radar

Friday, December 30, 2011

PULUT DURIAN BERSANTAN




Bahan-bahan ( 4 orang )
• 2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam)
• 1 cawan pati santan
• 1 cawan air
• 2 helai daun pandan
• Garam secukup rasa
• Buah durian
• Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka)
Cara-cara
1. Tos beras pulut yg direndam, kemudian kukus sehingga masak.
2. Untuk santannya: Masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
Siap. Boleh di hidang. Cara nk makan: Pulut di gaul dengan santan, isi durian dan sedikit gula.

Thursday, December 15, 2011

DORAYEKI...(SKONTITIS/DROP SCONES) a.k.a PANCAKE

selalu kalau pergi ke Jusco PERDA, anakku Harith mesti minta belikan dorayaki...Dorayayaki ini menggunakan resipi skon titis/drop scone..Memang tak pernah buat sebelumi ini cuma tahu resipinya saja..tapi disebabkan ingin memenuhi keinginan Harith dan resipinya memang simple jadi mesti kena cuba buat... Bila dah siap rasanya sama sebiji kat JUSCO tu...Jadi lepas ni taklah asyik beli je. Lagi pun harganya RM 1.50 satu... memang kaya raya tokeh kat jusco tu...

Kenapa plak??? sama ke dengan pancake...setelah kajian dibuat memang pancake yang selalu dibuat orang ni...juga menggunakan resipi yang sama..Bila dah siap diorang panggil pancake....bila sebut skon titis mesti orang tak begitu familiarkan...
Patutla selama ini aku buat pancake tak pernah dapat gebu macam orang lain...sebab guna resipi lain...bila google kat resipi pancake yang gebu-gebu ni.....baru la aku tau rahsianya...
tapi yang aku buat ni tak berapa cantik rupa dia sebab yang ini pakai kuali biasa je..nak cantik dan menjadi gunalah pan non stick...



ini stail Dorayaki...dihidangkan secara bertindih...

Monday, December 12, 2011

Apam Polkadot

Ini kisah semalam. Ada kenduri cukur jambul di rumah pak ngah dan mak teh...Bukan sekali dua kenduri pernah diadakan di rumah mereka . dari kenduri kecil sampai la kenduri yang besar-besaran..Yang pasti setiap tahun mesti ada kenduri dan kenduri yang pasti ada adalah kenduri arwah...apa yang menarik pada kenduri kali ini kenduri cukur jambul ini disertai dengan majlis berendoi 2 cucu mereka... Memang majlis camni x pernah dibuat lagi...dan yang penting aku baru first time tengok...kumpulan marhaban wanita yang memeriahkan majlis ini...dengan nyanyian mereka...

Jadi aku jadikan apam ini sebagai buah tangan dan sedikit hadiah untuk si baby comel...

Friday, December 9, 2011

CHEESE CAKE





Bahan A (untuk saiz loyang 8 inc)
200g biskut marie (dikisar halus)
125g mentega cair

Bahan B:-
250gm cream cheese (1 ketul)
50gm gula halus
3 biji kuning telur
25g tepung gandum
150mlsusu segar

Bahan C:-
3 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon......saya guna pati oren sunquick
50g gula halus


Cara-Cara:-.
loyang digriskan dan dialas (saya guna loyang non stick-takyah gris) n panaskan oven pada suhu 160′c

A.Bahagian A. (Adunan bawah kek)

1. Masuk butter cair ke dalam biskut kisar.kacau rata. Tuangkan ke dalam tin kek.
2. Tekan campuran biskut untuk mengeraskan bahagian bawah tin itu.
3. Simpan dalam peti sejuk beku sebentar.

B. Bahagian B
1. Putar cream cheese,gula,kuning telur hingga rata dan licin.
2. Masukkan tepung perlahan-lahan dan susu berselang seli hingga adunan sebati.
Biarkan ke tepi.

