radar

Friday, June 29, 2012

krim puff untuk irfan


Hari ni di sekolah Irfan ada program penjagaan gigi untuk pelajar pra sekolah tapi di buat di SK Jln Matang Buluh.. Cikgu dia minta bawa sedikit makanan untuk  jamuan makan. Dia pun beria suruh mama buat kuih untuk dia bawa ke sekolah....kang xdibuat mesti dia merajuk punya... nasib baiklah ada bahan untuk buat krim puff...dan itu je la pun yang senang...pagi2 subuh syafie aku pun mulalah operasi... nasib la si kecik (khalish)tu boleh tidur dengan aman...kalau dia bangkit tidur...alamat terbengkalai la kerja.......

Bila nak bersiap ke sekolah,,, irfan  tanya mana kuih dia.....nanti mama hantar kat sekolah irfan. ekk....
dalam keadaan kelam kelibut terpaksala minta kebenaran bos keluar sat ke sekolah irfan nak hantar kuih....Tersenyum melebar irfan yang sedang dalam pertandingan mewarna bila nampak mama dan kuih.....hehe...kalau tak dibuat tadi sah-sahlah dia buat perangai balik sekolah sat lagi.

Thursday, June 28, 2012

NASI LEMAK





Bahan A (utk nasi)

1 cawan beras (sukatan tempurung i tu la)
santan  (kalau bli kat market harga semasa  50sen je...cukup
1camb rata garam
sedikit gula
1 cm halia (di hiris halus)
sedikit lada hitam
2 biji bawang merah...dimayang
1 batang serai...diketuk je

Bahan B (utk sambal)

15 biji cili kering*(rebus terlebih dahulu selama 10 minit)
2 biji bawang  besar
1 sudu makan air asam jawa pekat
gula pasir
garam


Bahan pelengkap sajian merangkap hiasan
telur rebus/goreng
kacang tanah yg telah di goreng dengan minyak ..ada lagi best
ikan bilis goreng

Cara-cara 1.mula2 sekali..masak nasi seperti biasa ke dalam rice cooker,basuh beras,masukkan semua Bahan2 A,dan tambahkan air sehingga sesuai dengan kuantiti beras. 2.kisar semua bahan yg bertanda *, 3.panaskan kuali,masukkan setengah cawan minyak masak dan tumiskan bahan2 yg telah di kisar. 4.selepas 5 minit,masukkan air asam jawa.tambahkan gula pasir dan garam secukup rasa.masak lagi selama 10 minit. 5.setelah siap masak,boleh la di hidangkan bersama telur rebus,kacang tanah,ikan bilis,timun.
alamak nasi tu nak runtuh....nasinya peroi gitu,,pakai beras herba poni..

Sunday, June 24, 2012

AYAM PANGGANG


Ayam Bakar Halia


Resepi : Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)

Sumber : Dapur mas /Tun Telani

Dirujuk dan Olahan Cara : Kak Ummi - Home Sweet Home
copy from : potret kasih


Bahan Utama :

1 ekor ayam (saiz sederhana)

1 sudu besar kicap cair

1 sudu kecil gula

1 sudu besar minyak masak

garam secukup rasa



Bahan Kisar :

4 inci halia

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)

1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)

1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)

3 tangkai cili merah



Kak wana tambah

3 biji kentang kopek, di potong 4 dan rebus 3/4 masak

1 biji karot ( potong2 )



* gaulkan kentang yg telah direbus 3/4 masak serta karot bersama sedikit rempah perapan tadi… perap sebentar sementara menunggu dibakar!!!



Cara Memasak :

Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 1/2 ayam shj).

Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 3 jam).

Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh…)

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).

Hidangkan bersama salad dan timun. Memang sedaaappp ayam ni…selamat mencuba!!



Versi kak wana pula:

** Saya perap 3 jam….. terus je bakar dalam oven 30 minit….. keluarkan semula ayam tadi utk dibalikkan…. kemudian susun kentang dan karot yang telah diperap tadi dicelah2 ayam….kemudian siram2kan minyak dan jus ayam keseluruhan ayam,kentang dan karot…. kemudian bakar semula sehingga masak




Friday, June 22, 2012

Jus Tembikai



Minum petang dah siap....!
Ha...pukul 3 baru sampai rumah...penat la jugak hari ni..Non stop aktiviti...Sepanjang hari ni ada  3 kelas amali masakan di sekolah...Selang antara tu sempat lari pergi ambil result  periksa Harith di SK. Jln Matang Buluh..Tak sempat bertanya tentang hal dia pada cikgu. Cuma sempat minta no. phone cikguFarhana (guru kelas) , bayar yuran PIBG dan sain slip peperiksaan..Pastu minta kebenaran cikgu  dia balik awal sebab nak kejar kelas amali berikutnya....Keputusan periksa ok la...harith kena rajin2 lagi....

Haaaa....lega hati bila dah settle separuh jalan kerja amali pelajar...Dan seronok dapat makan hasil masakan pelajar yang menjadi..Jadi  dapat la minum petang secara sponsor...

minum petang free

Untuk melengkapkan hidangan....jus tembikai disediakan sebaik sampai di rumah. Cuaca yang panas dan terik kat luar tu memang membuatlkan badan menjadi lesu...Rasa pulak  air yang menyegarkan...BEST!!

Tuesday, June 12, 2012

SAYUR CAMPUR CAMERON

ratahpun sodap!!!!!!

Stok sayur beli kat C.Highland aritu ada lagi.......kalau n3 lepas ni ada gambar sayur ni maknanya stok dalam proses dihabiskan...Berdasarkan gambar diatas sayurnya adalah

CENDAWAN BUTANG
CENDAWAN TIRAM KE???
BROKOLI
BABY TOMATO.......

serta bahan untuk menumis,
sos tiram
minyak bijan....

