radar

Thursday, October 27, 2011

Daging hitam nasi kandaq



Salam sejahtera semua....
Sepatutnya waktu sekarang masa untuk berkemas .... tapi minta excuse sat ... maka kutaip la entri yang seterusnya....
....
malas la nak menaip,,, layan je la resipi ni..memang sedap...dr my resepi.com


Daging hitam nasi kandaq

Bahan-bahan ( 10 orang )
• 1 kg daging
• 30 biji cili kering (saya masukkan 6 camb cili yang telah dikisar)
• 1 sudu serbuk jintan putih
• 1 in halia
• 10 ulas bawang putih
• 10 ulas bawang merah
• 10 biji bawang besar
• 2 batang serai
• 2 tangkai daun kari
• 2 helai daun pandan
• 1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
• 1/4 cawan kicap manis
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 biji tomato dihiris
• asam jawa, garam
• sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
• daun pudina kalau suka
Cara-cara
1. daging potong 18 (saya potong kecil)
2. bawang kecil, bawang putih halia di kisar
3. bawang besar dikisar berasingan
4. cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
5. panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
6. masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
7. apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
8. kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
9. apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina

kek karamel vs kaca





nice to see, nice to touch but not nice to eat

itulah perumpamaannya buat masakan aku kali ini....
Nak membuatnya sungguh excited.... bia dah siap tak dapat dirasa

Dua hari lepas buat kek karamel....semuanya berjalan lancar sampailah masa nak membakar....oven meletup....
Letupan ini berlaku mungkin kerana terkena tumpahan air water bath . masa aku nk tutup oven berlaku gegaran sebab pintu oven ni jenis yang kena ditutup dengan kuat . apalagi bila tumpah terkena pada elemen pemanas…..aku pergi ke sinki dalam tempoh 5 minit…aku terkejut dengan bunyi letupan…………….pom………cam bunyi mercun deepavali….retak seribu pintu kaca oven…
Maka termasuklah perisa tambahan dalam kek…..serpihan kaca 1/3 ruang dapur habis…………..
Tapi itu belum mematahkan semangat aku…… hasil eksperimen tu aku simpan dua hari dalam peti sejuk…. Bakar tetap kena bakar….tunngu p sekolah hari ni….nak guna oven bilik ERT… nak tengok juga hasilnya.

Dan ini lah hasilnya……kek tu jd kembabng sebab peram 2 hari…tekstur dia masa aku bawa keluar dr peti sejuk dah berliang/ berongga….







Tapi karamelnya still ok……rasa nak ngap je…… oh tak tergamak…..


Terpaksa masuk tong sampah hitam…..

kesimpulannya disini....hasil masakannya berjaya....cuma bukan rezeki....






inilah gambar ovennya....kaca tu dah dibuang,,,puas juga la pakai oven percuma ni (hadiah lucky draw Kelab Guru & Kakitangan Smkai (KGKT) tahun 2006...kena beli baru la....tak sabar nak dapat barang baru nih......

Monday, October 17, 2011

kek oren


Hari Khamis lepas pergi kursus Pengurusan Bengkel KHB di PPD lama LMS...dewan Arif Budiman...Kawan sedaerah tumpang sekali ...kongsi2 kereta taklah jem jalan...tapi yang sebenarnya depa tak berapa nak reti jalan kat taiping...maka ku alu-alukan mereka menumpang.....kak wina dan kak nurul.

Tamat je kursus tak balik terus..kami pergi shopping kat Taiping Central...Aku lah sebenarnya yang bershopping...beli kasut tinggi...dah setahun tak pakai sebab mengandung...

Terima kasih kat K.wina sebab bagi tepung kek...dia beli dari kekawan kursus..entah bila dia mengorder pun aku tak tau...alih2 dia beli 3 bungkus....1 dia bagi kat aku....tima kasih2...
Dengan tepung tulah terhasilnya kek oren ni...



