radar

Friday, May 25, 2012

KEK KARAMEL

Setelah berbulan-bulan lamanya selepas mencuba resipi ini kali pertama sampai oven yang pecah dah berganti baru...haaa..inilah cubaan seterusnya. Kali ni kek ni boleh dimakan...tak macam yang lepas ada perisa kaca..hahaha...Kalau nak mengenang zaman tu boleh klik kat sini untuk cuba kek versi kaca...

Buat ni waktu balik kerja....,,pastu masuk oven...set masa ...tinggal je sebab kena lari rumah jiran nak tolong apa patut untuk kenduri esok hari....lepas jenguk oven dah siap....tinggal plak lari pergi ambil kereta kat workshop......keluar masuk rumah,,better masuk peti sejuk ....Lastly tengah malam jam 11, baru tengok apa dah jadi dengan kek aku....selepas balik kenduri akad nikah anak pengasuh...Haa...itupun sebab anak yang paksa bukak suruh potong  dia nak makan...

Penatnya hari ni.....tapi puashati dalam sibuk, sempat juga buat...
  

kek yang dah lekang dari acuan...simpan lama dalam peti


KEK KARAMEL


Resepi : Puan Munira Baharum

Sumber: Azalita @ Masam Manis
Copy dari : homesweethome

Bahan:-
A - Gula Hangus
• 2 sudu besar gula pasir (*akak letak 3 sudu besar)
• 2 sudu besar air panas (tak gunapun xpa)

Cara-Cara:-
1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.


B - Adunan Karamel
• 1/2 tin susu cair (susu sejat)
• 70 gram gula castor (saya guna 50gram)
• 1/2 sudu teh esen vanilla
• 3 biji kuning telur

Cara-Cara:-
1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
3. satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

C - Adunan Kek
• 70 gram gula kastor
• 3 biji telur kuning
• 135ml air (lain kali saya guna 100ml je,< lembab)
• 45ml minyak masak
• 140 gm tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
5. Ketepikan.



D - Bahan Meringe

• 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
• 70 gram gula castor
• 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar

Cara-Cara:-
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)


Kaedah Steam Bath:
1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Tuesday, May 8, 2012

Acuan Waffle dah dapat!!!!

Yes! Hari ini hasrat hati dah tertunai bila dapat membeli snack maker....3 in 1....Sebenarnya terus berminat nak beli benda alah ini sebab nak cari  alat untuk buat  waffle. Tetiba nampak dalam katalog cosway ada alatan ni, bukan boleh buat waffle je tapi boleh buat sandwich dan boleh grill jugak.....Harganya ok la....RM 129.00. Kalau beli di luar hanya dapat alat untuk buat sandwich ni je...sekitar RM 50...Jadi beli ini lebih berbaloi ...Dapat buat 3 sekali...tapi acaunnya kena tukar -tukar la...



Alkisahnya asal  tengok katalog cosway tu nak cari mesin pembuat air kacang soya....tapi tak jumpa...tup-tup ternampak snack maker ni....emmmm....memang nak sangat la...sebab resipi waffle dah ada...tapi nak berangan buat takde acuan nya...Akhirnya dapat juga dibeli daripada Kak CT Zaharah...






 ini plate untuk bakar roti....saja nak cuba...testing,testing...


inilah plate untuk buat waffle......

Friday, May 4, 2012

SETAHUN DAH ANAK MAMA...SELAMAT harijadi khalish

Mei




14.5 - pusat luruh

18.5 - hari akhir kuning
31.5-  kenduri akikah

JUN
23.6 - botak kepala

 




Julai
1.7 - hantar ke nurseri....x mau botol
2.7 - mula tdo malam...sebelum ni asyik jaga je....
4.7 - mula bekerja tapi risau anak xmau botol

7.7 - cucuk 2 bln tp x demam
14.7 -mengiring ke kanan

Ogos
4.8 - cucuk 3 bln x demam

16.8 -ketawa

SEPTEMBER
5.9 - mula mkn growel
7.9 - tdo mlm menerap

8.9 - mula suka mnum botol + growell
10.9 - meniarap

first time meniarap-ketika semua orang sakit perut dan cirit birit
16.9 - tkar botol 5 oz n minum habis

OKTOBER
4.10 - CUCUK 5 BULAN X DEMAM...5 bln mula xmau susu badan tapi susu perah minum.
5.10 - boleh telentang badan
8.10 - memusing badan
12.10 - tak minum susu badan dah
21.10 - pandai menyembur
22.10 -demam kali pertama tapi demam 1 hari je.....

NOVEMBER
3.11 - demam batuk selsema sampai hilang suara 2 hari
5. 11- mula makan biskut
11.11-  mula menyulur
19.11 - menyulur laju
20.11 -makan nasi
31.11 - berak berdarah

DISEMBER
4.12 - MULA mulut bising...dah kenal orang... xmau mtiah.
10.12 - boleh genggam gamit....hulur tangan minta dukung
12.12 - boleh panjat
13.12 - tak hantar nurseri dah...m.tiah jaga....lega hati...
18.12 -naik walker,mula takut
19.12 - gigi bawah mula  tumbuh 1
26.12 - tumbuh 1 btg gigi lagi

JANUARI
4.1 - DAPAT WALKER baru...UMUR 8 bulan waktu malam bla batuk akan muntah semula susu diminum.

14.1 - mula xmau mkn
16.1 - pandai bye-bye
21.1 - tV 14 " timpa khlaish.Dia tarik laci...nasib baik timpa punggung..pada bhgn blkg tv .Syukur pada MU...YA ALLAH

FEBRUARI...(9 BULAN ..DAH XMUNTAH LAGI..)
MASIH xmau makan
19.2 - lonjak kaki turun buai
20.2 - minum botol besar
21.2 -  mula panjat tangga

MAC
masih XMAU MAKAN
1.3 - sebut MAMA dah ok
2.3  - pandai pegang skuter untuk bangun dan berjaya berdiri
8.3 - mula tido malam di bawah...x mau guna buai..
11.3 - tidur di TERENGGANU (SUMAI APARTMENT) senang...tak meragam jln jauh



18.3 - pandai berdiri pada perabot dan lepas tangan dalam 5 saat dan jatuhkan badan dengan duduk
19.3 - pandai duduk sendiri
24.3 - merangkak laju
27.3 - sebut  AYAH....
29.3 - bawa jalan pakai kasut, AKTIF PANJAT TANGGA. pantang dudk downstair....penat..

APRIL (11 BULAN)
MASIH XMAU MAKAN 
1.4 - sebut ALLAHHU AKBAR....merangkak penuh..x menyulur dah
4.4 - boleh keluar masuk walker sendiri
7.4 - boleh jalan sendiri jarak 2 kaki. AKTIF PANJAT TANGGA.
12.4 - JALAN jarak 5 kaki...panjat skuter
16.4 - JALAN 7 kaki.
17.4 - sujud 2x dan ALLAHHU AKBAR
18.4 - AMBIL TELEKUNG dan bagi mama suruh SOLAT
20.4 - JALAN 20 kaki...dari r.tamu ke dapur
26.4 -pandai dengar ayah balik dan lari ke pintu
27.4 - main panggil mama sorok muka
28.4 - bangun sendiri tanpa paut pada benda...cangkung dan bangun. berjalan dan pusing patah balik
29.4 - cekap dah berjalan dengan tangan disisi
30.4 - muntah dan cirit...perut kembung....

MEI
1.5 - mula suka nak makan nasi tapi blend halus kalau x nanti muntah
4.5 - pandai naik dan turun skuter










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List