C.Bahagian C
1.Enjut putih telur hingga sederhana keras
2.Masukkan Jus lemon(pati sunquick), pukul lagi.
3.Masukkan gula sedikit demi sedikit dan enjut hingga habis.

kaupbalikkan bahagian C ke dalam B dgn perlahan hingga sebati.tuanngkan dalam bhgn A
Bakar (steam bath)di tingkat tengah( guna api bawah je) selama 35-40 minit hingga kuning rata.
Tutup api dan biar kek dalam oven kira2 10-15 minit.Keluarkan kek bila betul-betul sejuk

Hiaslah dgn whipped krim.




Thursday, December 8, 2011

CHICKEN CHOP with BLACK PEPPER SAUCE

Ini resipi yang saya gunakan semasa sambut birthday syasya aritu......hidangan sampingannya boleh la buat coleslaw,kentang putar, kentang goreng, hirisan tomato dan timun(tapi lupa nak potong walaupun ada dlm stok)



Chicken cop pakai bread crumb
• salut peha ayam (debone)tu dgn telur dan golek dlm bread crumb, goreng smp kekuningan atau smp ayam dah masak.


Sos lada hitam
SUMBER :acik_yarn@myresipi.com
resepi dr kakak ipar yg pernah dok US..sedap di makan dgn chicken chop,potato fries, nugget, fishball )
Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )
• 2 sudu butter
• 1 1/2 sudu tepung gandum
• sebiji bawang besar(potong dadu)
• sebiji tomato (potong dadu)
• seketul kiub ayam knors
• 2 cawan air
• sedikit kicap pekat
• sedikit sos cili/sos tomato
• garam dan gula secukup rasa
• 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
• tepung jagung(standby)
Cara-cara
1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Tuesday, December 6, 2011

BIOGRAFI SYASYA

6.12.2007 siti nur ain syahirah dilahirkan bersamaan 26 zulkaedah1431. Due sepatut 7.12.2007
Jam 7.30 dihospital taiping. Kira2 15-30 minit selepas masuk ke labour room sha dilahirkan secara normal. 7.43 bersalin. 8.10 dc siap keluar darah
9.20 siap jahit
10.30 bawa keluar ke wad 3
3.45bru shasha nk susu bdan




