radar

Sunday, November 11, 2012

EPAL CHEEESE TART


Salam cuti sekolah......
Bestnyer ...waktu ni la yang ditunggu2...
bolehla meluangkan masa  yang lebih untuk anak2...sambil santai2....tengok tv  dan tidak kelupaan..
untuk mencuba pelbagai resipi yang sedia menanti dalam list..Insyaallah...jika keadaan mengizinkan....
Shell Tart ini aku buat sebelum cuti aritu lagi...kemudian ada balance cream cheese yang masih tersimpan dalam peti sejuk...jadi senang ...buat terus je...




Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.


Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

NOTA Deli sweetsour :
Adunan untuk shell diatas adalah untuk 40  biji....aku pakai saiz acuan 1" dan 1 1/4" (base)
 Cream cheese ini filling untuk  80 biji shell....saiz acuan yang sama..Jadi kalau rajin boleh buat  terus 2 adunan untuk shell supaya ngam2 je dengan cream cheese tu...

kalau malasss...buat separuh je resipi untuk cream cheese.....ehhh...boleh ke???   Kena buat eksperimen dulu..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List