Tuesday, December 22, 2015
Wednesday, December 16, 2015
Friday, December 4, 2015
Karipap. Pusing bikin aku pusing
200 gm tepung gandum
100 gm shortening
Secubit garam
BAHAN B
400 gm tepung gandum
200 gm air
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA
DOH -A
- Gaulkan shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam
- Uli dengan tangan sehingga betul2 sebati
- Bahagikan kepada 6 doh kecil. 1 doh bersamaan dengan 50 gm
- Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap
- Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaulkan sehingga menjadi doh
- Bahagikan ia kepada 6 doh2 kecil. 1 doh bersamaan dengan 100 gm
- Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap
Bahan bahannya :
6 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil2
Isi ayam atau daging secukupnya - dicincang kecil2
2 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar udang kering (jika suka)
CARA MENYEDIAKANNYA
- Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga 3/4 empuk, toskan
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu diikuti bahan kisar, kacau2kan dan biarkan sehingga kekuningan
- Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
- Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
- Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
- Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering.
Monday, November 23, 2015
CHURROS
Bahan-bahan
1 cawan air
1 sudu makan gula
11/2 cawan tepung gandum - saya bubuh 1 je
1 biji telur - size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
#Gula+cinnamon powder atau hot chocolate
Cara-cara
Didihkan air, garam, butter dan juga gula.
Kecilkan api.
Masukkan tepung.
Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2.
Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.
Panaskan minyak.
Masukkan adunan ke dalam acuan (boleh gune nozzle bentuk bintang dan masukkan dalam piping bag).
Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers.
Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.
Tuesday, November 10, 2015
Kek snow chez
Seronok....pagi ni dengar sebutir2..acu cakap patah perkataan.."ma jom tun bawah..".sebenarnya banyak lagi yang dia dh pandai ckp..cuma xsompek nk update semua tu...acu dah 1 thn 11bln pada 3.11.2015 aritu. Gigi diapun dah penuh bila masuk umur tu..sblm ni gigi bawah dia dua batang je..masuk bulan 11 ni..berlumba2 gigi dia tumbuh.
Diapun macam acik cepat ckp..dan bila ckp, ckp terus..tapi acu memang suka tiru orang cakap,even acik jerit..diapun dah tiru..tang tu yg tak seronoknya..
Yg best kalau ajar dia baca ayat quran dia memang ikut..makna kata dia ni suka belajar..harap2 apa yg aku perhatikan ni..akan berterusan..lain plak dgn acik bila cakap pasal sekolah dia xsuka..katanya acik baby lagi..x nak sekolah..aduyaii susah la camni..
Cuti deepavali..5 hari..semalam dah p bukit merah..hari ni buat kek plak.
Monday, November 9, 2015
Lempeng
Alkisahnya semalam kami bermandi manda di Bukit Merah...
Ini resepi asas...tapi bila saya buat saya akan gandakan 2x..baru cukup
Bahan2
2cawan tepung gandum
2cawan air
5 sudu minyak masak
1 sudu teh garam
Cara2 memasak
satukan semua bahan dalam blender dan putar sehingga betul2 sebati (kira putar lama skit yer)
sediakn kuali dan letak satu sudu minyak masak dan sekatakn ia didlm kuali
ambil dua senduk adunan dan tebarkn atas kuali...
bile dah ade kekuningan bolelah diangkat..
siap untuk dimakan..
Wednesday, October 14, 2015
Apam beras gebu
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
3/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras1 sudu kecil yis (mauripan)
Sedikit pewarna (saya x guna )
Sedikit kelapa parut dan garam
Cara-cara:
Satukan nasi, air dan gula dan blender. Dan kisar sampai halus dan gula larut.
Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis. Gaul mesra.Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam bahan kering. Letakkan pewarna, gaul sebati.
Biarkan adunan apam mengembang 2-3 jam. Tanda adunan menjadi, ada buih-buih kecil terbit di atas adunan dan ianya nampak sekali ganda lagi.
Panaskan pengukus, sapukan sikit minyak ke dalam loyang atau bekas dan panaskan sebentar.
