radar

Sunday, November 25, 2012

JUS EPAL

MEh....meh kita minum dulu...


AIR MASAK
1 BIJI BUAH EPAL
AIR GULA
BEBERAPA KETUL AIS




Wednesday, November 21, 2012

donut

SUMBER.: Hasue, my resipi

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin / Mentega
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tag

Wednesday, November 14, 2012

JUS KAROT SUSU


Amacam hari ni.... panas terikkan...tadi pergi cari bantal kekabu kt  teluk medan, nak tambah koleksi bantal. pastu balik p jemur bantal2 yang sedia ada...sayang panas rugi tak guna... biar semua kuman2 mati dan dengan harapan kekabu dalam tu gebu balik... boleh ke?... kalau x leh kena beli kekabu baru isi balik, baru sedap tido..
eh...jemput2 minum hilang dahaga....anak teruna sorang ni yg buat...
kalau tak buat air sekalipun karot mentah tu yang dia makan...
bagus...bagus...untuk mata.

ini dia tokeh buat air....sindiri buat sindiri minum....

Tuesday, November 13, 2012

KONVOKESYEN PRA ...irfan konvo kali ke 2





KONVOKESYEN PRA SK. MATANG BULUH, BAGAN SERAI
alamak...masamnye muka...



dengan guru kelas  pra nilam, cikgu sharifah

baru nak senyummmm..






Sunday, November 11, 2012

EPAL CHEEESE TART


Salam cuti sekolah......
Bestnyer ...waktu ni la yang ditunggu2...
bolehla meluangkan masa  yang lebih untuk anak2...sambil santai2....tengok tv  dan tidak kelupaan..
untuk mencuba pelbagai resipi yang sedia menanti dalam list..Insyaallah...jika keadaan mengizinkan....
Shell Tart ini aku buat sebelum cuti aritu lagi...kemudian ada balance cream cheese yang masih tersimpan dalam peti sejuk...jadi senang ...buat terus je...




Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.


Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

NOTA Deli sweetsour :
Adunan untuk shell diatas adalah untuk 40  biji....aku pakai saiz acuan 1" dan 1 1/4" (base)
 Cream cheese ini filling untuk  80 biji shell....saiz acuan yang sama..Jadi kalau rajin boleh buat  terus 2 adunan untuk shell supaya ngam2 je dengan cream cheese tu...

kalau malasss...buat separuh je resipi untuk cream cheese.....ehhh...boleh ke???   Kena buat eksperimen dulu..





Saturday, November 10, 2012

SEBELUM & SELEPAS....

cantik cadar ni..dibeli dari Sabrina....Harga RM 180.Siap ada kuilting lagi...
pasni takyah nak tarik-tarik sangat bagi tegang...dah sedia terletak

ha...sape punya angkara ni.....

oooo...ini budak...

Khalish turun!!!....Tak mau lompat.. jatuh nanti.!!

oooo... landing lagi ehhh...

PAVLOVA...KAU milikku






kali ni aku buat khas untuk santapan aku dan  famili, versi kecik punya....jadi dpt 2 ketul...yang ni seketul, 
satu lagi belum ltk topping simpan  je dlm peti ais , boleh makan untuk esok..

Komen rasa : ok, sedap,,teksturnya ringan sampai dalam tekak..lega bila ditelan.. haha...
Resipi ????
SINI yer

Friday, November 9, 2012

PAVLOVA- utk potluck



Inilah rupa pavlova di tanganku ianya tercipta...Selama ni sekian lama nama pavlova tertera dalam buku teks ERT tingkatan 5 (nama shaja tanpa resipi dan gambar). Namun semenjak ia nya semakin popular di N3 blogger-blogger, akhirnya  aku makin mengenalinya...

Ditujukan khas buat kekawan SMAI sempena majlis potluck penutup 2012....(bukan semua dapat rasa pun....tak sempat beberapa minit diletakkan atas meja....ahhh...licin sama sekali..akibat keghairahan warnanya...hehehe...aku sendiripun tak tau camna rasa dia)

Ayokkk...check it out the recipe..


Resipi Pavlova
Sumber: http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html
Olahan : Deli sweetsour

 Bahan-bahan :
 4 biji putih telur
1 cawan gula kawstor ( aku guna ½cawan  je)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung ( aku guna 1 camb)

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - aku tak pakaipun.
1/2 sudu teh esen vanilla- tak pakai gak...

