radar

Wednesday, December 19, 2012

KEK BALDU MERAH a.k.a RVC


Baru nak memutar  telur tetiba en.boss dapat panggilan  dari kampung.....abang iparnya (suami m.long) sudah di  jemput Ilahi kul 9.15 pagi . Al-Fatihah. En. Boss ambil keputusan balik kampung terus...Yelah nak tunggu aku alamatnya lambat la...Aku follow kemudian dgn anak2...Cancell terus arini nak shopping baju sekolah anak2.

Aku kna bagi siap   kek  ni. Ingatkan dalam sejam  boleh siap bakar untuk 2 loyang...Rupanya 1 loyang amik masa 45 minit...Ayooo....lambat la sampai rumah m.long.

Dah settle  semua kamipun bertolak...Urusan mendekonya aku buat malam  je....


Meh  checkit out resipinya dulu...

RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B......DSS 4 biji je
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle...
2 cawan gula kastor....len kali DSS nak kurangkan...manis bangat...
4 sudu makan pewarna Red Bright - DSS 2 sudu
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- 
1 sudu makan bicarbonate of soda 
1 sudu makan cuka makan
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan

CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- 


ni hias mula2

hias lagi... tambah lagi  cebisan2 kek...eh cantik gak..hehe...


Topping ni amik kat Azie Kitchen..dengan sedikit editan
The Best Cream Cheese Frosting Ever
24 biji cupcakes.....len kali nakbuat cupcake lak...

Bahan bahan:
8 oz Cream Cheese, sejuk  (250gm)
1 1/2 sk Vanilla Extract
1/2 cawan butter, lembut....DSS pakai xsampai 30g...dahhabis daa...
3 1/2 cawan gula icing - ayak  (atau lebih bergantung kepada konsistensi yang diingini) .......DSS pakai 1 1/2 cawan je...sedang2 elok...konsistensi tengok pic.
DSS tambah ..
300ml whip krim


Cream cheese dikeluarkan dalam 30 minit dari peti sejuk sebelum diguna. Putar cream cheese, vanilla dan mentega sehingga kembang.

Ayak gula icing dan masukkan 1 cawan dalam satu masa ke dalam adunan sehingga sebati dan mendapat konsistensi yang diingini.

Nota:
Resepi ini menghasilkan frosting untuk 13x9 inci, 24 cupcakes atau kek saiz 8 inci.

Resepi ini untuk konsistensi sederhana. Jika mahu lebih likat, tambah 1/2 cawan gula dalam satu masa sehingga capai konsistensi yang dikehendaki. Jika mahukan lebih cair untuk cupcake atau biskut, kurangkan 1/2 cawan dari sukatan gula di atas.

Untuk coklat cream cheese frosting, ayak 1/4 cawan unsweetened cocoa powder bersama gula icing sebelum dimasukkan ke dalam adunan cream cheese.

Untuk mendapatkan cream cheese frosting berperisa, gantikan perisa yang disukai seperti maple, lemon atau oren.




Balik dari sekolah pas  bagi result PMR ...baru dapat potong

3 layer je?


Masa nak potong  satu kek  ni , time nak ngangkatnya  tetiba pecah berderai....jadi tak dapek la buat 4 layer....3 layer pun ok la...
ni la bhgn yg pecah tu... kau ada??

Saturday, December 15, 2012

DURIAN CREPE...


He...hehe..orang buat, aku nak buat gak....jadi terciptalah durian crepe  ini...Hanyalah untukku...Semoga ku dapat memahami rasa dan rupanya....Faridah..faridah..faridah..  .(sambil nyanyi lagu FIONA....4U2C..)..Rasanya bak makan durian.sedap lagi dimakan sejuk.....

Ok la rasa dia....resipi asal ntah sape punya...tapi tabik la kat pencipta asal dia sebab buat resipi inovasi khas untuk buah durian ni..Ada kepelbagaianlah kalau nak memasak  bila musim durian tiba..
Tapi masa aku buat ni stok durian sini (perak) dah habis, sampai diimport dari kelantan baru la dapat beli...Tapi isi buahnya tak berapa best..janji boleh buat crepe..sudah..

