Berjumpa lagi kita..dah lama tak buat pizza...sementelaah anak dari asrama nak balik so adalah baiknya saya memulakan aktiviti membuat roti pizza... selalunya guna resipi dari chef ismail..kali ni nak buat piza guna resepi
CMG..tapi resipinya lebih kurang sama
1 bahagian lagi saya buat mini pizza...semuanya telah diangkut masuk ke dlm tupperware oleh si anak sorang ni,,,(utk kawan2 dia kt asrama)...
sedap...mmg sedap...dh sejuk still sedap lagi...sebab lembut dan gebu
BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver
BAHAN ISIAN :-)
1 1/2 cawan sos tomato
6 batang sosej ayamas, hiris bulat
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji....x letakpun..sebab tak tau nak cari kt mana...
Keju Mozarella secukupnya
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar...lupa nak letak..
Tambahan :....saya letakkan..
tumisan ayam dan puri tomato...
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....
No comments:
Post a Comment