radar

Friday, March 29, 2013

Khalishku sayang

terkedu hari ni dengan keletah khalish....
td tengok tv cerita di TV 1, tertengok episod kemuncak cerita cinta kau dan aku.....memang sedih, tetiba khalish tengok muka mama dan dia sapu mata mama dengan tangan dia, pastu sapu pulak muka mama sambil berkata sedih,sedih...Eh..Eh... bila masa pulak dia pandai bab sedih2 ni. walaupun aku tak nangis tapi memek muka mama dia dah tau yang itu sedih...kagum mama dengan anak mama yang baru nak masuk setahun 9 bulan...

petang tadi plak mama nak angkat kain... tetiba dia lari kat mama....nak cakap nak olong, nak olong,,,sambil lari ke penyidai nak angkat kain...mama cepat2 angkat kain dan pas kat dia.. Dia amik dan bawa masuk rumah... memang terbaik anak mama..

tiga hari lalu mama bagitau kakak ain suruh p amik seluar dalam sendiri kat dalam laci tapi kak ain kata tak ada....ok kakak takpalah nanti mama p amik,,, sambil2 mama iron baju tetiba datang khalish bawakan sesuatu....mama penda,penda,,, lantas dia bagi kat kak ain...terpana sat mama...aik bila masa pulak dia mencari s.dalam kakakain...memang dia nisuka tolong orang ..sebab apa bila mama minta tolong abang buka atau tutupkipas syiling, kalau masa tu dia denganr, terus dia pergi tutup kipas berdiri.... memang dia xboleh dengar orang minta tolong dia mesti nak tolong... tabik untuk anak mama yang soleh

semalam 28.3... khalish nampak biskut dalam kotak kt dapur, dia amik dan terus p depan pintu bilik opah dan ketuk pintu..bila opah buka pintu.. dia terus bagi...sebelum2 tu dia penah ketuk bilik opah nak bagi biskut, tapi opah tak buka pintu, dia letak balik biskut tu... hai anak , prihatin sungguh si sayang mam... bukaan tu je.. masa dia masi kecik lagi... tak ingay boa tahun  tapi sebelu ray puasa2012,, kalau opah kluar je dari bilik menuju ke ruan tamu,, dia mesti berlari untuk siapkan tempat duduk opah,,, cojtohnya kaklai ada kaij atas sofa tu dia tolak ketepi supaya ada riang untuk opah duduk.. selain tu dia siap sediakan kasut opah bila dia nampak opah tak pakai kasut... terhibur hati sungguh dgan keletah dia.... haa. satu lagi opah kan pakai tongka, ,bila opah jalan dia pegang tongkat tu seolah2 nak pimpin opah jalan,,, memang dia mudah bersimpati pada orang... MOGA ALLAH S?W?T MENJADIKAN DIA ANAK YANG SENTIASA MENYEJUKKAN HATI IBU BAPA DAN SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK DARINYA......AAMIN..




Monday, March 25, 2013

KEK GULA HANGUS


Assalamualaikum...
Salam cuti sekolah.....Lega rasanya bila tiba hari cuti.. Boleh releasekan stress...
Dah lama tak buat kek...
Jadi pilihan kek yang seterusnya ialah kek gula hangus..Kek ni biasa dibuat mak DSS masa zaman kecik2 DSS. DSS pun nak cuba. Mak DSS buat yang biasa je rupanya tak macam yang orang selalu buat ...rupanya bersarang tu....Tapi bila makan jenis yang bersarang tu rasa cam makan kek plastik plak....hehe...ikut tekak masing2 la...
Untuk mendapatkan jenis yang bersarang tu, kena perap lama sikit dalam 1/2 -1 jam gitu.... tapi malas la nak tunggu lama2, DSS terus bako je....
Specialnya bila bersarang tu rupanya pun cantikkan...ikut la tahap kesabaran  orang yang buat tu...



Kek Gula Hangus
Resipi : Kak Anymz - MyKitchen
Di olah : Che CT


Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir 
1 cawan air panas 

Cara membuatnya :

1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik.

Bahan Kek :
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
4 biji telur 
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1camt esen vanilla....DSS tambah
Cara membuatnya :

1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul butter dengan telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunan sebati saja.
3. Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi. kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. Perapkan sebentar dalam 10 minit.DSS tengok resipi lain adunannya diperap 1/2- 1 jam untuk mendapatkan rupanya yang bersarang.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama lebih kurang 45minit hingga 1 jam atau boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

Sunday, March 24, 2013

Gulai daging darat


salam semua...
Kali ni mencuba resipi dari dapur CT, setelah menegokkan resipinya begitu simple...
Tapi nampaknya DSS masak sampai santan tu dah pecah jadi minyak la pulak... dah lain beno la plak rupanya dengan apa yang kak CT tayangkan tu...Hmmm... takpelah.
Komen DSS tentang rasanya....lain daripada kebiasaan...bagi tekak DSS kira ok la, tapi kalau nak makan dengan nasi putih mesti  pekena dengan sambal belacan  kut..baru terangkat ckit,.kalau tak tak... boleh nak begitu berselera..

