radar

Showing posts with label RESIPI NASI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI NASI. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Nasi Goreng Kampung Suak junus


Nasi Goreng Kampung

Bahan :
  •  nasi sejuk - lerai2kan
Yang DSS kisar
  • ikan bilis
  • 10 biji cili padi ....agak2 la, pedas sat g depa xleh makan
  • 1 ulas bawang putih 
  • 4 biji bawang merah
  • secoit belacan
Bahan iringan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar Sos tiram maggi
  • sayur kangkung, karot
  • udang ke ayam ke
Sedapkan lagi dengan
  • ikan bilis dan telur yang digoreng 
  • timun dn sambal belacan
  • sup
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai naik bau . Masukkan  sos tiram,udang@ayam  kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan2 lain.
  2. Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. bubuhkan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi. masukkan sayur, , kacau lagi , rasakan dan jika ok boleh tutup api... 


nyum...

Sunday, July 8, 2012

nasi beriyani set

Aduyai.........Penuh dengan cabaran memasak harini....mana taknya si kecil khalish ni asyik memeluk kaki mama tak mau lepas-lepas...tadi nak dibagi tido tak tido2......ni bila mama dah masuk dapur diapun merengek nak tido plak....
sebenarnya ...dah masak separuh jalan tinggal sat ...sebab nak bagi sicomel ni tido...nak pas kat abang dia lagi sakan dia menangis..
ayah dia?...p mana?oooo....sibuk..kena siap macam2 kerja kat sekolah sebab selasa ni ada pegawai nak turun pantau PSS sekolah..
Macam nilah kebiasaannya tinggallah daku dengan bebudak ni...nak melayan kerenah 4 orang ni...tapi dalam masa yang sama nak masak jugak....nilah masa yang sesuaipun..cuti2 ,masak2...biarpun haru biru dibuatnya..
Lagipun menu hari ni bukannya payah sangat....tido je si kecik tu...no problem punya...Jalan kerja..
Takyah lah bagi resipi nasi beriani ni .saya pakai pek Nasi Beriani IMAN.Ikut je arahan pada pek tu...cuma tambah rempah tambahan seperti bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis......biji gajus...(oppps lupa bah nak masuk....kalut punya pasal)
Yang paling best...udang kari tu...yum..yum... tengok la next n3 untuk resipinyer....sonang jo..

Thursday, June 28, 2012

NASI LEMAK





Bahan A (utk nasi)

1 cawan beras (sukatan tempurung i tu la)
santan  (kalau bli kat market harga semasa  50sen je...cukup
1camb rata garam
sedikit gula
1 cm halia (di hiris halus)
sedikit lada hitam
2 biji bawang merah...dimayang
1 batang serai...diketuk je

Bahan B (utk sambal)

15 biji cili kering*(rebus terlebih dahulu selama 10 minit)
2 biji bawang  besar
1 sudu makan air asam jawa pekat
gula pasir
garam


Bahan pelengkap sajian merangkap hiasan
telur rebus/goreng
kacang tanah yg telah di goreng dengan minyak ..ada lagi best
ikan bilis goreng

Cara-cara 1.mula2 sekali..masak nasi seperti biasa ke dalam rice cooker,basuh beras,masukkan semua Bahan2 A,dan tambahkan air sehingga sesuai dengan kuantiti beras. 2.kisar semua bahan yg bertanda *, 3.panaskan kuali,masukkan setengah cawan minyak masak dan tumiskan bahan2 yg telah di kisar. 4.selepas 5 minit,masukkan air asam jawa.tambahkan gula pasir dan garam secukup rasa.masak lagi selama 10 minit. 5.setelah siap masak,boleh la di hidangkan bersama telur rebus,kacang tanah,ikan bilis,timun.
alamak nasi tu nak runtuh....nasinya peroi gitu,,pakai beras herba poni..

Tuesday, November 29, 2011

Nasi kenduri

Salam semua.....
hari ni nak masuk n3 menu tengahari semalam...time ni rajin pulak sebab dapat sediakan 1 set nasi ala nasi kenduri...menunya ayam masak merah, daging masak kurma air asam dan semestinya ada nasi...nasi tu nasi tomato...



Biasa orang kat sini (daerah Kerian, Perak) inilah antara menu nasi kenduri mereka. masa mula2 sampai di Bagan Serai dulu bila pergi kenduri mesti ada air asam..Pelik juga sebaab setahu aku kalau ada air asam mesti nak makan dengan ikan bakar..tapi tak rupanya. Malah ia dianggap sebagai menu yang boleh menaikkan selera makan tetamu..tetapi mestilah kena cara membuatnya..Kadang-kadang ada yang tak pandai buat, tak sedap.


Resepi air asam ini diambil dari abang ipar( pak tam), tapi dia cuma bagitau bahan2 je.So aku adunkan ikut citarasa sendiri.tapi tak la sesedap tuan punya resipi. Maklumlah dia tukang masak dan biasa masak banyak sekaligus.Resipi ayam tupun dari pak tam..resipi turun temurun keluarga..memang sedap...Tapi hari ni tak nak bagi resipi...lain kali je la..Lagipun tak nyempat ayam tu nak berposing dalam mangkuk hidang...dah habis dimakan dan menjilat jari anak2 aku...


Zaman sekarang ni bila ada kenduri jarang dah jumpa ayam masak berkuah..yang famous sekarang ni adalah ayam goreng/ ayam goreng berempah. kadng rasa tercekik la pulak bila makan.

