radar

Saturday, January 5, 2013

kek coklat indulgence 2013

Kek Pertama tahun 2013



Resipi ni diambil  dari akak (kakchah) yang  berkursus dgan chef (yang pernah bekerja di Sec Recipe)....wow...kira dah terbongkar la resipinye...


Jom kita try...


Bahan-bahan (kek):


CHOCOLATE CHIFFON

BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR (DSS tak buh)

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BET
                               



Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:


100g compund dark chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 


Cara untuk assemble kek:

  • Potong kek menjadi 4 keping. 
  • Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
  • Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!

nota DSS
* Ganache dituang ketika sudah sejuk....simpan sat dalam peti sejukpun takpe supaya dia likat..bila  dituang atas kek ganache digunakan sebaiknya( sebab kurang meleleh ke pinggiran kek....ceh...ayat ! yang akhirnya  menyebabkan pembaziran ...

Bersiap untuk dipotong pada tarikh di atas......

harith yang nak sangat hias kek ni dengan coklat....konon2 macam main game tu....

kek yang penuh dengan limpahan coklat  & salutan kasih sayang

comotnyer meja aku...

tu...dia !
* LEN KALI ...nak buat choc filling (mousse) guna separuh adunan resipi...sudah memadai. Yang DSS buat ni, DSS scoop keluarkan sebanyak 2cawan mousse (tak pakai untuk disapu pada kek.....kan dah membazir...!!!)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List