radar

Friday, July 30, 2010

PIZZA GEBU



Berjumpa lagi kita..dah lama tak buat pizza...sementelaah anak dari asrama nak balik so adalah baiknya saya memulakan aktiviti membuat roti pizza... selalunya guna resipi dari chef ismail..kali ni nak buat piza guna resepi CMG..tapi resipinya lebih kurang sama

1 bahagian lagi saya buat mini pizza...semuanya telah diangkut masuk ke dlm tupperware oleh si anak sorang ni,,,(utk kawan2 dia kt asrama)...
sedap...mmg sedap...dh sejuk still sedap lagi...sebab lembut dan gebu

BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver

BAHAN ISIAN :-)
1 1/2 cawan sos tomato
6 batang sosej ayamas, hiris bulat
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji....x letakpun..sebab tak tau nak cari kt mana...
Keju Mozarella secukupnya
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar...lupa nak letak..

Tambahan :....saya letakkan..
tumisan ayam dan puri tomato...

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.

2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

Thursday, July 22, 2010

Puding roti karamel


Resipi ni diambil dari Yati Memories...sori link xdpt dikesan....apa2pun t.kasih.saya cnp ek....
tapi...karamel tu dah terover hangus plak...rasa mmmmm....(sebenarnya bab2 puding roti ni saya tak berapa gemar sangat....sekadar nak buat n nak rasa sikit tu oklah...)

Bahan A

• 1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti( saya jadikan gula hangus dahulu, pastu tuang di loyang yg nak dikukus...)
Bahan B
• 1 buku roti [10 keping]
• 1 tin susu cair
• 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
• 2 biji telur
• 1/2 cawan gula
• 1 sudu teh esen vanilla
• 2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
• 1 tin buah koktel/peach
Cara Penyediaan.
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktail dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail atau buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert

Wednesday, July 21, 2010

Ayam goreng berempah



Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
3 sudu besar serbuk kari...
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit +garam
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng
Daun kari

Cara penyediaan:
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Sunday, July 18, 2010

Rencah 3 in 1

Hari ni just nak cerita 1 cerita yang dah berlalu...hari Rabu yang lepas (14.Julai 2010).....Hari Rabu tu panitia kami nak buat pertandingan menghias kek...tapi selepas waktu sekolah(waktu kokurikulum-sempena bulan TEKVO)...Hari yang sama juga guru pembangunan nak periksa bumbung bilik ERT yang telah dimakan anai2....Dan yang ketiga pula aku ada temujanji dengan PK Pentadbiran tepat 7.30 pagi...tapi aku tak tau apa tujuan PK ingin berjumpa...dalam hati aku ni mesti pasal bumbung yang nak runtuh tu ataupun pasal kewangan PIBG...Tapi bila dah sampai aku lihat bukan aku sorang je yang ada t.janji dgn PK...tapi ada 5 orang termasuk aku...suspen juga...Rupa-rupanya apa yang aku sangkakan meleset sama sekali...bukan berkaitan bumbung/PIBG....Sebenarnya beliau nak umumkan aku adalah antara 8 orang guru dan kakitangan yang mendapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)...mmg suspen sebab selama ni aku tak pernah pun termimpi2 utk mendapatkan APC...Janji aku jlnkan tanggungjawab...tapi bila pentadbir nak bagi tu...alhamdulillah...
Tak seronok asyik cerita je....nak tunjuk gambar pertandingan hias kek ...aku masuk juga sebagai peserta kategori guru....tak pandai pun bantai jelah....






ini kek pemenang no 1....Cikgu Zoul...

Saturday, July 17, 2010

kek marble



Dah lama tak update blog ni....dh sampai naik usang blog aku ni...so ari ni nak ngadap sat...bukan nak present resipi baru tapi nak guna resipi lama...penghasilannya baru dan ditukar nama yang komersial...kalau silibus di sekolah namanya lain, tapi bila diluar sana namanya lebih komersial...iaitu kek pelangi dengan nama yang dikenali ramai 'kek Marble'...(lebih glamor)...

nak tengok resipi.... tengok la resipi kek pelangi pada post yang lalu

Sunday, June 20, 2010

SPAGHETTI BOLOGNAISE


inilah spaghettiku yang tidak berhias dan tak berkeju....
xde kejupun takpe...sodap jer..