7.12.2007 keluar wad jam 5.30
8.12.07 Cek kuning 6.8
9.12 Kuning 9.6
10.12 Kuninng bby makin turun5.8.x p kinik dah
18.12 Nama SITI NUR AIN SYAHIRAH telah rasmi
19.12 Ain mula minum botol
20.12 Pusat ain luruh 10 pg
30.12 ain berak selepas Seminggu tak berak bila mula minum botol 3 kali
6.1.2008 Ain p ipohkali pertama
17.1.2008 P kedai gunting. Botakkan rambut ain
18.1.2008 Ain tak mau minum botol. Ain g ipoh kali kedua
28.1.2008 Mula htr ain ke rumah mak ani
5.2.2008 Ain dah pandai sembang
2.3.2008 Ain pandai ketawa
6.3.2008 Ain pandai menerap
22.3.2008 Bw ain p klinik TMC kali pertama. Batuk 8 hari
24.3.2008 Bw ain p klinik TMC kali ke-2.batuk mkin kurang slps 10 hr.
20.4.2008 Mula bg sya makan
30.5.2008 Sya pandai menerap
19.7.2008 Sya sebut mama
21.7.2008 Sya sebut mama dan bah
16.8.2008 Sya pusing 360 dengan pantas
23.8.2008 Sya mula angkat punggung. Nk belajar menyulur tp nangis bila tak dpt capai
30.8.2008 Sya makan bubur nasi sedap diblend dengan selera
5.9.2008 Sha mula menyulur
15.10.2008 Gigi sha mula nampak
4.12.2008 Sha pandai bye2 ayah p masjid.lambai dan sebut bye…
6.12.2008 setahun….ada hadiah untuk sha…set bilik..perabot kanak2….
12.11.2008 Sha p bercuti di marina cove, teluk batik,lumut
19.12.2008 Sha bersunat
22.12.2008 Sha cucuk 1 thn
8.1.2008 Sha batuk penat. P tmc
22.1.2009 Sha mula belajar merangkak.angkat punggung
31.1.2009 Sha alaergi
5.2.2009 Sha nyanyi dan tepuk tangan
15.2.2009 Sha makin selesa duduk dengan sendiri
23.2.2009 Sha mula bangun sendiri di tepi katil
1.3.2009 Ain kena alergi. Kali ini bintik merah besar dan berair
2.3.2009 Sha minum botol pegang sendiri
6.3.2009 Sha pandai panjat tangga sampai atas
14.3.2009 Sha pandai turun katil
17.3.2009 Sha pandai sebut word cepat
18.3.2009 Sha merangkak cepat
23.3.2009 Bwa ain p hosp parit buntar 1 pagi. Penat Demam, batuk
9.4.2009 Sha alaergi bg mkn kek coklat dan telur dlm kek
11.4.2009 P klinik vijay. Sha dsiahkan campak.abg harith jangkit 23.4. irfan 27.4
17.4.2009 Sha dh ok ..tinggal parut je
30.4.2009 Sha kena cirit birit
4.5.2009 Sha masih cirit tp tak teruk mcm mula.dh ringan badan dia. X mau makn dan minum
20.5.2009 Sha ckp- nak ckit
31.5.2009 Ain bleh jln 2,3 langkah
2.6.2009 Bw sha g KL
8.7.2009 Gigi sha ke 3 n4 di bawah nktumbuh
14.7.2009 Sha bleh jln dlm 5 kaki masa m.tiah dtg rumah
2.8.2009 Sha bleh jln dah. Genap setahun 8 bulan shaha boleh berjalan.lambat risau jga
6.9.2009 Ain pdai jelir lidah
5.10.2009 Sha pandai punggah brg dan kumpul 1 tempat
19.10.2009 sha dah pandai naik tangga pegang jarring
21.10.2009 sha nyanyi lagu aku………bukan superman
23.10.2009 sha pandai bukak seluar sendiri…..bagi pakai seluar pastu dia bukak tak mau pakai
5.12.2009 Bli rantai kaki sha
6.12.2009 Happy birthday to Shasha – 2 years
18.1.2010 BERAT shasha 9.7kg…hamper garis kuning, tapi berat meningkat..diwaktu ni dia boleh menari, nyanyi lagu klu dgr lagu…ketumbit makin besar,,..tak hilang2 lagi..

ini gambar 26 Julai 2010
.......setahun xda cerite....

4.1.2011 SYA MULA SEK Tadika Ummi Ceria (3 tahun 1 bln)

SELAMAT HARI LAHIR SYASYA...sayang


Sya buat persembahan kali pertama.....syabas anak mama..

Alhamdulillah, syukur anak mama dah masuk 4 tahun....mama dah sediakan special edition untuk syasya...klik sini
Apa pulak yang specialnya untuk syasya kali ni....dulu rancang lain...tiba hari ini jadi lain...ingat yang rancang hari ini pun tak jadi jugak...tapi dengan pertolongan Allah jadi juga...

Sebenarnya rancang kali pertama nak buat kek kopi karamel dan tatlet buah-buahan..
Kebetulan semalam ada pasar malam, ada orang jual peha ayam yang telah diporsikan.so suruh kak ayang beli ayam tu o.t.w dia balik tuisyen..so tukar rancangan nak buat chicken chop.
sampai sekerat hari macam tak jadi je...sebab pagi tadi p cari brown stok kt kedai,,,dah dapat.. blik rumah tengok2 expired... cis tokeh kedai ni.. mmg x bertanggungjawab....aduyai... kena p blik kedai tu... dah la aku kena angkut semua tentera dlm rumah ni...nak tak nak baby seat yang aku cabut tadi aku pasang blik...angkut la semuanya... nasib baik abang 8 tahun jaga baby dlm keta...sementara tunggu aku pi kedai tadi blik.