Bila mereka dapat merasa...
.
.
 EN.bos....kata..sedappp..
Anak2...sedap gak...tapi depa makan isi dalam je..kulit depa bagi aku... haiya..

Bila aku dapat merasa...
Ok la...makan isi dan kulit...tapi tang pelipat tu tak makan habis sebab terpaksa makan 2 layer kan..tebal..tak berapa mashuk.

RESIPINYA:
SCREEN CAPTURE kat 
Olahan : Delisweetsour
Bahan-bahannya
2 sudu besar tepung pau.....xda
2 sudu besar tepung ubi kayu...4 sudu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung....4 sudu
2 sudu besar tepung kentang....Xda
4 sudu besar tepung naik sendiri.....DSS pakai.tepung biasa

1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur....1 biji je DSS guna
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Air...ckit je letak..agak2 10ml kut...
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Cara-caranya:
  1. Maukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
  2. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. )
  3. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
  4. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
  5. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..

ha...macam2 saiz..aku buat nipis- nipis tula jadik cam ni (pakai kuali non stick)

Penah makan tak ais krim ....apa namanya ekk..lupa la... vanila di dalam luarnya hijau camni..samakan.????
yang ni whip  krim letak ckit je, takut muak....tapi bila makan baru tau sedap bila dah campur dengan whip krim...rugi tak letak banyak. Padahal krim lebih tadi punye banyak..Harith yang bagi habis, dia pipingkan semua dalam mulut dia...

Aiskrim...gitu2

Tuesday, December 11, 2012

mee kuah....the best



bahan-bahan :

500gm mi
100gm daging batang pinang
20g udang kering dikisar
3 batang sawi
3 biji tomato} dibelah 8
4 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih} ditumbuk halus
2cm halia}
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
½ cawan minyak masak
1 kiub pati ayam
4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung} dibancuh dengan air
Garam dan gula 

Cara menyedia
1. panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,putih dan halia hungga naik bau.
2. masukkan cili kisar serta sedikit air.kacau rata dan biar hingga pecah minyak
3. masukkan daging dan kacau. Biar hingga empuk. 
4. Tuangkan air dan masukkan kiub pati ayam, tomato puri, garam dan gula. Biarkan mendidih.
5. masukkan mi, sawi dan tomato.
6. masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan padamkan api……
7. hiaskan dengan hirisan limau nipis dan bawang goring.

apam balik



Sape selalu beli apam balik kat sebelah billion P.Buntar.? sEDAP kan??? sebab dia nipis dan rangup.Harganya 5 kupang satu...Memang peniaga ni boleh kaya dengan hanya menjual  apam balik je ..Sebab apa modalnya tak seberapa tapi keuntungannya boleh capai  hingga 90%...
Itulah yang dapat  aku congakkan....Untung..untung..Sesiapa nak mencuba dan nak berniaga boleh amik resipinye...sebab hasilnya memang menjadi..Tapi kalau orang berniaga mesti pakai bekas tembaga(paling sesuai), aku pakai kuali je. Jadinya tak boleh nak bagi nipis sekata..

hasil yang paling depan tu...terbaek...


APAM BALIK
RESIPIasal : Ahmad Bain, Felda Besout 1 (majalah SAJI)
Sumber  : Deli sweetsour

