radar

Friday, November 9, 2012

PAVLOVA- utk potluck



Inilah rupa pavlova di tanganku ianya tercipta...Selama ni sekian lama nama pavlova tertera dalam buku teks ERT tingkatan 5 (nama shaja tanpa resipi dan gambar). Namun semenjak ia nya semakin popular di N3 blogger-blogger, akhirnya  aku makin mengenalinya...

Ditujukan khas buat kekawan SMAI sempena majlis potluck penutup 2012....(bukan semua dapat rasa pun....tak sempat beberapa minit diletakkan atas meja....ahhh...licin sama sekali..akibat keghairahan warnanya...hehehe...aku sendiripun tak tau camna rasa dia)

Ayokkk...check it out the recipe..


Resipi Pavlova
Sumber: http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html
Olahan : Deli sweetsour

 Bahan-bahan :
 4 biji putih telur
1 cawan gula kawstor ( aku guna ½cawan  je)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung ( aku guna 1 camb)

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - aku tak pakaipun.
1/2 sudu teh esen vanilla- tak pakai gak...

Hiasan : apa aje fresh fruit

Tip sebelum membakar :
1 pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. (kalau ada ...tak kembang la....jawabnya..

Cara-cara :
1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan pantas. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
 2. masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
5. Masukkan tepung jagung dan cuka.
6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper).
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.

Masa membakar :
1- Panaskan oven padya suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk

.Cara menghias :1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. (aku buat dalam 7 minit je pakai kelajuan pantasss...)
2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List