radar

Saturday, February 11, 2012

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Sumber asal; sharm1969@myresipi.com copy dr My little Kitchen@Nuridah Bahan2 untuk (8-10 orang) 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) Bahan-2 untuk make up ayam 3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj 4 biji bawang putih 1 inci halia 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk 2 sudu besar madu 1 ketul kiub ayam Knorr 2 sudu besar gula pasir 2 sudu besar herba campuran 1 1/2 sudu teh garam halus Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up. Sedikit mentega Cara-Cara Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 1 1/2 jam. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita) Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.



Ayam ala kenny rogers

Thursday, February 2, 2012

ketam bercili



Bahan-bahan ( 3-4 orang )
1/2 kilo ketam segar (ape2 jenis, kalau pilih ketam bunga, pilih le yg betina sb byk isi)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1-2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
1 inci halia (dikisar)
1 cams serbuk kunyit
1 sdt perahan asam jawa
1 sudu makan sos tiram
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak utk menggoreng
Cara-cara 1.Bersihkan ketam. Perapkan dgn serbuk kunyit dan garam selama 10 minit. Kemudian digoreng di dalam kuali sehingga separuh masak. 2.Keluarkan ketam dari kuali. Gunakan minyak lebihan td utk menumis bahan2 yg tlh dikisar. Tumis sehingga terbit bau. 3.Masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit air. Kacau rata2. Kemudian masukkan ketam dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. 4.Siap utk dihidangkan.

Ayam masak merah



Hari ni nak promosi resipi dari abang ipar,,,dah banyak kali buat tapi tak sempat nak snap gambar sebab tiap kali masak pasti licin terus...Gambar nipun ala-ala je tak sempat nak hias apa apa..
Selalunya pak tam akan masak pada hari kenduri kendara....lauk ni memang yum-yum...resipi turun temurun keluarga mertua..
Tapi aku buat ikut bahan yang aku ada .... nak tau resipinya??...

ayam masak merah
Resipi asal : pak tam, sg labu atas, tg Piandang,Perak (abang iparku)

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam

Bahan Tumis : Aku agak je kuantiti bahan ni, pak tam bgtau bahan je..
5 biji Bawang merah
4 biji Putih
Halia
1 Kulit kayu manis
2 bijiBunga lawang
3 biji Cengkih
3 biji Buah pelage
Daun sup(sedikit)

Bahan (untuk dibancuh sekali)
2 cams kas-kas serbuk *.....aku tak buh pun, pakai badam je dah cukup
10 biji badam
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
10gram serbuk cili... aku pakai 2cams cili kisar
15gram kerisik...2 cams ........................yang ni aku tak letak
1 cams sos delmonte
4 cams sos cili rohaya
1/2 tin kecil tomato HEINZ
4 cams tomato KIMBALL
1 cams rempah serbuk kosong.....aku guna rempah serbuk adabi

asam jawa
1/4 cawan susu cair *

Ayam goring dulu 1/2 masak
Tumis bhn rempah
Masuk saun sup.Bila dah kekuningan masukkan bahan yang dibancuh....sampai naik minyak
pastu masukkan ayam....masukkan asam jawa dan susu cair...masaklah beberapa minit supaya sebati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List