Bahan - bahan

500g spaghetti.
Air untuk merebus ,
garam secukup rasa.

Untuk Kuahnya.

2 sudu besar minyak kelapa sawit / zaitun.
1 ulas bawang besar kuning Holland. (dicincang)
1 labu bawang puth.(dicincang)
1/2 sudu kecil Italain herbs*.pakai oregano je....
250 gram / lebih daging ayam...didadu
450-500g tomato puree.
Air secukupnya.
sedikit tepung jagung
2 biji tomato ranum merah.(dipotong kuib)
Keju Cheddar/ Mozarella. (di parut atau dicincang)
Bebola daging/ayam.

Cara:
1) Rebus Spaghetti dengan air + sedikit garam.
2) Baca dengan teliti peraturan merebus spaghetti.
3) Kacau sekali-sekala.
4) Masa merebus 8- 10.(lihat masa pada bungkusan spaghetti.)
5) Apabila sudah lembut tapi masih kenyal, toskan.

Tips:Ada 2 cara supaya spaghetti tak melekat-lekat.

1) Selepas tos, tuang sedikit minyak dan gaul dengan spaghetti. atau
2)Toskan dibawah air yang mengalir sehinga tidak melekat.

Kuah:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bawang hingga naik bau. Tambahkan bawang putih dan Italian herbs.
3. Tumis hingga naik bau. Tambah ayam. -
4. Masak hingga separuh masak.Tambah tomato puree. Didihkan. Tambah air.
5. Kacau hingga sebati. Biar mendidih.masukkan tepung jagung. Campurkan buah tomato.
6. tambah bebola daging .
7. Hidangkan Spaghetti dalam pinggan.
8. Sendukkan kuah tomato tadi panas-panas.
9. Tabur keju di atasnya.Hias dengan daun parsley kalau ada.

Monday, June 14, 2010

KRIM MENTEGA



kek cawan ni menggunakan krim mentega..
macammnana nak buat krim mentega?
senang jer....jom tengok...

KRIM MENTEGA 1


1. 250g mentega....putar hingga putih
2. 100g gula pasir
3. 100g air

2&3 dimasak hingga larut dan sejukkan dan masukkan ke dalam 1

4. 100g susu cair (sejuk)....masukkan akhir sekali..dalam adunan...siap.
5. bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai...

Pulut Kuning

Sesekali makan pulut kuning ni memang terasa enaknya....biasanya pulut dimasak apabila ada majlis yang istimewa...tapi tak boleh dimakan banyak2...cukup sekadar dapat makan sepinggan kecil...sudah memadai...jom tengok resipi sempoi ni...pulut kuning/nasi kunyit..



Bahan-bahan
180g beras pulut (direndam semalaman dgn 1 camb serbuk kunyit dan 1 kpg asam gelugur)
250ml santan pekat + 1/2 camt garam
2 helai daun pandan

Cara :
1. basuh pulut yang telah direndam.tuskan
2. masukkan pulut ke dalam loyang pengukus dan kukus selama 5 minit
3. masukkan santan dan daun pandan dan kacau rata. kukus lagi selama 20-25 minit hingga pulut masak. karih sekali sekala.
4. keluarkan pulut dan daun pandan. tekan pulut dalam acuan agar2.
5. hidangkan bersama rendang....

Saturday, June 12, 2010

RENDANG AYAM



N3 kali ni resipinya ...semua orang dh taukan....so, saya bg ala-ala jelah ye...sebab bila masak saya agak2jer...janji sodap....

bahan2
600g ayam
cili kisar
bawang merah
halia
bawang putih
100ml pati santan
4 batang serai
minyak untuk menumis
sehelai daun kunyit
2 sudu kerisik
daun limau purut..
garam dan gula..secukup rasa

Thursday, June 10, 2010

KEK SPAN HARIJADI


Kek ni special untuk irfan dan harith.....selamat hari lahir sayang mama


BAHAN KEK
150g tepung superfine
150g gula castor
5 biji telur (dipukul)
100g mentega cair

1. Alas dan lenserkan acuan kek
2. Panaskan ketuhar pada suhu 160C
3. Ayak tepung
4. Putar telur dan gula hingga kembang
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaupbalikkan perlahan-lahan
6. Masukkan mentega cair dlm adunan dan kacau hingga sebati
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Masukkan ke dalam ketuhar selama 45 minit.

Topping- Coklat cair + krim mentega
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List