radar

Friday, July 20, 2012

waffle sedap dan best punye

Salam selamat pagi....Assalamualaikum semua....hari ini hari syak....memang dah tak boleh berpuasa dah...kalau sapa2 yang tak dapat nak menghabiskan puasa ganti tu kena la qado puasa tu selepas raya ni dengan bayaran fidyah sekali....
Apa2pun saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua, moga-moga kita berpuasa dengan roh(bak kata ustaz kazim)....Hayatilah bulan puasa ini dengan amalan-amalan yang mulia.




Nak cerita sikit....pasal semalam..disebabkan puasa nak makin hampir, kekawan semua buat pot luck di bilik guru..aku pun join sekali..Hari tu masa beli acuan waffle dari kak CTZ dia kata nak rasa waffle tu...
Hari tu la masa terbaiknya nak bagi rasa ,,, rasa yang tengah panas la,,,kalau dah sejuk tak sedap la plak.. Jadi aku bawa sekali dengan acuan maker,,,buat terus kat situ...Ooopss jangan salah paham plak...masa tu tengah free...takde kelas..Masa tu bawa adunan dah siap dari rumah ikut resipi sebelum ni...Dapat la kekawan rasa sorang sedikit...(10 keping je)

Balik rumah plak aku yang tengah semangat ni (anak kat rumah pengasuh tengah tido lagi  !!!).terus buat adunan lain utk waffle.Pakai resipi kat bawah ni..

WAFFLE



• 2 cups sifted flour

• 3 teaspoons baking powder

• 1 tablespoon sugar

• 1/2 teaspoon salt

• 3 eggs, separated

• 1 1/2 cups milk(sebaiknya 1 3/4- 2 cawan-supaya mudah dituang)

• 5 tablespoons melted shortening


Terjemahan : Faridah @ Deli sweetsour
Hasil : 14 keping

1. Ayak dan campurkan semua bahan kering.Ketepikan dulu
2. Pukul putih telur sehingga kaku (stiff).....macam buat kek chiffon tu....ketepi dan biarkan dulu...
3. pukul kuning telur , masukkan susu dan shortening ke dalam telur. pukul lagi hingga rata.
4. Masukkan adunan 3 ke dalam 1. pukul lagi hingga adunan lembut.
5. Masukkan adunan telur putih tadi....kaup balikkan......siaplah batter waffle...
6. masukkan ke dalam acuan waffle.Masak hingga keperangan...

Hari ni.....
Separuh adunan masih berbaki semalam, simpan dalam peti sejuk dan boleh buat untuk pagi ni...dapat tujuh keping lagi..
Jadi bekal ni untuk anak kat rumah pengasuh...
resipi ni lebih sedap dan ala-ala waflle gardenia....lebih sedap dimakan begitu saja.

Monday, July 16, 2012

pemeriksaan KESIHATAN

sabtu lepas, selepas je acara sukan sekolah , ada pemeriksaan kesihatan berbayar di sekolah. Pemeriksanya adalah seorang pensyarah di UPM dan beliau menggunakan stu alat khas untuk mengesan tahap kesihatan seseorang. Pada hari tu , saya  dan beberapa org kawan yang lain melakukan pemeriksaan tersebut  dengan hanya memegang secara menggenggamsatu alat  berbentuk rod aluminium yang disambung pada mesin analisis dalam tempoh hanya 56 saat. dalam tempoh tersebut bacaan keseluruhan kesihatan kita dapat dibaca/dianalisis.Kata pensyarah tersebut kalau di Singapura satu bacaan saja perlu bayaran RM 300. Wow...mahalnya...tapi kami disini cuma perlu byar RM 20 untuk keseluruhan bacaan...







Hasil dapatannya...analisis kesihatan saya adalah seperti berikut...
1. KARDIOVASKULAR-garam,kolesterol n jantung ok.....yang tak syok...stress tak terkawal..
2. GASTRO - KURANG mengunyah makanan....maknanya bila makan kunyah sikit terus nak telan...kalau ikut sunnah nabi s.aw kena kunyah sampai 40....nilah cara terbaik. ...pastu...sayur dan buah kuantiti yang diambil terlalu sikit...memang diakui...
3. LIVER
4. PANKREAS
5.Kidney.....ada jangkitan kuman (mungkin kencing kotor)
6. Lung.......tidak kembang, maknanya kurang exercise, mudah penat
7. Brain...oh tidak...pelupa..mmg dah semakin berusia ni...paham jela...ada parut diotak??(maybe masa kecil dlu ada terjatuh)
8. BONE....semakin poros...potensi utk osteoporosis....sekarang ni aku kena amalkan pengambilan kapsul caltrate .Kapsul ni adalah kalsium+ VIT D (memudahkan penyerapan kalsium)
9. Blood sugar----ok, takut juga dan perlu berhati2 sebab ada keturunan
10.IMUN........ rendah
11.Human toxin.....alah pd semburan nyamuk...ridsect ,komputer, h.pon etc
12. Ginekologi.... berhati2 dengan sis....!!!!!!
13.Breast...ok
14. Allergic.....silau, resdung.

Sunday, July 8, 2012

nasi beriyani set

Aduyai.........Penuh dengan cabaran memasak harini....mana taknya si kecil khalish ni asyik memeluk kaki mama tak mau lepas-lepas...tadi nak dibagi tido tak tido2......ni bila mama dah masuk dapur diapun merengek nak tido plak....
sebenarnya ...dah masak separuh jalan tinggal sat ...sebab nak bagi sicomel ni tido...nak pas kat abang dia lagi sakan dia menangis..
ayah dia?...p mana?oooo....sibuk..kena siap macam2 kerja kat sekolah sebab selasa ni ada pegawai nak turun pantau PSS sekolah..
Macam nilah kebiasaannya tinggallah daku dengan bebudak ni...nak melayan kerenah 4 orang ni...tapi dalam masa yang sama nak masak jugak....nilah masa yang sesuaipun..cuti2 ,masak2...biarpun haru biru dibuatnya..
Lagipun menu hari ni bukannya payah sangat....tido je si kecik tu...no problem punya...Jalan kerja..
Takyah lah bagi resipi nasi beriani ni .saya pakai pek Nasi Beriani IMAN.Ikut je arahan pada pek tu...cuma tambah rempah tambahan seperti bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis......biji gajus...(oppps lupa bah nak masuk....kalut punya pasal)
Yang paling best...udang kari tu...yum..yum... tengok la next n3 untuk resipinyer....sonang jo..

Saturday, July 7, 2012

IKAN CENCARU SUMBAT-my ownnn style





TERBAIK...UNTUK ANAK-ANAK DEN...



Bahan2:


2 ekor ikan cencaru,disiang dan dibelah dibahagian belakangnya..(saya belah kedua2 bahagian atas dan bawah)...PERAP dengan garam kunyit dan sedikit asam jawa

uNTUK SAMBAL : kisar  semua
4 camb cili kisar
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
serai..hiris
sedikit belacan
2 sudu  asam jawa
sedikit gula dan garam......kisar semua

minyak untuk menggoreng


Cara menyediakan:

1. Gaulkan ikan yang telah disiang dan dibelah belakang dengan

garam  ,asam jawa dan serbuk kunyit

2. Kisar halus/ kasar semua bahan untuk sambal

3.tambahkan  asam jawa, gula, garam.( sambal ni  tak perlu masak)

4.sumbatkan ke belakang ikan cencaru kita tadi..

5. Akhir sekali goreng ikan sehingga garing






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List