Bihun Goreng Lada Hitam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 bungkus bihun ~ direndam hingga lembut & tos
1 bungkus fishcake ~ potong kecil
10 biji tauhu pok ~ dihiris
1 cawan isi ayam yang didadu (MaDiHAa guna dada ayam)
1 biji lobak merah saiz sedang ~ disagat
Sedikit kobis diracik halus (MaDiHaA guna lebih kurang 1/4 dari kobis saiz sederhana)
1 sudu besar lada hitam yang siap dikisar
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1 cawan air
Bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan isi ayam & fishcake & masak seketika. Masukkan kobis & lobak merah dan kacau sebati.
2. Masukkan lada hitam, air, garam, gula & diikuti dengan tauhupok & bihun yang telah ditoskan. Gaulkan hingga sebati & sehingga bihun lembut. Biarkan hingga secukup rasa & bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment