radar

Monday, November 23, 2015

CHURROS

CHURROS
(Aku buat 2 adunan terus)
Bahan-bahan
1 cawan air
1 sudu makan gula
11/2 cawan tepung gandum - saya bubuh 1 je
1 biji telur - size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
#Gula+cinnamon powder atau hot chocolate

Cara-cara
Didihkan air, garam, butter dan juga gula.
 Kecilkan api.
 Masukkan tepung.
 Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2.
Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.
Panaskan minyak.
Masukkan adunan ke dalam acuan (boleh gune nozzle bentuk bintang dan masukkan dalam piping bag).
 Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers.
Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.

Tuesday, November 10, 2015

Kek snow chez

Seronok....pagi ni dengar sebutir2..acu cakap patah perkataan.."ma jom tun bawah..".sebenarnya banyak lagi yang dia dh pandai ckp..cuma xsompek nk update semua tu...acu dah 1 thn 11bln pada 3.11.2015 aritu. Gigi diapun dah penuh bila masuk umur tu..sblm ni gigi bawah dia dua batang je..masuk bulan 11 ni..berlumba2 gigi dia tumbuh.

Diapun macam acik cepat ckp..dan bila ckp, ckp terus..tapi acu memang suka tiru orang cakap,even acik jerit..diapun dah tiru..tang tu yg tak seronoknya..

Yg best kalau ajar dia baca ayat quran dia memang ikut..makna kata dia ni suka belajar..harap2 apa yg aku perhatikan ni..akan berterusan..lain plak dgn acik bila cakap pasal sekolah dia xsuka..katanya acik baby lagi..x nak sekolah..aduyaii susah la camni..

Cuti deepavali..5 hari..semalam dah p bukit merah..hari ni buat kek plak.

Dua hari lepas pun buat kek ni juga..tapi ntah camna aku buat water bath tu bubuh air panas siap2...jadinya kt bahagian bawah kek dah bantat. Tak ttau la kepala otak aku ni ke mana..yg pasti ni la hasilnya kalau bdn dah letih.
Tapi satu lagi bila dah berumur ni ...cepat la pelupa..masa suruh angah angkat barang kluar  kereta,ambil h.pon. bagi kat mama..aku boleh tanya mana handphone mama...padahal dia dah bg kat mama.
Ni masalah pelupa ke, @@ kurang fokus...???
@@@ terlalu banyak benda nak kena fikir.
Harap2 Allah berikanlah aku ni kesihatan yang baik dari segala segi....aamiin..

Monday, November 9, 2015

Lempeng

Alkisahnya semalam kami bermandi manda di Bukit Merah...

Ini resepi asas...tapi bila saya buat saya akan gandakan 2x..baru cukup

Bahan2

2cawan tepung gandum

2cawan air

5 sudu minyak masak

1 sudu teh garam

Cara2 memasak

satukan semua bahan dalam blender dan putar sehingga betul2 sebati (kira putar lama skit yer)
sediakn kuali dan letak satu sudu minyak masak dan sekatakn ia didlm kuali
ambil dua senduk adunan dan tebarkn atas kuali...

bile dah ade kekuningan bolelah diangkat..

siap untuk dimakan..

Wednesday, October 14, 2015

Apam beras gebu


Bahan-bahan:

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
3/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras1 sudu kecil yis (mauripan)
Sedikit pewarna (saya x guna )
Sedikit kelapa parut dan garam

Cara-cara:

Satukan nasi, air dan gula dan blender. Dan kisar sampai halus dan gula larut.

Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis. Gaul mesra.Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam bahan kering. Letakkan pewarna, gaul sebati.

Biarkan adunan apam mengembang 2-3 jam. Tanda adunan menjadi, ada buih-buih kecil terbit di atas adunan dan ianya nampak sekali ganda lagi.

Panaskan pengukus, sapukan sikit minyak ke dalam loyang atau bekas dan panaskan sebentar.

Akhir sekali, masukkan adunan apam beras gebu yang telah kembang untuk dimasak.

Kukus selama 30-40 minit jika guna loyang. Boleh gaulkan dengan kelapa parut kalau suka.

Friday, September 25, 2015

SUP TULANG...Segar selepas korban

Resipi paling bestttt aku jumpa kt blog http://salamisimon1.blogspot.my/2014/10/resepi-warisan-sup-tulang-yang-pastinya.html?m=1

Aku suka resepi ni sebab aroma supnya memang wangi, hilang segala bau hamis daging...

Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu

2 batang serai - diketuk

halia sebesar ibu jari - diketuk 

rempah 4 sekawan - 3 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 batang kulit kayu manis &  kuntum bunga cengkih

1 sudu makan lada putih tumbuk

air secukupnya

garam / perasa pilihan

minyak

hirisan daun bawang & daun sup

bawang goreng

Bahan tumbuk:

3 ulas bawang putih

5 biji bawang merah

1 sudu makan ketumbar biji

1 sudu teh jintan putih

1 sudu teh jintan manis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan dan tumis seketika hingga naik bau.
2. Masukkan tulang dan balik-balikkan sehingga bertukar warna atau kelihatan layu. 
3. Tambahkan air secukupnya dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Perlahankan api dapur dan tutup periuk. Masak sehingga daging tulang empuk.
5. Masukkan lada putih dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Hidangkan panas dengan taburan hirisan daun sup / bawang dan bawang goreng.

Sunday, August 16, 2015

Friday, August 14, 2015

Spageti olio

Seafood Aglio e Olio

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

500 gram spaghetti

1/4 cawan minyak olive

5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil

1/2 tsp red pepper/dried chilli flake

50 ml water + 1 tsp chicken stock

Chopped fresh parsley

Garam

Coarse black pepper

Seafood:

8scallops ...xda

8 mussels....xda

Udang, sotong atau apa apa yg disukai

Cara cara:

Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.

Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.

Saturday, August 8, 2015

Alahai..lari budget rayaku

1.julai2015 econ exora rosak.. kna tukar terus dgn yang baru..dapat bonus raya tapi x ddpt nk belanja utk raya..duit dah laari ke situ. ..n kena topup lagi dengan duit gaji bulanan......huhu...

Monday, August 3, 2015

Tahap kolesterol dan gula

Setelah hampir 2 bln buat pemeriksaan darah, baru aku nak pi amik result..keputusannya...

Kolesterol 3.6..masih tahap normal ..seeloknya 2.5..doktor minta aku jaga diet. Kat jadual bawah tu aku rujuk bhgn total.maklumat lebih doktor xbagi..nk snap resultpun doktor xbagi..

Tahap Gula aku masih normal...4.3

Alhamdulillah.....kna berjaga2 juga lah


Jadual utk tahap gula
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List