Bahan-bahan ( 4 orang ) • 2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam) • 1 cawan pati santan • 1 cawan air • 2 helai daun pandan • Garam secukup rasa • Buah durian • Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka) Cara-cara 1. Tos beras pulut yg direndam, kemudian kukus sehingga masak. 2. Untuk santannya: Masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Siap. Boleh di hidang. Cara nk makan: Pulut di gaul dengan santan, isi durian dan sedikit gula.
selalu kalau pergi ke Jusco PERDA, anakku Harith mesti minta belikan dorayaki...Dorayayaki ini menggunakan resipi skon titis/drop scone..Memang tak pernah buat sebelumi ini cuma tahu resipinya saja..tapi disebabkan ingin memenuhi keinginan Harith dan resipinya memang simple jadi mesti kena cuba buat... Bila dah siap rasanya sama sebiji kat JUSCO tu...Jadi lepas ni taklah asyik beli je. Lagi pun harganya RM 1.50 satu... memang kaya raya tokeh kat jusco tu...
Kenapa plak??? sama ke dengan pancake...setelah kajian dibuat memang pancake yang selalu dibuat orang ni...juga menggunakan resipi yang sama..Bila dah siap diorang panggil pancake....bila sebut skon titis mesti orang tak begitu familiarkan... Patutla selama ini aku buat pancake tak pernah dapat gebu macam orang lain...sebab guna resipi lain...bila google kat resipi pancake yang gebu-gebu ni.....baru la aku tau rahsianya... tapi yang aku buat ni tak berapa cantik rupa dia sebab yang ini pakai kuali biasa je..nak cantik dan menjadi gunalah pan non stick...
ini stail Dorayaki...dihidangkan secara bertindih...
Ini kisah semalam. Ada kenduri cukur jambul di rumah pak ngah dan mak teh...Bukan sekali dua kenduri pernah diadakan di rumah mereka . dari kenduri kecil sampai la kenduri yang besar-besaran..Yang pasti setiap tahun mesti ada kenduri dan kenduri yang pasti ada adalah kenduri arwah...apa yang menarik pada kenduri kali ini kenduri cukur jambul ini disertai dengan majlis berendoi 2 cucu mereka... Memang majlis camni x pernah dibuat lagi...dan yang penting aku baru first time tengok...kumpulan marhaban wanita yang memeriahkan majlis ini...dengan nyanyian mereka...
Jadi aku jadikan apam ini sebagai buah tangan dan sedikit hadiah untuk si baby comel...
Bahan C:- 3 biji putih telur 1 sudu teh jus lemon......saya guna pati oren sunquick 50g gula halus
Cara-Cara:-. loyang digriskan dan dialas (saya guna loyang non stick-takyah gris) n panaskan oven pada suhu 160′c
A.Bahagian A. (Adunan bawah kek)
1. Masuk butter cair ke dalam biskut kisar.kacau rata. Tuangkan ke dalam tin kek. 2. Tekan campuran biskut untuk mengeraskan bahagian bawah tin itu. 3. Simpan dalam peti sejuk beku sebentar.
B. Bahagian B 1. Putar cream cheese,gula,kuning telur hingga rata dan licin. 2. Masukkan tepung perlahan-lahan dan susu berselang seli hingga adunan sebati. Biarkan ke tepi.
C.Bahagian C 1.Enjut putih telur hingga sederhana keras 2.Masukkan Jus lemon(pati sunquick), pukul lagi. 3.Masukkan gula sedikit demi sedikit dan enjut hingga habis.