Bahan-bahan
1 1/2 cawan air
½camb soda bikarbonat
½camb skkbuk penaik
1/2 cawan gula
½camt garam
½camt pewarna kuning telur
½camt esen vanilaa
1 camt perasa pisang
250g tepung gandum

bahan sampimgan
jagung mnis
gula
kacang tanah
sedikit mentega

Cara :
1. Tuang air dalam bekas besar. Masuk  soda  dan s.penaik dalam air.
2. Masuk gula
3.Masuk esen, perasa dan pewarna dan garam
4. Guna pemukul telur, pukul kesemua bahan hingga sekata
5. Masuk tepung sedikit demi sedikit.
6. Pukul adunan setiap kali twpung dimasukkan. Pukul hingga gebu dan sekata.
7. Panaskan bekas tembaga hingga panas, sapukan minyak jagung, senduk adunan dan lenserkan  pADA BEKAS TEMBAGA ....DSS pakai kuali je
8. kETIKA ADunan separuh masak, taburkan gula.
9.Kemudian letakkan jagung krim, mentega dan kcg tanah yan ditumbuk.
10.Setelah apam masak, angkat dan lipat dua..
Nota DSS: masa ni dapat lebih dari 10 keping...

Monday, December 10, 2012

Nasi Goreng Kampung Suak junus


Nasi Goreng Kampung

Bahan :
  •  nasi sejuk - lerai2kan
Yang DSS kisar
  • ikan bilis
  • 10 biji cili padi ....agak2 la, pedas sat g depa xleh makan
  • 1 ulas bawang putih 
  • 4 biji bawang merah
  • secoit belacan
Bahan iringan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar Sos tiram maggi
  • sayur kangkung, karot
  • udang ke ayam ke
Sedapkan lagi dengan
  • ikan bilis dan telur yang digoreng 
  • timun dn sambal belacan
  • sup
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai naik bau . Masukkan  sos tiram,udang@ayam  kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan2 lain.
  2. Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. bubuhkan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi. masukkan sayur, , kacau lagi , rasakan dan jika ok boleh tutup api... 


nyum...

khalish dah setahun stengah..




Sunday, December 9, 2012

princess cake... aising buttercream 3


Ini hasil usaha serta ketabahan aku dalam menyiapkan kek syasya...Kek 2 biji (sponge cake) 300g dan 700g dihasilkan menjadi  2 1/2 tingkat....Jenuh gak le..1 jam setengah bru siap deko..Agak2 yang pakar buat bpa lama ek...Nipun kira cincai...kalau penuh ketelitian agaknya mau 2 jam lebih....hahaha..tak kuasa aku nak habiskakn masa kat situ je.. Buat deko nipun tak dirancang...tut..tut terus diideakan begini...tapi lupa plak nak tambah aksesori...

Nak tau camna 1/2 tingkat tu terhasil? Aku amik bahagian tengah kek 700g untuk buat tingkat paling atas...Jadinya kek tingkat paling bawah tu  berlubang la..hehe...Kek ni sebenarnya aku tempah kat kedai..senang cite...malas nak membuatnya..sat gi ada la pulak yang tarik kaki aku tak bagi buat, suruh ngadap dia je....sapa tu....haha.. khalish la..tu..

Aku ode tiga sebenarnya. satu lagi 1kg...Tp at last tak pakai sebab besar sangat...simpan je untuk esok kut2 nak buat lagi.Kek 300g...rm 8, 700g..rm 10, 1kg...rm 12....itu la harga yang aku beli... klu buat sendiri murah je la...bahan bukan banyak untuk buat span kek...

Ok...ini resipi krim mentega yang aku guna...Pada aku ni tk patut panggil krim mentega sebab krimwellnya lebih banyak digunakan daripada mentega...mentega tu macam beri kelainan rasa je....pada aku la...tapi sedap..gerenti....


Krim Mentega 
Resepi:Zati d hati
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

50g mentega(tanpa garam)
450g krimwell
300gsirap gula(hasue guna gula icing yang diayak 3 kali)
1 sudu besar susu pekat.....lain kali DSS takmau buh...manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh minyak mentega(butter oil)

Cara membuatnya:
  1. Putar mentega dan krimwell sehingga sebati dan berkrim. Masukkan sirap gula/gula aising.
  2. Putar sehingga gebu dan masukkan susu pekat.
  3. Akhir sekali masukkan vanilla dan minyak mentega.
  4. Pukul sebati dan sedia untuk digunakan..ol/;


hai...!! belakang tu aku taruk je coklat rice...sebab dah malas....








