radar

Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Tuesday, May 30, 2017

ROTI JOHN

Bahan-bahan ( utk 10 kpg roti. Sosej,)

1 keping daging burger – dinyah bekukan dan cincang halus...syah guna pun  tak apa yang ni sebab masih ada stok dalam peti sejuk

1 keping (200g) daging cincang ramlly

2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*xbuh pun
5 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris

Roti sosej (10 keping) beli kt kedai 1M/
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu) ,beli 2 pek
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam – kalau nak letakCara penyediaan bahan utama
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk

Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.

Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan…  

Tuesday, October 8, 2013

ROTI GORENG



Sedap plak rasanya makan macam ni... terasa sedap plak bila dijamu oleh pengusaha kantin masa rehat ladap aritu..
Terus teringin nak buat... Rasanya aku tau macamana diorang buat...tapi saja tanya kak ain kantin camna depa buat untuk kepastian...

Senang je...
sediakan bater macam nak goreng pisang tu....tapi tambah sebiji telur..
ha.... pastu celup dan goreng..
hasilnya...minyak tak lah menyerap masuk dalam roti seperti menggoreng roti telur biasa..
tapi pastikan api yang kuat (panas) dan digoreng dalam masa yang singkat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List