radar

Tuesday, November 29, 2011

Nasi kenduri

Salam semua.....
hari ni nak masuk n3 menu tengahari semalam...time ni rajin pulak sebab dapat sediakan 1 set nasi ala nasi kenduri...menunya ayam masak merah, daging masak kurma air asam dan semestinya ada nasi...nasi tu nasi tomato...



Biasa orang kat sini (daerah Kerian, Perak) inilah antara menu nasi kenduri mereka. masa mula2 sampai di Bagan Serai dulu bila pergi kenduri mesti ada air asam..Pelik juga sebaab setahu aku kalau ada air asam mesti nak makan dengan ikan bakar..tapi tak rupanya. Malah ia dianggap sebagai menu yang boleh menaikkan selera makan tetamu..tetapi mestilah kena cara membuatnya..Kadang-kadang ada yang tak pandai buat, tak sedap.


Resepi air asam ini diambil dari abang ipar( pak tam), tapi dia cuma bagitau bahan2 je.So aku adunkan ikut citarasa sendiri.tapi tak la sesedap tuan punya resipi. Maklumlah dia tukang masak dan biasa masak banyak sekaligus.Resipi ayam tupun dari pak tam..resipi turun temurun keluarga..memang sedap...Tapi hari ni tak nak bagi resipi...lain kali je la..Lagipun tak nyempat ayam tu nak berposing dalam mangkuk hidang...dah habis dimakan dan menjilat jari anak2 aku...


Zaman sekarang ni bila ada kenduri jarang dah jumpa ayam masak berkuah..yang famous sekarang ni adalah ayam goreng/ ayam goreng berempah. kadng rasa tercekik la pulak bila makan.

Nasi kenduri ada macam2 pulak, nasi minyak, tomato, nasi jagung..dan mungkin ada yang lain kut..tapi setengah2 orang akan cari nasi putih juga..ikutlah selera masing2.

Saturday, November 26, 2011

MEE HAILAM

Hari-hari makan tengahari,asyik-asyik nasi dan lauk pauk boring jugak, so hari ni tukar selera, nak masak mi...pilihan kali ini ialah mi hailam, cepat dan mudah.....yang penting jimat tenaga....hehe



resipi asal..dr my resipi(mat gebu)
sedikit olahan dari saya....

Bahan-bahan ( 6 orang )

• 500 g mee kuning
• 300 g udang sederhana besar , gunakan kepala n kulit utk buat stok dgn 1 liter air
• 1 keping dada ayam
• 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
. 6 batang sawi
• 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
• Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya -
• 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat .....hiris je,,
. 4 ulas bwg merah, hiris
• 3 camca besar sos tiram*
. 1 camb sos tomato*
• 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
• 1 camca teh kicap pekat *
• 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
• Garam dan gula secukup rasa
hirisan cili api...

Cara-cara

1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih n merah hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos dan kicap tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan kobis daun, tomato, sawi. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air jika mahu
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata. Masukkan mee dan Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.


kuahnya dah tersejat....pulak tu bubuh air terkurang dari resipi...takpalah janji sedappp....

Friday, November 25, 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI API



Dah lama tak makan ketam.Tapi bila anak (Harith)teringin nak makan terpaksalah minta tolong kakaknya carikan ketam di pasar....Yang ini kategori ketam yang bersaiz sederhana (1kg-RM 15)...

Bila dah siap masak, yang pastinya selera anak yang selalu tak menentu...pastinya akan berubah dan nasi akan ditambah-tambah...tu yang best tengok diorang makan...
Jom tengok resipi I..

Bahan-Bahan:
ketam 1kg

Bahan-bahan untuk dikisar:
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
kunyit hidup 4cm (pakai serbuk kunyit je)
cili padi 10 biji

serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai
garam secukup rasa
asam keping 1 keping
santan pekat 200ml-(70ml buat santan cair)
air secukupnya

potongan nenas

Cara:
Bersihkan ketam..Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan masukkan santan cair.kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.Masukkan santan pekat.masaukkan nenas dan Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.

Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.


Saturday, November 19, 2011

Dapat oven baru

Khamis lepas nak pergi kedai alat elektrik sebab nak suruh mereka repair mesin basuh yang dah rosak button power...
Tapi bila sampai kat satu sudut ada oven pensonic...akupun tunjukla kat suami...oven ni la yang aku berkenan(aritu dah pergi servei)...diapun minta orang kedai tu ambilkan....yes! nak beli la tu.....seronoknye....t.kasih bang....

ni la oven baru ku......
Harganya RM 230...lebih besar daripada yang dulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List