Meh...kita follow resipi dari kak CT ni....
Daging Gulai Darat

sumber : sitidelima.com
Bahan-bahan :
300 gm daging lembut - bersihkan dan dipotong kiub


1 sudu kecil pes asam jawa
2 1/2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
1 sudu besar ketumbar biji - disangrai dan tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar
2 biji kentang - potong dadu besar
3 tangkai cili hijau/merah - dibelah dua
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 cm kunyit hidup
1/4 cm lengkuas

Cara-cara :
1. Campurkan bahan kisar halus bersama daging, santan, cili kisar dan pes asam jawa dalam kuali. Dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan kentang, ketumbar tumbuk, garam dan gula merah kacau rata dan biarkan hingga kentang dan daging empuk dengan api sederhana.
3. Sebelum diangkat perasakan dan masukkan cili hijau/merah kacau rata dan angkat. Hidangkan bersama nasi hangat.

Friday, March 15, 2013

aiskrim resipi 2

Bahan-bahan

  • 100 gm gula caster - hana guna gula biasa jer
  • 300ml susu segar penuh (whole fresh milk)
  • 300 ml double cream/fresh cream/whipping cream
  • 4 biji kuning telur
  • 3 sudu besar serbuk koko - perisa coklat
  • esen vanila - nih hana tambah
Cara-cara

  1. Panaskan susu tp jgn smpi mendidih.
  2. Sambil dipanaskan,pukul kuning telur + gula hingga kembang putih utk elak dr bau hanyir. (hana masukkan esen vanila)
  3. Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit ke dlm adunan kuning telur smbil tgn mengacau dgn menggunakan whisk/handmixer tanpa henti.jika tidak,adunan telur tidak sekata.Kemudian masukkan adunan ini ke dlm periuk kacau hingga agak pekat dgn api yg perlahan.. Masa nih buh skali koko atau perisa pilihan. Angkat dari api. Masukkan pula cream. Kacau sebati. (Seeloknyer gune whisk atau handmixer. blender pong boleh!!)
  4. Lepas siap adunan,masukkan ke dlm peti ais selama 3-5jam atau separa ais,kemudian keluarkan n kacau@mix lagik hingga separa ais tu bercampur semuanya.kemudian masukkan kembali ke dlm peti ais hingga beku. bila nak mkn,keluarkan ice cream selama 5-10 minit hingga separuh lembik dan scoop dgn menggunakan scoop ice cream.
  5. KAEDAH DUA (mudah dan cepat!!)- Masukkan adunan tadi ke dalam plastik.Kemudian ikat ketat. Dalam plastik lain yg agak besar dr plastik adunan td, masukkan kiub ais, air dan juga garam. Masukkan plastik adunan tadi dan goncang2 selama 3-5min. (bergantung bape banyak adunan ice cream). keluarkan dan siap dihidang.

Wednesday, March 6, 2013

INI BARANG BAIK!!

dibeli pada 4.3.2013


Aku beli iron ni kat kawan sekolah,dealer amway... Harganya RM 1050.... mahalkan..... tapi takla rasa sangat sebab dapat bayar 5 kali...RM 250 bulan pertama dan seterusnya bayar 200.   Tentu terkejut dengan harganyakan.... tapi amat berbaloi kerana dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan stress... Bayangkan nak iron baju 1 keluarga, anak-anak ngan baju sekolah dan kita pulak dengan baju batik setiap hari khamis,,, kesudahnya baju batik buruk dalam almari sebab malas nak iron... bila nk iron baju batik  suami je... tupun tension... lambat ...
sekarang tidak lagi... segalanya mudah dan cepat...  dah buat eksperimen 10 pasang baju(baju kurung) termasuk baju batik masa hanya 40 minit.... tu termasuk la masa untuk menggantung... sebabnya bila iron   sebelah dpan je, terus tembus ke belakang... takyah nak kalih2 dah.... no more stress... tak salah melaburkan duit demi   keperluan kesihatan....heheh...

ini iron board dia , panjang 6 kaki..

Saturday, March 2, 2013

kari Ayam....resipi BABAS


Resipi ???
ikut belakang peket babas, lain daripada stail orang melayu masak.....

sedapp.......sesuai dimakan bersama kuih jala....

SIRAP 3 LAYER

Inilah hasil skodeng tukang buat air kat kantin (skodeng dengan kebenaran)
Laaa.... sonang je buatnyer....Jimat  RM 2...hehe..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List