radar

Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

Saturday, June 13, 2015

Donut projek masakan ke 2

RESIPI: DONUT SIMPLE GEBU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

Bahan A:
4 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar marjerin

Bahan B: 
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 paket yis/mauripan
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam

Bahan C:
Gula halus/Gula Castor secukup rasa sebagai topping.

Cara-cara:
- Campurkan tepung dan marjerin. Gaul guna tangan sampai sebati.
- Di bekas lain, campurkan yis, susu pekat, gula ke dalam air suam. Tutup dan biarkan seketika sehingga campuran berbuih.
- Bila campuran bahan B sudah berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung, caranya dengan melubangkan tepung di bahagian tengah dan tuang air sedikit semi sedikit, uli dan tuang air sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Uli dengan penuh bersemangat selama 10-15 minit. Agak-agak adunan dah sebati dan comel.
- Rehatkan adunan dalam masa 30 minit - 1 jam. Tutup guna kain basah. Adunan akan naik sekali ganda.
- Bila adunan dah naik, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin dan boleh mulakan proses membentuk donut.
- Rehatkan donut yang telah dibentuk, bila dah naik sikit boleh la goreng di dalam minyak banyak yang panas.
- Setelah donut kekuningan bolehlah angkat dan taburkan gula halus (saya guna gula castor).
- Siap dan sedia untuk dingapp

donut comel: ini buatan ayang

Wednesday, November 21, 2012

donut

SUMBER.: Hasue, my resipi

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin / Mentega
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tag

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List