kaupbalikkan bahagian C ke dalam B dgn perlahan hingga sebati.tuanngkan dalam bhgn A Bakar (steam bath)di tingkat tengah( guna api bawah je) selama 35-40 minit hingga kuning rata. Tutup api dan biar kek dalam oven kira2 10-15 minit.Keluarkan kek bila betul-betul sejuk
Ini resipi yang saya gunakan semasa sambut birthday syasya aritu......hidangan sampingannya boleh la buat coleslaw,kentang putar, kentang goreng, hirisan tomato dan timun(tapi lupa nak potong walaupun ada dlm stok)
Sos lada hitam SUMBER :acik_yarn@myresipi.com resepi dr kakak ipar yg pernah dok US..sedap di makan dgn chicken chop,potato fries, nugget, fishball ) Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah ) • 2 sudu butter • 1 1/2 sudu tepung gandum • sebiji bawang besar(potong dadu) • sebiji tomato (potong dadu) • seketul kiub ayam knors • 2 cawan air • sedikit kicap pekat • sedikit sos cili/sos tomato • garam dan gula secukup rasa • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera • tepung jagung(standby) Cara-cara 1. Cairkan butter dengan api kecil. 2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang 3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. 4. Masukkan kiub ayam dan kacau. 5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. 6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. 7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau 8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa 9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
6.12.2007 siti nur ain syahirah dilahirkan bersamaan 26 zulkaedah1431. Due sepatut 7.12.2007 Jam 7.30 dihospital taiping. Kira2 15-30 minit selepas masuk ke labour room sha dilahirkan secara normal. 7.43 bersalin. 8.10 dc siap keluar darah 9.20 siap jahit 10.30 bawa keluar ke wad 3 3.45bru shasha nk susu bdan
7.12.2007 keluar wad jam 5.30 8.12.07 Cek kuning 6.8 9.12 Kuning 9.6 10.12 Kuninng bby makin turun5.8.x p kinik dah 18.12 Nama SITI NUR AIN SYAHIRAH telah rasmi 19.12 Ain mula minum botol 20.12 Pusat ain luruh 10 pg 30.12 ain berak selepas Seminggu tak berak bila mula minum botol 3 kali 6.1.2008 Ain p ipohkali pertama 17.1.2008 P kedai gunting. Botakkan rambut ain 18.1.2008 Ain tak mau minum botol. Ain g ipoh kali kedua 28.1.2008 Mula htr ain ke rumah mak ani 5.2.2008 Ain dah pandai sembang 2.3.2008 Ain pandai ketawa 6.3.2008 Ain pandai menerap 22.3.2008 Bw ain p klinik TMC kali pertama. Batuk 8 hari 24.3.2008 Bw ain p klinik TMC kali ke-2.batuk mkin kurang slps 10 hr. 20.4.2008 Mula bg sya makan 30.5.2008 Sya pandai menerap 19.7.2008 Sya sebut mama 21.7.2008 Sya sebut mama dan bah 16.8.2008 Sya pusing 360 dengan pantas 23.8.2008 Sya mula angkat punggung. Nk belajar menyulur tp nangis bila tak dpt capai 30.8.2008 Sya makan bubur nasi sedap diblend dengan selera 5.9.2008 Sha mula menyulur 15.10.2008 Gigi sha mula nampak 4.12.2008 Sha pandai bye2 ayah p masjid.lambai dan sebut bye… 6.12.2008 setahun….ada hadiah untuk sha…set bilik..perabot kanak2…. 12.11.2008 Sha p bercuti di marina cove, teluk batik,lumut 19.12.2008 Sha bersunat 22.12.2008 Sha cucuk 1 thn 8.1.2008 Sha batuk penat. P tmc 22.1.2009 Sha mula belajar merangkak.angkat punggung 31.1.2009 Sha alaergi 5.2.2009 Sha nyanyi dan tepuk tangan 15.2.2009 Sha makin selesa duduk dengan sendiri 23.2.2009 Sha mula bangun sendiri di tepi katil 1.3.2009 Ain kena alergi. Kali ini bintik merah besar dan berair 2.3.2009 Sha minum botol pegang sendiri 6.3.2009 Sha pandai panjat tangga sampai atas 14.3.2009 Sha pandai turun katil 17.3.2009 