Saturday, December 8, 2012

krim mentega 2



Disebabkan ada lagi lebihan kek yang belum digunakan, maka hari ni kenalah bermain- main dgn ising.... mula2 ingat nk buat kek boboiboy seperti yang harith minta tapi tengok macam renyah je nk buat terus cancel... Last2 jadi camni.. Hiasan cacing tu mula buat ckit dah ok, tapi sebab nk habiskan ising, aku picit piping beg sampai habis.....gitulah kemenjadiannya...

Kali ni guna resipi lain.



RESEPI KRIM MENTEGA
Sumber : Kak Rokiah
Krim Mentega@buttercream Icing by AnnaQawina
Digunapakai  :  Deli sweetsour
Bahan-Bahan :
  • 150 grm gula icing (ayak).....DSS guna 50g je... tak ayakpun...ok je 
  • 150 grm lemak sayuran (shortening)
  • 150 grm mentega
  • 1 sdudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar susu segar....DSS guna susu cair
DSS tambah :
3 camb susu pekat manis

Cara-cara :
Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed perlahan hingga medium sahaja sehingga kembang, ini akan ambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya. 

Nota DSS :
pakai speed laju terus

coklat ni pulak cair sikit konsistensinya...lain kali kena bg kurang cikt susunya .yang ni guna 40ml...lain kali guna 25ml untuk 60g coklat..../ 1 kiub coklat


bagi jenjiran dulu..

Friday, December 7, 2012

HEPI BIRTHDAY SYASYA...dah 5 tahun

Biarlah gambar berbicara...
syoknyer... dapat hadiah...


yeee... k.eli datang!




ye..! jom k.eli  tolong ain


peace yo !

siap untuk dipotong....

jom posing dulu ngan mama....

bebudak taman ...ni je yang ada yang lain tak dapat dikesan....geng2  gurl...mamat2 semua tak mau join kecuali mamat kecik..

pertemuan pengasuh2 aku==

kak ain dapat hadiah bantal daripada k.eli

Tuesday, December 4, 2012

PERJALANAN HIDUP YANG BARU


bila bomba datang.....

Bertempat di wad 10, katil 12 dengan ditemani jururawat pelatih yang manis, Ain Syahirah namanya, aku kuatkan semangat untuk berada di sini. Sesekali doktor pakar datang melawat untuk memastikan keadaan anakku stabil. Sesungguhnya untuk aku berdepan dengan  situasi yang melibatkan  darah, memang aku jadi gerun. Nasib baiklah doktor yang bertugas, doktor pelatih Khalish sering menunjukkan air muka yang sentiasa tenang. Begitu juga doktor pakar ,Dr. Nasir (pakar K****logi) tidak keberatan untuk memeriksa anak-anakku sekiranya aku memanggil tidak kira waktu. Aku sebagai ibu hanya mampu berdoa disamping memberi kata-kata semangat dengan menyatakan yang mereka akan pulih seperti sediakala. Bila tiba  waktu makan terpasalah aku menyuap si abang, dan adik pula sanggup berlapar tak mau makan dan menunjukkan muka sedihnya. Nasib baiklah puasanya tak berpanjangan kerana selepas hari kedua dia telah meminta susu.
Itulah antara situasi yang berlaku selama tempoh 9 hari...

Mari ku ceritakan kisah sebenarnya...
Kisah berlaku bermula di sebuah masjid.. Masjid Bagan SErai.....8 pagi tepat...tahlil telah dimulai  oleh tok imam sebagai  permulaan majlis khatan beramai-ramai.

aku dan anak-anak  selepas majlis tahlil...cuak kelihatan wajah anak  lelaki, harith dan irfan



dua hos paip bomba digunakan untuk memandikan kanak-kanak yang nak berkhatan



usai bergumbira dengan air bomba,,,pakai kain pelekat....haha... first time pakai tu...

amik no giliran, harith no 2, irfan no 3

mama tau irfan berdebar2 tu...sian si kecik mama

ha.... nama dah kena panggil..
Ada lagi gambar..... tunggu...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List