resipi asal..dr my resipi(mat gebu)
sedikit olahan dari saya....
Bahan-bahan ( 6 orang )
• 500 g mee kuning
• 300 g udang sederhana besar , gunakan kepala n kulit utk buat stok dgn 1 liter air
• 1 keping dada ayam
• 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
. 6 batang sawi
• 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
• Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya -
• 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat .....hiris je,,
. 4 ulas bwg merah, hiris
• 3 camca besar sos tiram*
. 1 camb sos tomato*
• 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
• 1 camca teh kicap pekat *
• 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
• Garam dan gula secukup rasa
hirisan cili api...
Cara-cara
1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih n merah hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos dan kicap tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan kobis daun, tomato, sawi. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air jika mahu
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata. Masukkan mee dan Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
No comments:
Post a Comment