radar

Sunday, December 18, 2016

Krim karamel

RESEPI KRIM KARAMEL ( UPM)

bahan-bahannya
karamel
90g gula pasir
2 camb air

kastard/krim
3 biji telur
250ml susu cair
60g gula halus (pas ni buat akan guna 20g/ 2 sudu makan rata je)*utk kurangkan manis
1/2 camt esen vanila

hiasan.
1 biji ceri merah

cara penyediaan

1. sediakan pengukus

2. menyediakan karamel

a)panaskan gula pasir dan air dalam periuk hingga menjadi kuning

b) tuang karamel panas ke dalam cawan kastard dan pusing cawan dgn pantas hingga bawahnya bersadur dengan rata.biarkan sejuk.

3. menyediakan kastard

a) pukul telur dan gula hingga sebati

b) masuk susu dan esen. kacau rata

c) tuangkan campuran kastard melalui tapis ke dalam cawan yang bersadur dengan karamel

4. mengukus kastard

a) tutp cawan kastard dengan kertas minyak
b) kukus selama 15-20 minit hingga pejal

***** klu nak bakar dalam oven pun boleh, tetapi letakkan acuan dalam dulang pembakar berisi air..bakar dengan suhu rendah selama 30-40 minit

Makaroni bakar


200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
250g daging cincang, dibersihkan
1 tangkai cili merah, dihiris 
1 tangkai cili hijau, dihiris 
50 g cendawan butang, dihiris nipis 
1 labu bawang besar
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan potongan daun kucai
parutan keju cedar secukupnya 

Kastard
5 biji telur gred A 
200 ml susu cair 
2 camca teh tepung gandum 
1 camca teh gula 
1 camca teh garam 

Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. 
Kemudian masukan daging dan kacau rata hingga daging masak
Tambahkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan makaroni dan bahan2 lain yg telah di satukan tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk. 
Tuangkan kastard kedalam makaroni tadi dan kacau hinga bergaul rata
Sediakan loyang untuk membakar.
Sapukan loyang dengan buter.
Panaskan oven pada suhu 180C
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang
Taburkan parutan keju
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak
Ita bakar dengan api bawah selama 20 minit dan kemudian buka api atas bawah dan bakar lagi selama 5 minit.

Kek coklat cheese berhantu


KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor

2 biji telur Gred A

Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan

* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab

* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.

Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.

Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..

Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.

Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar

Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

Thursday, December 15, 2016

Kek pelangi

Kek dah siap potong supaya wafiy senang nak makan.

Dah banyak kali wafiy minta supaya mama dia buat kek.."acu suka kek, mama buat la"
Dia....kalau nampak mama keluarkan alat nak buat kek bukan main seronok...sebab raya haji lepas dia yang tolong pukul mentega sebab masa tu mixer dah rosak...dia dan acik la yang tolong adunkan......bukan main seronoknya dia...stat dari tulah dia suka kalau mama dh stat keluarkan alatan ni semua...

So mama decide nak buat kek pelangi utk dia sebab raya puasa lepas pi rumah sedara beraya, sakan sungguh dia makan kek tu..mata mengantuk nak tidur tapi mulut mengunyah sakan..
Haaa..tu dia

RESEPI KEK PELANGI

bahan-bahan

300g tepung gandum
2camt serbuk penaik
300g marjerin
250g gula halus
6 biji telur 
1@2 camt. esen vanila
sedikit pewarna...merah n hijau(boleh gunakan warna yang disukai)

Kaedah membuat
1.Alas dan gris acuan kek.panaskan ketuhar pada suhu 180C
2.penyediaan adunan :
a. Marjerin dan gula diputar sehingga kembang dan putih.
b. Masukkan campuran telur sedikit demi sedikit, kemudian putar.
c. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan aduanan sehingga sebati.
d. bahagikan adunan kepada 3 bahagian.bahagian pertama diwarnakan merah.bahagian kedua diwarnakan hijau dan bahagian ke3 dikekalkan warna adunan.
e. masukkan adunan bahagian pertama, diikuti bahagian kedua dan bahagian ke3 ke dlm acuan kek
3. bakar adunan dalam ketuhar selama 40-50 minit.
4. angkat dan sejukkan.
5. hidangkan.
Ini dalam loyang 4 segi saiz besar,jadinya kek tu tak nampak penuh

Monday, December 12, 2016

CHEESE TART BUNCIT

CHEESE TART BUNCIT
Resepi Oleh : Azalifah Zakiah (sy dah edit)

Resepi ini yang terbaik..

Saya bagi *****

Shell Tat

130 gm margerin  buttercup
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur B tp buang sikit putih telur)
260 gm tepung gandum 
1/2 sudu besar air sejuk

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan telur, esen vanilla, air sejuk dan tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buat hingga habis adunan dapat dalam 60 ~ 70 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.

Saya dapat 66 biji....dah siap susun dalam balang.

Kalau nak kira masa terap adunan ni dalam acuan agak2 dalam 2 jam lebih ckit.... Ha jenuh kau..kalau tak kerana cuti sekolah, rasanya kalau buatpun...aku buat ikut dan je...
Nasib cutikan.....akupun buat dengan bersungguh sungguh penuh kesabaran sebab nak buat cantik cantik..

Al kisahnya sebelum nak buat tart  ni,, ada insan comel ni yang asyik ajak buat kek...
Jadi mamapun...stat enjin la...walaupun hasilnya bukan kek...sebab kesian kat insan comel ni..nak penuhkan permintaan depa..
Ni  la insan comel tu..2 ultraman hebat bekerjasama....depa jugak la yang menolong....n depa juga la bagi kerja mama jadi lambat..haha..terutama si wafiy..siap ambil doh tu dia buat mainan dia...pastu penyet-penyetkan doh yg d


Cheese

500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
Sedikit esen vanilla
* adunan buat. Separuh je kalau x nk buncit..
xyah..nk buncit selalu..akibatnya perut pun ikut buncit, byk kolesterol..

Cheese
Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur
* telur yang kita dah kocok tadi 
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream

ini memang aku masukkan sebab aritu punya adunan whip krim buat kek chez lekeh ada lebih lagi..(Aku simpan dlm piping bag)
* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )

NAK TAU TAK KOS BUAT CHEESE TAT...

Ni kos nak buat shellnya.

130 gm margerin  buttercup
 ( 130/250 X 4.8 = RM.2.50)

50 gm gula icing..rm2.80/455g
(50/455x 2.80 ~rm 0.31)

1 sudu teh esen vanilla
(~ RM. 0.10)
1 biji telur B tp buang sikit putih telur)
(RM 0.37)
260 gm tepung gandum 
(260/1000 X 4.80= 1.25
1/2 sudu besar air sejuk


Kos filing
Cheese 500g 15.90
mentega 30g
gula ising 100g
telur gred A ~ rm 0.38
Esen vanila


blueberry/ straawwberry filing
rm 3.30/ bekas










31.12.2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List