radar

Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Friday, September 25, 2015

SUP TULANG...Segar selepas korban

Resipi paling bestttt aku jumpa kt blog http://salamisimon1.blogspot.my/2014/10/resepi-warisan-sup-tulang-yang-pastinya.html?m=1

Aku suka resepi ni sebab aroma supnya memang wangi, hilang segala bau hamis daging...

Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu

2 batang serai - diketuk

halia sebesar ibu jari - diketuk 

rempah 4 sekawan - 3 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 batang kulit kayu manis &  kuntum bunga cengkih

1 sudu makan lada putih tumbuk

air secukupnya

garam / perasa pilihan

minyak

hirisan daun bawang & daun sup

bawang goreng

Bahan tumbuk:

3 ulas bawang putih

5 biji bawang merah

1 sudu makan ketumbar biji

1 sudu teh jintan putih

1 sudu teh jintan manis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan dan tumis seketika hingga naik bau.
2. Masukkan tulang dan balik-balikkan sehingga bertukar warna atau kelihatan layu. 
3. Tambahkan air secukupnya dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Perlahankan api dapur dan tutup periuk. Masak sehingga daging tulang empuk.
5. Masukkan lada putih dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Hidangkan panas dengan taburan hirisan daun sup / bawang dan bawang goreng.

Sunday, March 24, 2013

Gulai daging darat


salam semua...
Kali ni mencuba resipi dari dapur CT, setelah menegokkan resipinya begitu simple...
Tapi nampaknya DSS masak sampai santan tu dah pecah jadi minyak la pulak... dah lain beno la plak rupanya dengan apa yang kak CT tayangkan tu...Hmmm... takpelah.
Komen DSS tentang rasanya....lain daripada kebiasaan...bagi tekak DSS kira ok la, tapi kalau nak makan dengan nasi putih mesti  pekena dengan sambal belacan  kut..baru terangkat ckit,.kalau tak tak... boleh nak begitu berselera..

Meh...kita follow resipi dari kak CT ni....
Daging Gulai Darat

sumber : sitidelima.com
Bahan-bahan :
300 gm daging lembut - bersihkan dan dipotong kiub


1 sudu kecil pes asam jawa
2 1/2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
1 sudu besar ketumbar biji - disangrai dan tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar
2 biji kentang - potong dadu besar
3 tangkai cili hijau/merah - dibelah dua
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 cm kunyit hidup
1/4 cm lengkuas

Cara-cara :
1. Campurkan bahan kisar halus bersama daging, santan, cili kisar dan pes asam jawa dalam kuali. Dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan kentang, ketumbar tumbuk, garam dan gula merah kacau rata dan biarkan hingga kentang dan daging empuk dengan api sederhana.
3. Sebelum diangkat perasakan dan masukkan cili hijau/merah kacau rata dan angkat. Hidangkan bersama nasi hangat.

Sunday, October 28, 2012

DAGING MEDITERENIAN


sumber: majalah saji




citarasa baru

menu kedua daging korban

Friday, October 26, 2012

daging goreng kunyit

menu pertama untuk daging korban

Inilah menu  yang simple tapi bisa menyebabkan nasi  ditambah-tambah...

bahan...
500g daging .. diperap dengan garam kunyit
bawang beasar...hiris
cili merah...hiris
cili api.... sebiji2 /hiris



ratah gitu je pun sodappp...
.
.
.
Meh ...kita tengok  sat peristiwa korban...
first time tengok dari jarak dekat....

1 plastik 1 kg...timbang2


seronoknye  sya




Thursday, October 27, 2011

Daging hitam nasi kandaq



Salam sejahtera semua....
Sepatutnya waktu sekarang masa untuk berkemas .... tapi minta excuse sat ... maka kutaip la entri yang seterusnya....
....
malas la nak menaip,,, layan je la resipi ni..memang sedap...dr my resepi.com


Daging hitam nasi kandaq

Bahan-bahan ( 10 orang )
• 1 kg daging
• 30 biji cili kering (saya masukkan 6 camb cili yang telah dikisar)
• 1 sudu serbuk jintan putih
• 1 in halia
• 10 ulas bawang putih
• 10 ulas bawang merah
• 10 biji bawang besar
• 2 batang serai
• 2 tangkai daun kari
• 2 helai daun pandan
• 1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
• 1/4 cawan kicap manis
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 biji tomato dihiris
• asam jawa, garam
• sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
• daun pudina kalau suka
Cara-cara
1. daging potong 18 (saya potong kecil)
2. bawang kecil, bawang putih halia di kisar
3. bawang besar dikisar berasingan
4. cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
5. panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
6. masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
7. apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
8. kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
9. apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina

Tuesday, March 29, 2011

daging masak kicap



Bahan-bahan
1/2-1 kilo daging (dihiris nipis)
8 ulas bwg merah (dikisar)
4 ulas bwg putih (dikisar)
1 sudu bsr serbuk lada hitam
1 inci halia (dikisar)
2 sudu bsr kicap pekat
3 sudu bsr kicap manis
2 sudu sos tiram
rempah(cengkih, serbuk jintan manis,s.jintan putih, kulit kayu manis dan bunga lawang)
3 sudu bsr minyak masak
1/2 sudu bsr asam jawa (Adabi)
garam, gula dan air secukupnya.

Cara-cara
1.Perap daging dgn bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat dan rempah.(1 jam atau perap semalaman)
2.Panaskan minyak. . Kemudian masukkan bhn2 yang diperap serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
3.Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
4.Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap , asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat). kalau nak berkuahpun bole.....
5.Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.
6.Siap dan hias

Sunday, June 6, 2010

Daging Dendeng

Resipi kali sebenarnya dah lama dibuat.....dah terperam lama...hari ni bru nak keluarkan...Resipi ni diambil dari seorang rakan,Pn Latipah Meor...
Masakan ni boleh tahan lama..agak2 seminggu la camtu...so resipi ni sesuai untuk wanita bekerja yang sentiasa busy....sebab..sekali dimasak boleh dimakan berhari2...hehehe...



Bahan-bahan
1kg daging pejal-rebus,hiris nipis
600gm bawang merah-buat bawang goring,tinggalkan beberapa ulas untuk dikisar dgn cili
10 batang serai-hiris nipis dan goring
Cili kering (ikut pedas)
Cara membuat:
• Daging direbus hingga lembut,kemudian hiris nipis.
• goreng daging hingga garing.
• tumbuk sampai pecah. ketepikan.
• kisar cili dan bawang merah.
• tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
• masukkan daging. Gaul dan biar sehingga kering
• masukkan bawang goring dan serai….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List