Tahun ni harith banyak kali tak hadir ke sekolah sebab sakit perut...Last aritu bawa ke TMC, doktor cuma kata angin je..kena habiskan ubat kalau tak baik gak doktor nak scan perut dia...Tut..tut semalam waktu petang dia mengadu sakit lagi tapi bukan sakit perut tapi kat tepi sebelah kiri..mungkin senak perut kut..aku fikir. sebab kalau sebelah kanan itu adalah sakit appendiks.ahh...senak biasa tu..
malam tadi kami sekeluarga pergi pameran buku habibi kt pusat bandar.Harith ikut sekali..tapi jalannya dah menyenget semacam.emmm ayah dia kata jom la p. klinik....dan Doktor kata senak atau angin....haaa..akupun boleh jd doktor.Pastu ubat yang biasalah doktor bagi...antibiotik, sakit perut, angin. Harap2 Harith akan ok balik
Tapi pagi ni dia mengadu sakit lagi.. sakit sampai belakang..dan tak mau ke sekolah lagi.pening la aku...macam2 kerenah dipagi2 ni....Takpalah sabar je la.Sat gi nak menenpuh jem satu hal..lagi la buat aku tension.!!
Harith ..semoga cepat pulih dan dengar cakap mama..Bila dia tengah sihat memang tak ingat nak duduk diam2 dalam rumah..asyik2 nak cari kawan. Nasib la walau dah banyak kali xmai sekolah, bila dia datang sekolah isnin lepas dalam perhimpunan dia terima hadiah tempat ke-3 dalam program nilam..haa..sejuk sikit hati mama.
Tahniah Harith!
ReplyDeletesakit apa tu ye? tak cuba doktor pakar ke? didoakan moga Harith cepat sembuh juga..