Sha pandai sebut word cepat 18.3.2009 Sha merangkak cepat 23.3.2009 Bwa ain p hosp parit buntar 1 pagi. Penat Demam, batuk 9.4.2009 Sha alaergi bg mkn kek coklat dan telur dlm kek 11.4.2009 P klinik vijay. Sha dsiahkan campak.abg harith jangkit 23.4. irfan 27.4 17.4.2009 Sha dh ok ..tinggal parut je 30.4.2009 Sha kena cirit birit 4.5.2009 Sha masih cirit tp tak teruk mcm mula.dh ringan badan dia. X mau makn dan minum 20.5.2009 Sha ckp- nak ckit 31.5.2009 Ain bleh jln 2,3 langkah 2.6.2009 Bw sha g KL 8.7.2009 Gigi sha ke 3 n4 di bawah nktumbuh 14.7.2009 Sha bleh jln dlm 5 kaki masa m.tiah dtg rumah 2.8.2009 Sha bleh jln dah. Genap setahun 8 bulan shaha boleh berjalan.lambat risau jga 6.9.2009 Ain pdai jelir lidah 5.10.2009 Sha pandai punggah brg dan kumpul 1 tempat 19.10.2009 sha dah pandai naik tangga pegang jarring 21.10.2009 sha nyanyi lagu aku………bukan superman 23.10.2009 sha pandai bukak seluar sendiri…..bagi pakai seluar pastu dia bukak tak mau pakai 5.12.2009 Bli rantai kaki sha 6.12.2009 Happy birthday to Shasha – 2 years 18.1.2010 BERAT shasha 9.7kg…hamper garis kuning, tapi berat meningkat..diwaktu ni dia boleh menari, nyanyi lagu klu dgr lagu…ketumbit makin besar,,..tak hilang2 lagi.. ini gambar 26 Julai 2010 .......setahun xda cerite....
4.1.2011 SYA MULA SEK Tadika Ummi Ceria (3 tahun 1 bln)
Sya buat persembahan kali pertama.....syabas anak mama..
Alhamdulillah, syukur anak mama dah masuk 4 tahun....mama dah sediakan special edition untuk syasya...klik sini Apa pulak yang specialnya untuk syasya kali ni....dulu rancang lain...tiba hari ini jadi lain...ingat yang rancang hari ini pun tak jadi jugak...tapi dengan pertolongan Allah jadi juga...
Sebenarnya rancang kali pertama nak buat kek kopi karamel dan tatlet buah-buahan.. Kebetulan semalam ada pasar malam, ada orang jual peha ayam yang telah diporsikan.so suruh kak ayang beli ayam tu o.t.w dia balik tuisyen..so tukar rancangan nak buat chicken chop. sampai sekerat hari macam tak jadi je...sebab pagi tadi p cari brown stok kt kedai,,,dah dapat.. blik rumah tengok2 expired... cis tokeh kedai ni.. mmg x bertanggungjawab....aduyai... kena p blik kedai tu... dah la aku kena angkut semua tentera dlm rumah ni...nak tak nak baby seat yang aku cabut tadi aku pasang blik...angkut la semuanya... nasib baik abang 8 tahun jaga baby dlm keta...sementara tunggu aku pi kedai tadi blik.
oh ya...nk buat apa dengan brown stok tu ye..? nk buat sos dia la.... haha x jadi lani... tapi aku usaha jugA cari resaipi lain...bukan tadi xda kt i.net(resipi sos blak pepper) tapi cam tak confident nak buatnye.. last2 jumpa gak dengan resipi terbaik n mudah...(dalm hati kek aku tempah je dah la)..x sempat nk buat dah.. Inilah kawan-kawan yang datang,mula ingat nak jemput kawan rapat depa( 2 org je),,,last-last kesian plak pada yang lain sebab ada yang dah tengok persiapan ini dari luar pintu rumah.
Sebelum ni dah pernah buat puding ni pakai resipi lain tapi tekstur puding tu agak kental sebab pakai banyak roti. Kali ini pakai resipi baru lebih sedap sebab teksturnya lembut...
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL resepi asal : rosaliza@embunkasih sumber : Lina.pg & Hana sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 4 keping roti gardenia 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan esen vanilla (1sk)
Cara-cara Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Bahan C:- 3 biji putih telur 1 sudu teh jus lemon......saya guna pati oren sunquick 50g gula halus 7.