Sebenarnya tepung kek ni banyak...bila timbang beratnya 500g.Jadi bila dah siap semua diadun, keknya boleh dapat 2 tin pembakar.tapi saya telah ambil separuh dan masukkan kedalam cawan kek. Maka dapatlah 2 jenis bentuk kek...

REESEPInya begini....

500g adunan tepung - 1 peket (campuran tepung dan gula)
250g butter
4/5 biji telur
1 biji parutan kulit limau sunkist
1/2 biji limau sunkist (ambil airnya)....


Saturday, October 15, 2011

Apam Polkadot




Salam buat semua....seronoknya hari ini dapat juga meyediakan menu kegemaran anak iaitu apam polkadot...ini adalah kali kedua saya membuatnya...mula2 apam ni tak nampak polkadot sebab dah merekah. Akhirnya dengan 'experience' yang ada kali kedua membuatnya dah jadi...kenapa merekah ye? ...nanti kita tengok gambar tu ye... Resipi ni ramai yang dah mencuba...dan resipi ni dah pernah keluar dalam majalah NUR sebelum Hari Raya aritu...tapi resipi ni saya ambil dari rakan blog "yatiememories" dan saya edit sikit...akak minta izin saya C N P N E(edit)...




Anak saya suka makan apam ni sebab katanya rasa apam ni sama dengan DORAYEKI...yg DOREMON suka makan tu....kebetulan dialah peminat DORAYEKI...apalagi... sekali toleh pinggan hidang dah licin..





Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium ),Dapat 25biji kalau guna cup besar( cup biasa diguna buat kek permaisuri)

• 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
• 275 gm tepung gandum
• 220 gm gula halus (saya guna 200g)
• 150 ml susu segar@susu cair
• 3 sudu teh baking powder
• 1 sudu kecil ovalette
• filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (jem dalam peket @ bakeri)
• pewarna

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam (kecuali filling & pewarna) kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh untuk tutup filling tadi.
7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak (10 minit je dah ok,...klu lebih tu yang jd merekah....)api jgn kuat.....nti akan merekah juga...

Inilah hasil masakan percubaan....merekah..tapi kawan-kawan yang makan kata mereka suka yang merekah tu...nampak cantik...hehe..mana2 je la...

Thursday, October 13, 2011

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG



layan je la resipi ni ye...takde cerita menarik nak diceritakan..

4 ekor ikan kembung
8 biji bawang merah )
4 bii bawang putih ) dikisar
1 cm halia ) bersama2
2 batang serai )
3 sudu makan cili kering siap dikisar
2 cm belacan
2 tangkai daun kesom
1 bunga kantan dibelah 2
8 kacang bendi
1/2 cawan air asam jawa
1 keping asam gelugur
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak untuk menumis


Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan, jika pekat tambah sedikit air, kemudian masukkan cili kering pula.
Tunggu hingga agak garing tumisannya (kalau tak garing asam pedas kurang enak rasanya), masuk pula air asam jawa dan asam gelugur dan tambah secawan air.
Bila dah mendidih masukkan ikan, diikuti bunga kantan, daun kesom dan akhir sekali kacang bendi.
Akhir sekali sesuaikan rasa dengan sedikit gula dan garam.
Sedia untuk dimakan.

Tuesday, October 11, 2011

si manjaku sayang


16 jun 2011

Kek pisang



Gambar ni memang tak menarik sebab pakai kamera h.pon...nak cepat punya pasal.
FIRST time buat kek ini....senang bangat!!! selalunya dapat makan kek ni bila biras datang rumah dan beri kek pisang sebagai buah tangan...sekarang boleh buat sendiri dan anak-anak memang sukaaaaa..

Bahan-bahan
• 4 biji pisang sederhana besar
• 3 biji telur sederhana besar
• 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
• 1/4 cawan tepung jagung
• 1 cawan gula
• 1 cawan minyak
• 1 sudu teh bicarbonat soda
• secubit garam

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak

KARI KEPALA IKAN



N3 ni juga sebenarnya draft yang lama diperam..... So hari ni kena publish la... kari lawannya mesti ada sambal belacan kalau tak kurang la ummphnya... mari kita tengok resipi simple ni.....

