radar

Wednesday, December 19, 2012

KEK BALDU MERAH a.k.a RVC


Baru nak memutar  telur tetiba en.boss dapat panggilan  dari kampung.....abang iparnya (suami m.long) sudah di  jemput Ilahi kul 9.15 pagi . Al-Fatihah. En. Boss ambil keputusan balik kampung terus...Yelah nak tunggu aku alamatnya lambat la...Aku follow kemudian dgn anak2...Cancell terus arini nak shopping baju sekolah anak2.

Aku kna bagi siap   kek  ni. Ingatkan dalam sejam  boleh siap bakar untuk 2 loyang...Rupanya 1 loyang amik masa 45 minit...Ayooo....lambat la sampai rumah m.long.

Dah settle  semua kamipun bertolak...Urusan mendekonya aku buat malam  je....


Meh  checkit out resipinya dulu...

RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B......DSS 4 biji je
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle...
2 cawan gula kastor....len kali DSS nak kurangkan...manis bangat...
4 sudu makan pewarna Red Bright - DSS 2 sudu
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- 
1 sudu makan bicarbonate of soda 
1 sudu makan cuka makan
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan

CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- 


ni hias mula2

hias lagi... tambah lagi  cebisan2 kek...eh cantik gak..hehe...


Topping ni amik kat Azie Kitchen..dengan sedikit editan
The Best Cream Cheese Frosting Ever
24 biji cupcakes.....len kali nakbuat cupcake lak...

Bahan bahan:
8 oz Cream Cheese, sejuk  (250gm)
1 1/2 sk Vanilla Extract
1/2 cawan butter, lembut....DSS pakai xsampai 30g...dahhabis daa...
3 1/2 cawan gula icing - ayak  (atau lebih bergantung kepada konsistensi yang diingini) .......DSS pakai 1 1/2 cawan je...sedang2 elok...konsistensi tengok pic.
DSS tambah ..
300ml whip krim


Cream cheese dikeluarkan dalam 30 minit dari peti sejuk sebelum diguna. Putar cream cheese, vanilla dan mentega sehingga kembang.

Ayak gula icing dan masukkan 1 cawan dalam satu masa ke dalam adunan sehingga sebati dan mendapat konsistensi yang diingini.

Nota:
Resepi ini menghasilkan frosting untuk 13x9 inci, 24 cupcakes atau kek saiz 8 inci.

Resepi ini untuk konsistensi sederhana. Jika mahu lebih likat, tambah 1/2 cawan gula dalam satu masa sehingga capai konsistensi yang dikehendaki. Jika mahukan lebih cair untuk cupcake atau biskut, kurangkan 1/2 cawan dari sukatan gula di atas.

Untuk coklat cream cheese frosting, ayak 1/4 cawan unsweetened cocoa powder bersama gula icing sebelum dimasukkan ke dalam adunan cream cheese.

Untuk mendapatkan cream cheese frosting berperisa, gantikan perisa yang disukai seperti maple, lemon atau oren.




Balik dari sekolah pas  bagi result PMR ...baru dapat potong

3 layer je?


Masa nak potong  satu kek  ni , time nak ngangkatnya  tetiba pecah berderai....jadi tak dapek la buat 4 layer....3 layer pun ok la...
ni la bhgn yg pecah tu... kau ada??

2 comments:

  1. penah sekali buat. tapi tak jadi. terus tak buat. TABIK utk org yg berjaya buat. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List