Cara-Cara:-. loyang digriskan dan dialas (saya guna loyang non stick-takyah gris) n panaskan oven pada suhu 160′c sambung nanti .....edit ckit
1. Pukul butter n cream cheese hingga kembang. 2. Masukkan gula, pukul lagi. 3. Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi. 4. Masukkan bahan A n gaul rata. 5. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental. 6. Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi n kacau rata.
SELAMAT HARI JADI BUAT SUAMI YANG TERCINTA, SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KESIHATAN YANG BAIK BUATMU, SEMOGA KITA KEKAL MENJADI SEBUAH KELUARGA YANG BAHAGIA, DI DUNIA DAN DI AKHIRAT SANA.... Inilah antara menu sempena meraikan harijadi suamiku yang tersayang.... Cheese Cake tu toppingnya aku bantai je...10 minit siap..lagipun xda turn table, jadi ku turnkan je mana patut...jadi la gitu
Ingat tak mau bagi topping tapi tak cantik la pulak macam kat bawah ni....kosong je. Macam bukan kek birthday..Jadi pandai ke tak ke balun je la...yang penting kek dia sedap..
Salam semua..... hari ni nak masuk n3 menu tengahari semalam...time ni rajin pulak sebab dapat sediakan 1 set nasi ala nasi kenduri...menunya ayam masak merah, daging masak kurma air asam dan semestinya ada nasi...nasi tu nasi tomato...
Biasa orang kat sini (daerah Kerian, Perak) inilah antara menu nasi kenduri mereka. masa mula2 sampai di Bagan Serai dulu bila pergi kenduri mesti ada air asam..Pelik juga sebaab setahu aku kalau ada air asam mesti nak makan dengan ikan bakar..tapi tak rupanya. Malah ia dianggap sebagai menu yang boleh menaikkan selera makan tetamu..tetapi mestilah kena cara membuatnya..Kadang-kadang ada yang tak pandai buat, tak sedap.
Resepi air asam ini diambil dari abang ipar( pak tam), tapi dia cuma bagitau bahan2 je.So aku adunkan ikut citarasa sendiri.tapi tak la sesedap tuan punya resipi. Maklumlah dia tukang masak dan biasa masak banyak sekaligus.Resipi ayam tupun dari pak tam..resipi turun temurun keluarga..memang sedap...Tapi hari ni tak nak bagi resipi...lain kali je la..Lagipun tak nyempat ayam tu nak berposing dalam mangkuk hidang...dah habis dimakan dan menjilat jari anak2 aku...
Zaman sekarang ni bila ada kenduri jarang dah jumpa ayam masak berkuah..yang famous sekarang ni adalah ayam goreng/ ayam goreng berempah. kadng rasa tercekik la pulak bila makan.
Nasi kenduri ada macam2 pulak, nasi minyak, tomato, nasi jagung..dan mungkin ada yang lain kut..tapi setengah2 orang akan cari nasi putih juga..ikutlah selera masing2.
Hari-hari makan tengahari,asyik-asyik nasi dan lauk pauk boring jugak, so hari ni tukar selera, nak masak mi...pilihan kali ini ialah mi hailam, cepat dan mudah.....yang penting jimat tenaga....hehe
resipi asal..dr my resipi(mat gebu) sedikit olahan dari saya....
Bahan-bahan ( 6 orang )
• 500 g mee kuning • 300 g udang sederhana besar , gunakan kepala n kulit utk buat stok dgn 1 liter air • 1 keping dada ayam • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat . 6 batang sawi • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya - • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat .....hiris je,, . 4 ulas bwg merah, hiris • 3 camca besar sos tiram* . 1 camb sos tomato* • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas) • 1 camca teh kicap pekat * • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air • Garam dan gula secukup rasa hirisan cili api...