Nasi kenduri ada macam2 pulak, nasi minyak, tomato, nasi jagung..dan mungkin ada yang lain kut..tapi setengah2 orang akan cari nasi putih juga..ikutlah selera masing2.

Saturday, June 5, 2010

Nasi Pilau






Bahan-bahan

200g cawan beras
175ml air
50ml susu sejat Ideal NESTLE
2 camb minyak sapi
1 biji bawang besar}dadu
2 ulas bawang merah}kisar
1 ulas bawang putih} dikisar
½ kiub ayam maggi
4 camb perencah nasi goreng Maggi
1 biji Bunga lawang
1 keping Kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 biji lada hitam
Sedikit serbuk kunyit

Hiasan
5g kismis
10g kepingan badam
Lobak merah

1. Basuh beras, tus dan ketepikan
2. Sediakan pengukus dan didihkan air
3. Panaskan s edikit minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik aroma.
4. Masukkan perencah nasi kandar Maggi dan tambahkan sedikit air .
5. Masukkan kiub ayam Maggi . Kemudian masukkan beras dan serbuk kunyit. Kacau seketika dan tutup api.
6. Masukkan beras ke dalam Loyang dan masukkan cecair. Kukus hingga ¾ masak
7. Dengan api yang kecil,cairkan mentega di dalam kuali dan goreng kismis selama seminit. Angkat dan ketepikan.Goreng pula kepingan badam sehingga kekuningan .angkat dan ketepikan.
8. Taburkan kismis dan badam dan parutan lobak ke atas nasi yang telah ¾ masak.
9. masukkan nasi ke dalam ketupat yang telah dianyam..dan kukus semula..

Sunday, May 2, 2010

Nasi Kerabu

Dah lama teringin nak makan nasi kerabu..tapi kalau bukan bulan 'puasa' memang payah nak cari..jadi bila dh terjumpa resipinya dalam majalah tak sabar-sabar rasanya nk cuba masak sendiri. Resipinya, "nasi kerabu bunga telang"..emm..resipinya nampak best..so jom kita cuba...

maka hari ini termakbullah hasrat hati untuk menikmati nasi kerabu..tapi tak guna daun telang sebab susah nak cari....so pakai je pewarna...

jemput makan ye...hehe

1 pinggan ni nak dihantar untuk jiran next,next,next door (merangkap pengasuh anak aku, merangkap mak tiri "adiputra"... mak tiah tersayang....

resipinya :
Nasi kerabu

Bahan2

Nasi
2 cawan beras
50 kuntum bunga telang
2 cawan air
2 helai daun pandan

Tumisan
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
2cm halia
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
2 biji kelapa-diperah pati santannya
4 sudu besarminyak masak
Garam dan gula
Sambal
50gm cili padi merah
2cm belacan
Garam dan gula secukupnya

Kelapa goreng
½ biji kelapa parut – digoreng tanpa minyak
2 ekor ikan kembung- direbus dan diambil isinya.
3 ulasbawang merah}
2cm halia}
1 batang serai
Garam dan gula secukupnya.

Ikan goring bersalut tepung
300g ikanselar kuning jeniskecil- dibersihkan
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Ulam
3 tangkai daun selom
4 tangkai daun kesum
1 biji timun
2 cawan tauge
½ mangkuk budu
3 biji limau kasturi

Hidangan sampingan
Keropok goring secukupnya
Telur masin secukupnya


Cara menyedia :
• Nasi- Bersihkan beras dan masak bersama-sama air bunga telang dan daun pandan seperti memasak nasi putih
• Untuk tumisannya, panaskan minyak ddan masukkan bahan kisar, garam, gula merah dan asam keeping kemudian biarkan hingga pecah minyak.masukkan pati santan, kerisik dan gula merah dan kacau.biar mendidih dan angkat.
• Kelapa goreng- satukan kelapa parut yang digoreng dengan isi ikan kembung, bahan-bahan yang ditumbuk lumat, garam dan gula kemudian gaul hingga rata.
• Ikan goreng bersalut tepung- bancuh tepung beras dengan air, kunyit dan garam. Kacau hingga sebati kemudian celup ikan dan goring garing.
• Hidang nasi bersama-sama ulam, sambal, kelapa goring, budu, keropok , ikan goreng dan telur masin…



kelapa goreng

ikan goreng bersalut tepung

bunga telang

Bunga Telang flower

inilah bunga telang yang digunakan untuk memberi warna semulajadi dalam masakan...

Wednesday, March 24, 2010

NASI TOMATO


NASI TOMATO

2 tin susu beras (1/2 kg)….3 tin air
8 ulas bawang merah..hiris
3 ulas bawang putih…hiris
1 inci halia..hiris
2 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camt jintan manis}
¼ camt jintan putih } tumbuk n ambil air
1 camb ketumbar }
Daun pandan
Daun kari ..jika suka
2 camb minyak sapi/ masak/butter
½ tin tomato puri kecil
½ cawan susu cair}
2 biji air limau kasturi } perah ke dalam susu

Hiasan
Gajus
Kismis
Digoreng dahullu… masuk ke dalam nasi yang telah dimasak….

Cara-cara
1. Cuci beras. Toskan
2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan tomato, tomato puri, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
4. Masaklah nasi macam biasa.
5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng , gajus dan kismis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List