Sunday, June 10, 2012

KRIM PUFF

Saya sukakan krim puff yang lebih rangup.....

Cream Puff /pastry choux
Bahan-bahan:
Pastry

• 75g tepung gandum- diayak

• 50g butter-suhu bilik, potong 1cm

• 2 biji telur(100g)

• 125ml air

• ¼ camt garam

Hiasan

1 camb gula aising


Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 200C. lenserkan dulang oven(oven plate) dengan minyak ke atasnya.

2. Ayaklah tepung bersama garam.

3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

4. Masukkan tepung sekali gus dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu hingga menjadi doh.

5. Masukkan adunan ke dalam mangkuk adunan dan putar selama 3 minit.

6. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Putar 5-10 minit

7. Masukkan adunan yang sejuk ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang atau boleh membentuknya mengguna camca tea.

8. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan krim KASTARD





Custard cream


Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

• 2 CAMB tepung kastard( saya guna brand bird custard)

• 2 camb gula

• 200ml susu segar atau (100ml susu cair +100ml air)....lebih murah

• 1 biji telur

• 1 sudu besar mentega....saya tak gunapun...sihat

Cara-cara

1. Masukkan bahan no1 & 2 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Masak sehingga pekat.

4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.



MI hAILAM LAGiii....


resipi asal..dr my resipi(mat gebu)

sedikit olahan dari saya....

Bahan-bahan ( 6 orang )

• 500 g mee kuning
• 300 g udang sederhana besar , gunakan kepala n kulit utk buat stok dgn 1 liter air
• 1 keping dada ayam
• 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
. 6 batang sawi
• 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
• Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya -
• 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat .....hiris je,,
. 4 ulas bwg merah, hiris
• 3 camca besar sos tiram*
. 1 camb sos tomato*
• 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
• 1 camca teh kicap pekat *
• 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
• Garam dan gula secukup rasa
hirisan cili api...
Cara-cara
1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih n merah hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos dan kicap tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan kobis daun, tomato, sawi. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air jika mahu
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata. Masukkan mee dan Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.











Friday, June 8, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA ALA LUAR NEGARA

 sOMETIMES JELES JGAK TENGOK ORG bercuti dluar negara....siap buat persiapan beli pakaian musim sejuk....dALAM HATI bila la plak aku akan dpt chance macam tu...Tapi lantak la korang...itu orang berduit...cam aku ni orang biasa-biasa je...  Jadi percutian  macam kami ni sesuai la  ...ala-ala luar negara..luar negeri...musim sejukkan...kira ok la...Alhamdulillah dengan rezeki yang tuhan bagi...


Thursday, June 7, 2012

SAYUR KACANG BUNCIS vs KAROT


yum...yum...dah lama tak makan sayur kacang..

BAHAN:
kacang buncis
karot
hirisan bawang besar

bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
cili merah

Monday, June 4, 2012

KETAM MASAK LEMAK CILI API

ini menu tengahari.....

nasi putih
ketam masak lemak
ikan goreng
sayur kacang buncis


SEMPOI......KAN..

Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahannya:

4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
300 ml santan pekat...
air secukupnya...
Garam
Daun limau purut

Bahan kisar :
1cm kunyit
1cm halia
5 biji cili api
2 ulas bwg merah
2ulas bawang putih

Cara Membuatnya:

Masukkan santan, air, serai, asam gelugor ,daun dan bahan kisar ke dalam periuk. Didihkan sambil di kacau.
Masukkan ketam dan biarkan mendidih.
Perasakan garam .
Angkat bila kuah agak pekat dan ketam telah masak.







Sunday, June 3, 2012

WAFFLE

Pagi-pagi cari resipi .....sebelum labtop dibawa pergi.. 
sarapan bersama waffle

Hari ni nak pergi kenduri kawin kawan sekerja....kena bawa anak-anak sebab husband dah tunggu disana (jadi DJ kenduri)...labtop tu la husband aku guna utk putar lagu...Jadi sementara tu boleh la cuba resipi waffle..(k.ummi yang suggest)...so saya pilih resipi waffle yang mudah dulu...




WAFFLE

Resepi Asal: FP Hajar (Butter Pancake)


Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home
Digunapakai: Faridah @ Deli sweetsour


Bahan:-
3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam
Cara Membuat:-
Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
Biarkan adunan selama 10 minit**
Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas. (kalau nak wat waffle, just tuang dlm waffle maker je la eh, tunggu hingga lampu hijau turn off

Saturday, June 2, 2012

PLAY STATION 2

beli PS 2 malam tadi di TESCO Taiping.......RM 599
Tetiba terdetik dihati nak belikan ps2 untuk si abang Harith dan Irfan...Asyik2 dia merayap pergi rumah kawan(jiran) untuk tumpang bermain PS2 milik kawannya.Memang sebelum ini dia ada minta untuk beli benda alah ini....tapi pelbagai alasan dan syarat yang aku kenakan....Budak-budak ni bukannya boleh dilayan sangat permintaan depa....nanti dimanjakan sangant akhir sekali kita juga yang susah....
Tapi kenapa akhirnya dibeli??? kenapa ya? Kalau takda pun dia cari gak kat rumah kawan dia...akhirnya main juga...pastu tak reti2 balik rumah...Lebih baik beli sendiri so boleh bermain anak beranak,,, taklah asyik menumpang kat rumah kawan je.....
Haaa...tapi nak beli ni aku siap letakkan syarat....Ingat senang2 ke dapat.....syaratnya adalah....semua ibu bapa meletakkan syarat yang sepatutnya....kena ikutlah....jangan 24jam mengadap PS 2 je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List