Inilah hobi aku mengeksperimenkan resipi...Dulu buat kek ni guna tepung yang dibancuh siap...itupun sebab kawan bagi..Kononnya kek ni adaptasi daripada tepung beli siap tu la...Tapi tak sama juga yang dulu lebih gebu dan montok...tak taulah apa rahsia adunannyer...Kalau nak tengok perbezaan kegebuannya boleh klik sini....Takpe janji dia kek oren yang pasti rasa dan teksturnya baiiiiiikkkk sekali...
sape nak cuba meh tengok resipi....resipi aku ni.. ..
Sat2...klu tengok resipi lain ada yang tambah soda....mungkin rasa @ kegebuan dia lain kut.... kalau korang nak cuba, cuba letak 1 camca teh.. je...
Kek Oren aku
Sumber : Delisweetsour
Bahan-Bahan:
1 buku mentega (250)
2 cawan gula kastor(kalau nak kurang manis guna 1 1/2 cawan je)
3 cawan tepung gandum atau boleh guna tepung superfine+1 camca teh serbuk penaik
4/ 5 biji telur
1 camca teh vanilla esen (tak bubuh lagi sedap-rasa oren lebih menyerlah)
kulit oren/ 1biji (diparut)
jus oren 1 biji oren
Cara: 1. campurkan gula dan mentega dan pukul hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur dan esen vanilla ,pukul hingga telur sebati dengan adunan.
3. Kemudian masukkan tepung gandum berserta serbuk penaik dan putar hingga sebati.
4. Setelah adunan sebati, masukkan jus oren, kulit oren . Gaul sebati.
5. Bakar adunan dalam suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.
ni versi cup cake...bubuh dalam dulang je...petitin ngak ada...yang ada harta sekolah...haha..malasla nak pinjam. gambar sebelum dimasak....selepas dimasak punya...dah masuk dalam tekak.. |
Assalamualaikum..
ReplyDeletePagi2 nak sarapan umah orang ni..mintak sepotong 2 kek oren yg gebu tu... Akak bawak skali apam mentega yang sedap ni..kita bekpes sama2 ye. ^_^
suke-sukenyer
ReplyDeleterasanya akak dah pun follow friend blog farnas ni ke 60..gambar dapur...
ReplyDelete