Akhir sekali, masukkan adunan apam beras gebu yang telah kembang untuk dimasak.
Kukus selama 30-40 minit jika guna loyang. Boleh gaulkan dengan kelapa parut kalau suka.
Friday, September 25, 2015
SUP TULANG...Segar selepas korban
Resipi paling bestttt aku jumpa kt blog http://salamisimon1.blogspot.my/2014/10/resepi-warisan-sup-tulang-yang-pastinya.html?m=1
Aku suka resepi ni sebab aroma supnya memang wangi, hilang segala bau hamis daging...
Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu
2 batang serai - diketuk
halia sebesar ibu jari - diketuk
rempah 4 sekawan - 3 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 batang kulit kayu manis & kuntum bunga cengkih
1 sudu makan lada putih tumbuk
air secukupnya
garam / perasa pilihan
minyak
hirisan daun bawang & daun sup
bawang goreng
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan dan tumis seketika hingga naik bau.
2. Masukkan tulang dan balik-balikkan sehingga bertukar warna atau kelihatan layu.
3. Tambahkan air secukupnya dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Perlahankan api dapur dan tutup periuk. Masak sehingga daging tulang empuk.
5. Masukkan lada putih dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Hidangkan panas dengan taburan hirisan daun sup / bawang dan bawang goreng.
Saturday, August 22, 2015
Sunday, August 16, 2015
Friday, August 14, 2015
Spageti olio
Seafood Aglio e Olio
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper
Seafood:
8scallops ...xda
8 mussels....xda
Udang, sotong atau apa apa yg disukai
Cara cara:
Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.
Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.
Saturday, August 8, 2015
Alahai..lari budget rayaku
1.julai2015 econ exora rosak.. kna tukar terus dgn yang baru..dapat bonus raya tapi x ddpt nk belanja utk raya..duit dah laari ke situ. ..n kena topup lagi dengan duit gaji bulanan......huhu...
Monday, August 3, 2015
Tahap kolesterol dan gula
Setelah hampir 2 bln buat pemeriksaan darah, baru aku nak pi amik result..keputusannya...
Kolesterol 3.6..masih tahap normal ..seeloknya 2.5..doktor minta aku jaga diet. Kat jadual bawah tu aku rujuk bhgn total.maklumat lebih doktor xbagi..nk snap resultpun doktor xbagi..
Tahap Gula aku masih normal...4.3
Alhamdulillah.....kna berjaga2 juga lah
Tuesday, July 14, 2015
Kek lapis oreo
KEK LAPIS OREO
Sumber: http://rozzan.blogspot.com/2009/11/kek-lapis-oreo.html?m=1
Bahan-Bahan
10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah
Cara:
1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.
2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.
3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.
4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.
5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)
6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.
7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).
8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.
10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.
Nota:
1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.
Friday, July 10, 2015
Resdung ooii...
29.6..aaritu aku buat rawatan resdung...bulan posa...tp disebabkan aku ngak boleh berpuasa..Inilah peluangnya.. utk buang resdung..sbb teknik rawatannya memerlukan asap memasuki rongga hidung,mulut dan telinga...
Kalau puasa terbatallah puasa tu...
Ini hasilnya....
Tuesday, July 7, 2015
First trial..oven kesayanganku
Semalam aku mencuba resepi samprit yang diberikan oleh Amy(nurul Jamilah) guna oven baru FOTILE.
SUNGGUH tak sangka bila balik berbuka puasa aku cuba makan samprit tu rasanya sebijik macam yang aku selalu ode dari kawan tu ...sedap sangat.
Terima kasih kat amy sebab xkedekut resepi ni walaupun dia buat bisnes kuih raya.
