milo dr maggi

Wednesday, April 23, 2014

Dapat cenderahati dr BSN

Hari promote pelajar msuk KELAB PENABUNG MUDA, maka dapatlah benda alah ni

Wednesday, November 6, 2013

Penentuan Tarikh Bersalin.... 3 Disember 2013.milik bayi ini...

Semalam  aku da appoinment dgn doktor dihosp taiping. tak sangka la pulak datang pagi dalm kul 11 boleh sampai 4.30 petng sementara nak tunggu turn.dah lang tunggu poah a nak parking tadi pun melilau cari parking kosong...last2 parking jauh la...jenuh berjalan dengan perut memboyot ni nasib baik irfan setia menemani mama dia. adalah teman. berpayunglah kami dek kerana ketika itu hujan gerimis mula turun.
Dalam hati tu terkenang... kalau la laki aku yang menghantar tak la susah camni...nak drive pun dah tak selesa, nak cari parking punya seksa...redha je la sebab dia terpaksa bertugas.

sebelum aku pergi klinik antinatal p dulu hantar mak ke klinik orthopedik...masyalallah ramai orang ..sampai dapat no..137... pergi tadi ayang yang drive..yelah minta tolong ayang tunggu opah kat situ sementara tu boleh la alu drive sendiri utk p appoinment.. irfan plak ikut aku.....apa2hal ingat boleh la sms..nak tanya dah sudah ke blum tapi rupanya ayang tak bawa h.pon dia... haiya....susah hati betul....

dipendekkan cite dalam kul 2 aygn pinjam pon sape ntah utk pon aku...pastu ,masatu dah nak tiba turn aku( 3 ptg)dia mai cari kat klinik aku...pandai plak dia mencari lokasi aku...rupanya dah hsbis kat sana kkul satu td... nasib baik dia kta dia bg roti kt opah utk mkn..klu tak jenuh la org tua tu berlapo.

haa...bila tiba turn aku aku dok set masa berapa lama aku punya masa dengan doktor. Ya Allah...scannya pun berejam (x la smpai sejam...>< kt 20-25 minit kut) habis ditonyohnya perut aku ....sempat juga aku mengerling kat bilik2 lain...rupanya patient yg dulu drp aku tak keluar2 lagi...last2 berbincang dengan doktor  tarikh operation. pilihan nya 25-28.11... ha biar betul.. bulan ni juga....ikut due 16.12...last aku minta leawt ckit pasai suami  aku kna jd RO  SPM.. SPM masih dok ON lg..akhirnya 3.12..MUKTAMAD... tak boleh dah lewat2.. takut berisiko...
Then bila keluar.....emmm... 45 minit tempoh aku... bila dok kt dlm tak rasa masa tu.. tapi bila kat luar menunggu, huh boleh hilang sabar oii..itupun dah berapa kali keluar masuk klinik...bosan menunggu

Jadinye anak ke 5 ni aku akan terus menyerah diri utk dibersalinkan tak seperti anak2 lain melalui  waktu yang benar2 sampai utk aku bersalin walaupun ada antaranya yng  last2 kena operate juga... Semua pengaslaman yang berbeza-beza. Semoga Allah mempermudahkan proses kelahiran annak ini tanpa sebarang risiko yang merbahaya semasa dan sesudahnya. Aaminnn...

Monday, November 5, 2012

Majlis Anugerah Gemilang 2012- Aku Calon SPM ke ....???


Alhamdulillah...bila diberitahu olek PK 1 aku akan menerima anugerah untuk subjek Ert, terkejut gak...katanya untuk peringkat daerah kerian...bila ditanya untuk apa... PK1 pun tak tau...
untuk SPM 2011 kut...(dalam hati)
Bila tiba hari tu...sesampai je kat Dewan Merdeka, Parit Buntar dalam suasana hujan lebat, aku pun beratur panjang untuk mendaftar...Pastu barulah aku tau anugerah tu untuk Trial 2012..Wow... untuk trialpun ada anugerah ya...

Apa-apapun terima kasih pada PPD KERIAN kerana menganjurkan majlis seumpama ini. Sebenarnya majlis ini bertujuan memberi anugerah kepada guru-guru yang telah memberikan sumbangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Selain aku, k.sainah dan kak tun turut menerima anugerah. Tapi disebabkan mereka tidak dapat hadir, jadi PK T6 hadir sebagai wakil. Untuk anugerah koko c.zomri dan c. Redzuwan yang dapat...Tahniah kawan-kawan ...

Ayat dalam sijil ni ... bila baca balik macam aku calon SPM...hahaha
itupun perasan bila kak long cakap bila mama ambik SPM?

bersama cikgu SMK  Bagan Serai, Pn. Norizah, guru kimia


BERSAMA  PK T6(wakil c.zaitun  & c.sainah)..kanan dan cikgu SMK Kerian..guru fizik




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List