Cara-cara
1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan. 2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang. 3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih n merah hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos dan kicap tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih. 4. Masukkan kobis daun, tomato, sawi. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air jika mahu 5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata. Masukkan mee dan Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
kuahnya dah tersejat....pulak tu bubuh air terkurang dari resipi...takpalah janji sedappp....
Dah lama tak makan ketam.Tapi bila anak (Harith)teringin nak makan terpaksalah minta tolong kakaknya carikan ketam di pasar....Yang ini kategori ketam yang bersaiz sederhana (1kg-RM 15)...
Bila dah siap masak, yang pastinya selera anak yang selalu tak menentu...pastinya akan berubah dan nasi akan ditambah-tambah...tu yang best tengok diorang makan... Jom tengok resipi I..
Bahan-Bahan: ketam 1kg
Bahan-bahan untuk dikisar: bawang merah 5 ulas bawang putih 3 ulas kunyit hidup 4cm (pakai serbuk kunyit je) cili padi 10 biji
serai 3 batang, dititik daun kunyit 2 helai garam secukup rasa asam keping 1 keping santan pekat 200ml-(70ml buat santan cair) air secukupnya
potongan nenas
Cara: Bersihkan ketam..Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan masukkan santan cair.kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.Masukkan santan pekat.masaukkan nenas dan Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.
Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.
Khamis lepas nak pergi kedai alat elektrik sebab nak suruh mereka repair mesin basuh yang dah rosak button power... Tapi bila sampai kat satu sudut ada oven pensonic...akupun tunjukla kat suami...oven ni la yang aku berkenan(aritu dah pergi servei)...diapun minta orang kedai tu ambilkan....yes! nak beli la tu.....seronoknye....t.kasih bang....
ni la oven baru ku...... Harganya RM 230...lebih besar daripada yang dulu...
Salam sejahtera semua.... Sepatutnya waktu sekarang masa untuk berkemas .... tapi minta excuse sat ... maka kutaip la entri yang seterusnya.... .... malas la nak menaip,,, layan je la resipi ni..memang sedap...dr my resepi.com
Daging hitam nasi kandaq
Bahan-bahan ( 10 orang ) • 1 kg daging • 30 biji cili kering (saya masukkan 6 camb cili yang telah dikisar) • 1 sudu serbuk jintan putih • 1 in halia • 10 ulas bawang putih • 10 ulas bawang merah • 10 biji bawang besar • 2 batang serai • 2 tangkai daun kari • 2 helai daun pandan • 1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz) • 1/4 cawan kicap manis • 1/2 cawan minyak masak • 3 biji tomato dihiris • asam jawa, garam • sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih • daun pudina kalau suka Cara-cara 1. daging potong 18 (saya potong kecil) 2. bawang kecil, bawang putih halia di kisar 3. bawang besar dikisar berasingan 4. cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis 5. panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan 6. masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap 7. apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari 8. kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk 9. apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
itulah perumpamaannya buat masakan aku kali ini.... Nak membuatnya sungguh excited.... bia dah siap tak dapat dirasa
Dua hari lepas buat kek karamel....semuanya berjalan lancar sampailah masa nak membakar....oven meletup.... Letupan ini berlaku mungkin kerana terkena tumpahan air water bath . masa aku nk tutup oven berlaku gegaran sebab pintu oven ni jenis yang kena ditutup dengan kuat . apalagi bila tumpah terkena pada elemen pemanas…..aku pergi ke sinki dalam tempoh 5 minit…aku terkejut dengan bunyi letupan…………….pom………cam bunyi mercun deepavali….retak seribu pintu kaca oven… Maka termasuklah perisa tambahan dalam kek…..serpihan kaca 1/3 ruang dapur habis………….. Tapi itu belum mematahkan semangat aku…… hasil eksperimen tu aku simpan dua hari dalam peti sejuk…. Bakar tetap kena bakar….tunngu p sekolah hari ni….nak guna oven bilik ERT… nak tengok juga hasilnya.
Dan ini lah hasilnya……kek tu jd kembabng sebab peram 2 hari…tekstur dia masa aku bawa keluar dr peti sejuk dah berliang/ berongga….