My Blog List
-
Air rebusan yang baik - Asalamualaikum dan selamat tahun baru 2025... semuga tahun yang mendatang akan lebih baik dari tahun tahun sebelumnya dan membawa beribu kebaikan untuk ...5 days ago
-
RESIPI KEK PAUN OREN - Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun ini entri p...11 months ago
-
Setahun sekali..... - 😅😅😅😅😅😅 Assalamualaikum... Yaaa...kembali bersua...setahun sekali update...seronok benor raseee..... Rindu sangat nak menulis...tapi kekangan masa ti...5 years ago
-
Fokus Pada Tas Bahu - http://kihad.com/pengrajin-tas-kulit-di-garut.html Fokus Pada Tas Bahu Hari ini tas kurir yang baru dirancang mengambil toko-toko dengan badai. Ini benar-...6 years ago
-
Tuaian dan update kebun 14 Sept 2018 - Alhamdulillah, sejak berkebun bekalan sayur di rumah tak pernah putus. Adakalanya berlebihan dan menjadi rezeki jiran-jiran dan juga sahabat handai. Nikm...6 years ago
-
Ghetuk Pisang - *Assalamualaikum & salam Jumaat...* Lama sungguh tak bersiaran. Hajat di hati nak update banyak2. Tapi apa boleh buat. Sibuk sangat sekarang ni. Tak semp...6 years ago
-
Keputusan darah - Selepas hampir 2 tahun pada 12 5 2017 aku membuat pemeriksaan darah sekali lagi hasilnya didapati Aku punya *hb* yang rendah inilah dia keputusannya7 years ago
-
Talam Lapis Surabaya - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama dah teringin nak buat kuih talam lapis surabaya resepi Chef Asma ni. Kebetulan ada stok keledek ungu, maka tercap...9 years ago
-
Kopi Biji Kurma - السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ Salam sejahtera semua, pernah minum kopi kurma tak ? Sedap tak ? ermmm alhamdulillah rasanya macam ko...9 years ago
-
Rimup AIDILFITRI - RUMUP Sambutan hari raya peringkat sekolah..Saya ditugaskan mengetuai jamuan. bahagian menu pelajar,guru dan vip Menu pel (kutipan rm 1) Nasi minyak n ...9 years ago
-
Salam aidilfitri 2015 - Assalamualaikum.. Haaachuuw! Punya banyak debuuu..blog sapaaa la ni.. Hari ni dah Ahad...02.08.2015 tak semena2 saya update blog...sapa laa yg bising2 H...9 years ago
-
Cara Membuat Ketupat Daun Palas - Bahan2 1 kilo beras pulut(dlm 4 cwn ). Next time perlu buat 2 kg/ 3 ikat daun palas 1 biji kelapa = 3 cwn santan sedikit garam 4-5 batang daun palas/ 1 ...9 years ago
-
Ayam Pandan - Assalamualaikum.... Bersawang2 dah rumah....Lama betul tak update... Sebb lama dah tak berblog...Tak tahu nak bercerita apa...apa2 pun kita layan jeelah d...9 years ago
-
KEK CHOCOLATE INDULGENCE..SEDAP TAK TERKIRA - *Assalamualaikum...Kek chocolate indulgence ni dibuat untuk birthday anak perempuan akak pada 14 Februari yang lalu. Actually akak memang dah lamaaa tau...9 years ago
-
Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer - BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum...Jumaat yang mulia, semoga kita diberi banyak kelapangan untuk melakukan yang baik-baik dan indah-indah dalam hi...9 years ago
-
VICTORIA SANDWICH CAKE - ASSALAMUALAIKUM... Dah 2 minggu cuba nak mengapdet, tp masa sgt tak mengizinkan.. Pg ni, dicelah2 masa yg suntuk dan padat, cuba jugak nak masukkan entri ...10 years ago
-
Russian Black & White Chocolate Cake - Assalamualaikum dan selamat sejahtera... ini adalah kek yang menjadi idaman dan angan-angan aku ingin mencuba. alhamdulillah terlaksana juga akhirnya. n...11 years ago
-
Kuih Tepung Gomak - Sudah lama juga teringin nak makan kuih tepung gomak ni tapi selalu bertangguh aje. Bukannya apa untuk menyediakan abuk2nya(tepung kacang hijau) tu agak me...13 years ago
-
-