oh ya...nk buat apa dengan brown stok tu ye..? nk buat sos dia la.... haha x jadi lani... tapi aku usaha jugA cari resaipi lain...bukan tadi xda kt i.net(resipi sos blak pepper) tapi cam tak confident nak buatnye..
last2 jumpa gak dengan resipi terbaik n mudah...(dalm hati kek aku tempah je dah la)..x sempat nk buat dah..





Inilah kawan-kawan yang datang,mula ingat nak jemput kawan rapat depa( 2 org je),,,last-last kesian plak pada yang lain sebab ada yang dah tengok persiapan ini dari luar pintu rumah.

Friday, December 2, 2011

Puding roti karamel-yang sedap punye

Sebelum ni dah pernah buat puding ni pakai resipi lain tapi tekstur puding tu agak kental sebab pakai banyak roti.
Kali ini pakai resipi baru lebih sedap sebab teksturnya lembut...



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

kek keju





Bahan A (untuk saiz loyang 8 inc)
200g biskut marie (dikisar halus)
120g mentega cair
1/4 sudu teh garam

Bahan B:-
250gm cream cheese (1 ketul)
50gm gula halus
3 biji kuning telur
25g tepung gandum
150mlsusu segar

Bahan C:-
3 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon......saya guna pati oren sunquick
50g gula halus
7.

Cara-Cara:-.
loyang digriskan dan dialas (saya guna loyang non stick-takyah gris) n panaskan oven pada suhu 160′c
sambung nanti .....edit ckit

1. Pukul butter n cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan gula, pukul lagi.
3. Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi.
4. Masukkan bahan A n gaul rata.
5. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
6. Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi n kacau rata.





Allah Selamatkan Abang....Birthday Suamiku Hari Ini


SELAMAT HARI JADI BUAT SUAMI YANG TERCINTA,
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KESIHATAN YANG BAIK BUATMU,
SEMOGA KITA KEKAL MENJADI SEBUAH KELUARGA YANG BAHAGIA,
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT SANA....


Inilah antara menu sempena meraikan harijadi suamiku yang tersayang....
Cheese Cake tu toppingnya aku bantai je...10 minit siap..lagipun xda turn table, jadi ku turnkan je mana patut...jadi la gitu

Ingat tak mau bagi topping tapi tak cantik la pulak macam kat bawah ni....kosong je.
Macam bukan kek birthday..Jadi pandai ke tak ke balun je la...yang penting kek dia sedap..




Semoga

Tuesday, November 29, 2011

Nasi kenduri

Salam semua.....
hari ni nak masuk n3 menu tengahari semalam...time ni rajin pulak sebab dapat sediakan 1 set nasi ala nasi kenduri...menunya ayam masak merah, daging masak kurma air asam dan semestinya ada nasi...nasi tu nasi tomato...



Biasa orang kat sini (daerah Kerian, Perak) inilah antara menu nasi kenduri mereka. masa mula2 sampai di Bagan Serai dulu bila pergi kenduri mesti ada air asam..Pelik juga sebaab setahu aku kalau ada air asam mesti nak makan dengan ikan bakar..tapi tak rupanya. Malah ia dianggap sebagai menu yang boleh menaikkan selera makan tetamu..tetapi mestilah kena cara membuatnya..Kadang-kadang ada yang tak pandai buat, tak sedap.


Resepi air asam ini diambil dari abang ipar( pak tam), tapi dia cuma bagitau bahan2 je.So aku adunkan ikut citarasa sendiri.tapi tak la sesedap tuan punya resipi. Maklumlah dia tukang masak dan biasa masak banyak sekaligus.Resipi ayam tupun dari pak tam..resipi turun temurun keluarga..memang sedap...Tapi hari ni tak nak bagi resipi...lain kali je la..Lagipun tak nyempat ayam tu nak berposing dalam mangkuk hidang...dah habis dimakan dan menjilat jari anak2 aku...