Tapi karamelnya still ok……rasa nak ngap je…… oh tak tergamak…..
Terpaksa masuk tong sampah hitam…..
kesimpulannya disini....hasil masakannya berjaya....cuma bukan rezeki....
inilah gambar ovennya....kaca tu dah dibuang,,,puas juga la pakai oven percuma ni (hadiah lucky draw Kelab Guru & Kakitangan Smkai (KGKT) tahun 2006...kena beli baru la....tak sabar nak dapat barang baru nih......
Hari Khamis lepas pergi kursus Pengurusan Bengkel KHB di PPD lama LMS...dewan Arif Budiman...Kawan sedaerah tumpang sekali ...kongsi2 kereta taklah jem jalan...tapi yang sebenarnya depa tak berapa nak reti jalan kat taiping...maka ku alu-alukan mereka menumpang.....kak wina dan kak nurul.
Tamat je kursus tak balik terus..kami pergi shopping kat Taiping Central...Aku lah sebenarnya yang bershopping...beli kasut tinggi...dah setahun tak pakai sebab mengandung...
Terima kasih kat K.wina sebab bagi tepung kek...dia beli dari kekawan kursus..entah bila dia mengorder pun aku tak tau...alih2 dia beli 3 bungkus....1 dia bagi kat aku....tima kasih2... Dengan tepung tulah terhasilnya kek oren ni...
Sebenarnya tepung kek ni banyak...bila timbang beratnya 500g.Jadi bila dah siap semua diadun, keknya boleh dapat 2 tin pembakar.tapi saya telah ambil separuh dan masukkan kedalam cawan kek. Maka dapatlah 2 jenis bentuk kek...
Salam Ramadhan 1445H
-
Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua
yang masih sudi singgah kat dapo maya kak rose ni... Muga belum terlewat
un...
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah
tangan Cikma sejak aktif konon2 jadi Youtuber...
Tas Kulit Pria Antik
-
membedakan tas kulit pria asli dengan yang palsu
Kacamata Wayfarer Kacamata Online Yang Bergaya Dan Terjangkau
Kacamata hitam wayfarer dianggap sebagai tero...
Salam Aidilfitri 2018
-
*Assalamualaikum & salam aidilfitri.....*
Sempena Syawal yang masih berbaki MaDiHaA dengan rendah hati ingin memohon
ampun & maaf kepada semua pembaca...
Talam Lapis Surabaya
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama dah teringin nak buat kuih talam
lapis surabaya resepi Chef Asma ni. Kebetulan ada stok keledek ungu, maka
tercap...
Salam aidilfitri 2015
-
Assalamualaikum..
Haaachuuw!
Punya banyak debuuu..blog sapaaa la ni..
Hari ni dah Ahad...02.08.2015 tak semena2 saya update blog...sapa laa yg
bising2 H...
Ayam Pandan
-
Assalamualaikum....
Bersawang2 dah rumah....Lama betul tak update...
Sebb lama dah tak berblog...Tak tahu nak bercerita apa...apa2 pun kita
layan jeelah d...
KEK CHOCOLATE INDULGENCE..SEDAP TAK TERKIRA
-
*Assalamualaikum...Kek chocolate indulgence ni dibuat untuk birthday anak
perempuan akak pada 14 Februari yang lalu. Actually akak memang dah lamaaa
tau...
VICTORIA SANDWICH CAKE
-
ASSALAMUALAIKUM...
Dah 2 minggu cuba nak mengapdet, tp masa sgt tak mengizinkan.. Pg ni,
dicelah2 masa yg suntuk dan padat, cuba jugak nak masukkan entri ...
Russian Black & White Chocolate Cake
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... ini adalah kek yang menjadi idaman
dan angan-angan aku ingin mencuba. alhamdulillah terlaksana juga akhirnya.
n...
Kuih Cara
-
Kuih cara manis kuih yang selalu dan rajin saya buat. Ini disebabkan kuih
ini senang dan mudah untuk disediakan dan kuih yang amat disukai oleh anak2
dan j...