inilah spaghettiku yang tidak berhias dan tak berkeju....
xde kejupun takpe...sodap jer..
Bahan - bahan500g spaghetti.
Air untuk merebus ,
garam secukup rasa.
Untuk Kuahnya. 2 sudu besar minyak kelapa sawit / zaitun.
1 ulas bawang besar kuning Holland. (dicincang)
1 labu bawang puth.(dicincang)
1/2 sudu kecil Italain herbs*.pakai oregano je....
250 gram / lebih daging ayam...didadu
450-500g tomato puree.
Air secukupnya.
sedikit tepung jagung
2 biji tomato ranum merah.(dipotong kuib)
Keju Cheddar/ Mozarella. (di parut atau dicincang)
Bebola daging/ayam.
Cara:
1) Rebus Spaghetti dengan air + sedikit garam.
2) Baca dengan teliti peraturan merebus spaghetti.
3) Kacau sekali-sekala.
4) Masa merebus 8- 10.(lihat masa pada bungkusan spaghetti.)
5) Apabila sudah lembut tapi masih kenyal, toskan.
Tips:Ada 2 cara supaya spaghetti tak melekat-lekat.
1) Selepas tos, tuang sedikit minyak dan gaul dengan spaghetti. atau
2)Toskan dibawah air yang mengalir sehinga tidak melekat.
Kuah:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bawang hingga naik bau. Tambahkan bawang putih dan Italian herbs.
3. Tumis hingga naik bau. Tambah ayam. -
4. Masak hingga separuh masak.Tambah tomato puree. Didihkan. Tambah air.
5. Kacau hingga sebati. Biar mendidih.masukkan tepung jagung. Campurkan buah tomato.
6. tambah bebola daging .
7. Hidangkan Spaghetti dalam pinggan.
8. Sendukkan kuah tomato tadi panas-panas.
9. Tabur keju di atasnya.Hias dengan daun parsley kalau ada.