radar

Friday, November 25, 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI API



Dah lama tak makan ketam.Tapi bila anak (Harith)teringin nak makan terpaksalah minta tolong kakaknya carikan ketam di pasar....Yang ini kategori ketam yang bersaiz sederhana (1kg-RM 15)...

Bila dah siap masak, yang pastinya selera anak yang selalu tak menentu...pastinya akan berubah dan nasi akan ditambah-tambah...tu yang best tengok diorang makan...
Jom tengok resipi I..

Bahan-Bahan:
ketam 1kg

Bahan-bahan untuk dikisar:
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
kunyit hidup 4cm (pakai serbuk kunyit je)
cili padi 10 biji

serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai
garam secukup rasa
asam keping 1 keping
santan pekat 200ml-(70ml buat santan cair)
air secukupnya

potongan nenas

Cara:
Bersihkan ketam..Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan masukkan santan cair.kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.Masukkan santan pekat.masaukkan nenas dan Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.

Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List