Zaman sekarang ni bila ada kenduri jarang dah jumpa ayam masak berkuah..yang famous sekarang ni adalah ayam goreng/ ayam goreng berempah. kadng rasa tercekik la pulak bila makan.

Nasi kenduri ada macam2 pulak, nasi minyak, tomato, nasi jagung..dan mungkin ada yang lain kut..tapi setengah2 orang akan cari nasi putih juga..ikutlah selera masing2.

Saturday, November 26, 2011

MEE HAILAM

Hari-hari makan tengahari,asyik-asyik nasi dan lauk pauk boring jugak, so hari ni tukar selera, nak masak mi...pilihan kali ini ialah mi hailam, cepat dan mudah.....yang penting jimat tenaga....hehe



resipi asal..dr my resipi(mat gebu)
sedikit olahan dari saya....

Bahan-bahan ( 6 orang )

• 500 g mee kuning
• 300 g udang sederhana besar , gunakan kepala n kulit utk buat stok dgn 1 liter air
• 1 keping dada ayam
• 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
. 6 batang sawi
• 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
• Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya -
• 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat .....hiris je,,
. 4 ulas bwg merah, hiris
• 3 camca besar sos tiram*
. 1 camb sos tomato*
• 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
• 1 camca teh kicap pekat *
• 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
• Garam dan gula secukup rasa
hirisan cili api...

Cara-cara

1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih n merah hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos dan kicap tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan kobis daun, tomato, sawi. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air jika mahu
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata. Masukkan mee dan Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.


kuahnya dah tersejat....pulak tu bubuh air terkurang dari resipi...takpalah janji sedappp....

Friday, November 25, 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI API



Dah lama tak makan ketam.Tapi bila anak (Harith)teringin nak makan terpaksalah minta tolong kakaknya carikan ketam di pasar....Yang ini kategori ketam yang bersaiz sederhana (1kg-RM 15)...

Bila dah siap masak, yang pastinya selera anak yang selalu tak menentu...pastinya akan berubah dan nasi akan ditambah-tambah...tu yang best tengok diorang makan...
Jom tengok resipi I..

Bahan-Bahan:
ketam 1kg

Bahan-bahan untuk dikisar:
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
kunyit hidup 4cm (pakai serbuk kunyit je)
cili padi 10 biji

serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai
garam secukup rasa
asam keping 1 keping
santan pekat 200ml-(70ml buat santan cair)
air secukupnya

potongan nenas

Cara:
Bersihkan ketam..Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan masukkan santan cair.kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.Masukkan santan pekat.masaukkan nenas dan Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.

Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.


Saturday, November 19, 2011

Dapat oven baru

Khamis lepas nak pergi kedai alat elektrik sebab nak suruh mereka repair mesin basuh yang dah rosak button power...
Tapi bila sampai kat satu sudut ada oven pensonic...akupun tunjukla kat suami...oven ni la yang aku berkenan(aritu dah pergi servei)...diapun minta orang kedai tu ambilkan....yes! nak beli la tu.....seronoknye....t.kasih bang....

ni la oven baru ku......
Harganya RM 230...lebih besar daripada yang dulu...