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
5 ulas bawang merah}di hiris
4 ulas bawang putih}di hiris
2 inci halia
1 bungkus rempah kari ikan}di campur dgn air asam jawa
1camt halba
2 tangkai daun kari
5 biji tomato
6 biji kacang bendi - takda dalam stok
100ml pati santan
½ cawan air asam jawa
garam
2 sudu teh minyak masak

Cara:
Panaskan minyak kemudian masukkan bawang,halba dan daun kari sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah yang dicampur dng air asam jawa.
Tunggu sehingga rempah masak dan masukkan pati santan,tggu shgga mendidih.
Akhir sekali masukkan kacang bendi,ikan ,tomato dan garam secukup rasa.

Monday, October 10, 2011

KUIH CARA MANIS



Kali ni buat kuih cara manis pulak sebab majoriti dlm keluarga lebih suka makan yang ini daripada kuih cara berlauk...gambar ni sebenarnya buat satu adunan, kemudian bahagi dua untuk dua jenis kuih cara....emmmm...dapat dua2 sekali....

Bahan Adunanya:- (bater cair)
125gm tepung gandum (ayak dulu dengan garam)
300ml santan (saya gunakan santan kotak 50ml dan campurkan air sehingga sukatan jd 300ml)
1 biji telur
sedikit perwarna hijau/air daun pandan
1/4 camt Garam

Inti
Gula pasir

Cara-cara
1.membuat bater.
Masukan dlm blender semua bahan untuk membuat bater...dan kisar sebati( cara pantas).masuk dalam jug penyukat dan biar selama 10 minit (biar kembang)

2.Masak kuih cara
Panaskan acuan kuih cara diatas dapur dengan api kecil bila dah panas sapukan minyak dengan daun pandan.
tuangkan adunan tepung 3/4 penuh dan letakan 1 camt inti gula tutup acuan dan biarkan dalam masa 3-4 minit atau pun cukup masak.Angkat dan hidangkan...

Thursday, October 6, 2011

KUIH CARA BERLAUK

Hari ni nak update blog....dah lama peram semua post sebagai draft...banyak lagi sebenarnya yang belum di 'publish'. tapi cukuplah satu ni dulu....
kuih cara berlauk sesuai untuk minum petang...anak2 pun suka... tapi kuih cara manis lebih menarik perhatian diorang termasuklah ayahnya...yang betul2 suka kuih ni cuma mak dia...




Bahan Adunanya:- (bater cair)
125gm tepung gandum (ayak dulu dengan garam)
300ml santan (saya gunakan santan kotak 50ml dan campurkan air sehingga sukatan jd 300ml)
1 biji telur
sedikit perwarna kuning
1/4 camt Garam


Bahan Intinya:-
150 gm udang
1 cams rempah kari (buat pes)
1 ulas bawang putih (cincang)
3 biji bawang merah (mayang)
1/4 camt garam
1 cams minyak


Bahan hiasannya:-
Daun sup dan bawang
lada merah secukupnya
Daun sup dan bawang di racik halus,lada merah dipotong serong nipis-nipis

Cara-cara
1.membuat bater.
Masukan dlm blender semua bahan untuk membuat bater...dan kisar sebati( cara pantas).masuk dalam jug penyukat dan biar selama 10 minit (biar kembang)

2.Buat inti
Panaskan kuali masukan minyak.tumis bawang merah n putih hingga naik bau dan masukan
pes kari dan goreng sampai wangi.
masukkan udang dan garam. masak sampai kering. angkat dan sejukkan

3.Masak kuih cara
Panaskan acuan kuih cara diatas dapur dengan api kecil bila dah panas sapukan minyak dengan daun pandan.
tuangkan adunan tepung 3/4 penuh dan letakan 1 camt intinya ditengah dan letakan sepotong lada merah dan taburkan daun bawang dan sup tutup acuan dan biarkan dalam masa 3-4 minit atau pun cukup masak.Angkat dan hidangkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List