Thursday, October 27, 2011

Daging hitam nasi kandaq



Salam sejahtera semua....
Sepatutnya waktu sekarang masa untuk berkemas .... tapi minta excuse sat ... maka kutaip la entri yang seterusnya....
....
malas la nak menaip,,, layan je la resipi ni..memang sedap...dr my resepi.com


Daging hitam nasi kandaq

Bahan-bahan ( 10 orang )
• 1 kg daging
• 30 biji cili kering (saya masukkan 6 camb cili yang telah dikisar)
• 1 sudu serbuk jintan putih
• 1 in halia
• 10 ulas bawang putih
• 10 ulas bawang merah
• 10 biji bawang besar
• 2 batang serai
• 2 tangkai daun kari
• 2 helai daun pandan
• 1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
• 1/4 cawan kicap manis
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 biji tomato dihiris
• asam jawa, garam
• sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
• daun pudina kalau suka
Cara-cara
1. daging potong 18 (saya potong kecil)
2. bawang kecil, bawang putih halia di kisar
3. bawang besar dikisar berasingan
4. cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
5. panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
6. masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
7. apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
8. kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
9. apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina

kek karamel vs kaca





nice to see, nice to touch but not nice to eat

itulah perumpamaannya buat masakan aku kali ini....
Nak membuatnya sungguh excited.... bia dah siap tak dapat dirasa

Dua hari lepas buat kek karamel....semuanya berjalan lancar sampailah masa nak membakar....oven meletup....
Letupan ini berlaku mungkin kerana terkena tumpahan air water bath . masa aku nk tutup oven berlaku gegaran sebab pintu oven ni jenis yang kena ditutup dengan kuat . apalagi bila tumpah terkena pada elemen pemanas…..aku pergi ke sinki dalam tempoh 5 minit…aku terkejut dengan bunyi letupan…………….pom………cam bunyi mercun deepavali….retak seribu pintu kaca oven…
Maka termasuklah perisa tambahan dalam kek…..serpihan kaca 1/3 ruang dapur habis…………..
Tapi itu belum mematahkan semangat aku…… hasil eksperimen tu aku simpan dua hari dalam peti sejuk…. Bakar tetap kena bakar….tunngu p sekolah hari ni….nak guna oven bilik ERT… nak tengok juga hasilnya.

Dan ini lah hasilnya……kek tu jd kembabng sebab peram 2 hari…tekstur dia masa aku bawa keluar dr peti sejuk dah berliang/ berongga….







Tapi karamelnya still ok……rasa nak ngap je…… oh tak tergamak…..


Terpaksa masuk tong sampah hitam…..

kesimpulannya disini....hasil masakannya berjaya....cuma bukan rezeki....






inilah gambar ovennya....kaca tu dah dibuang,,,puas juga la pakai oven percuma ni (hadiah lucky draw Kelab Guru & Kakitangan Smkai (KGKT) tahun 2006...kena beli baru la....tak sabar nak dapat barang baru nih......

Monday, October 17, 2011

kek oren


Hari Khamis lepas pergi kursus Pengurusan Bengkel KHB di PPD lama LMS...dewan Arif Budiman...Kawan sedaerah tumpang sekali ...kongsi2 kereta taklah jem jalan...tapi yang sebenarnya depa tak berapa nak reti jalan kat taiping...maka ku alu-alukan mereka menumpang.....kak wina dan kak nurul.

Tamat je kursus tak balik terus..kami pergi shopping kat Taiping Central...Aku lah sebenarnya yang bershopping...beli kasut tinggi...dah setahun tak pakai sebab mengandung...

Terima kasih kat K.wina sebab bagi tepung kek...dia beli dari kekawan kursus..entah bila dia mengorder pun aku tak tau...alih2 dia beli 3 bungkus....1 dia bagi kat aku....tima kasih2...
Dengan tepung tulah terhasilnya kek oren ni...



Sebenarnya tepung kek ni banyak...bila timbang beratnya 500g.Jadi bila dah siap semua diadun, keknya boleh dapat 2 tin pembakar.tapi saya telah ambil separuh dan masukkan kedalam cawan kek. Maka dapatlah 2 jenis bentuk kek...

REESEPInya begini....

500g adunan tepung - 1 peket (campuran tepung dan gula)
250g butter
4/5 biji telur
1 biji parutan kulit limau sunkist
1/2 biji limau sunkist (ambil airnya)....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List