Hiasan : apa aje fresh fruit

Tip sebelum membakar :
1 pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. (kalau ada ...tak kembang la....jawabnya..

Cara-cara :
1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan pantas. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
 2. masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
5. Masukkan tepung jagung dan cuka.
6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper).
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.

Masa membakar :
1- Panaskan oven padya suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk

.Cara menghias :1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. (aku buat dalam 7 minit je pakai kelajuan pantasss...)
2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.Sedia untuk dimakan.

OH MY CHEESE TART!!!

Salam semua....
Sebelum ni buat tat pakai resipi lain...kali ini pakai resipi yang kebanyakan blogger guna...mesti sedapkan...Nak membuat adunan tart crust takde masalah, tapi yang renyahnya nak tekan ke dalam acuan....waduh..waduh...2 jam masa aku amik utk siap lbh kurang 40 biji termasuk masa mengejar khalish main turun naik tangga.....adui...penat la mama khalish..

Buat ni saja2 untuk makan sendiri, tapi kebetulan esoknya ada potluck kt school, jadi aku bawa la ckit untuk kekawan merasa.
bila tanya komen diorang sedap....aa..sedap ke?
Bila balik rumah satu tupperware dah licin...Amboi.... tak tinggal kat mama pun.. (tak kisah pun..aku bukan suka sangat.aku suka buat je...)


dua size..saiz 1" dan 1 1/4" (base)
Meh tengok resipi

Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.


Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.



aku pakai jem blueberry je...ini je la yang ada kat bagan serai ...pastu tak bg cairpun jem tu...ok je la..
cheese tart ala amatur.
hiasannya aku guna perasa strawberry....itu je yang ada.. haha...jgn confius

Wednesday, November 7, 2012

marble cake

sepotong kek....bukan untuk dirasa,, untuk tayangan gambar je....

Seronoknya tengok kemenjadian kek aku ni....dibuat khas atas permintaan Harith. Untuk jamuan akhir tahun kelas dia. Siang2 lagi dia pesan suruh buat kek ni
." Mama nati buat kek pelangi tau,Harith dah bgtau cikgu nak bawa kek tu."
"Bole tak mama  buat benda lain Harith"
"tak boleh.... Harith dah bagi list kt cikgu...Cikgu dah tau nak bawa kek tu"
"amboi... bertuahnya budak ni...(dalam hati)
"mama! buat apa mama potong kek tu, kawan harith ramai... nanti tak cukup"
haha...risau betul..."mama letak la balik sat gi...nak tengok rupa dalam dia je"
subuh-subhi aku snap gambo ni...hehe lambat la nt sampai sekolah...

Monday, November 5, 2012

Majlis Anugerah Gemilang 2012- Aku Calon SPM ke ....???


Alhamdulillah...bila diberitahu olek PK 1 aku akan menerima anugerah untuk subjek Ert, terkejut gak...katanya untuk peringkat daerah kerian...bila ditanya untuk apa... PK1 pun tak tau...
untuk SPM 2011 kut...(dalam hati)
Bila tiba hari tu...sesampai je kat Dewan Merdeka, Parit Buntar dalam suasana hujan lebat, aku pun beratur panjang untuk mendaftar...Pastu barulah aku tau anugerah tu untuk Trial 2012..Wow... untuk trialpun ada anugerah ya...

Apa-apapun terima kasih pada PPD KERIAN kerana menganjurkan majlis seumpama ini. Sebenarnya majlis ini bertujuan memberi anugerah kepada guru-guru yang telah memberikan sumbangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Selain aku, k.sainah dan kak tun turut menerima anugerah. Tapi disebabkan mereka tidak dapat hadir, jadi PK T6 hadir sebagai wakil. Untuk anugerah koko c.zomri dan c. Redzuwan yang dapat...Tahniah kawan-kawan ...

Ayat dalam sijil ni ... bila baca balik macam aku calon SPM...hahaha
itupun perasan bila kak long cakap bila mama ambik SPM?

bersama cikgu SMK  Bagan Serai, Pn. Norizah, guru kimia


BERSAMA  PK T6(wakil c.zaitun  & c.sainah)..kanan dan cikgu SMK Kerian..guru fizik




Happy Birthday ,kak long

hepi birthday along yg ke..19
sambut xpress.... lepas ni nk ke dewan merdeka plak....

Saturday, November 3, 2012

JUS FRESH OREN


Cuaca hari ni cukup baik...panas terik...sempat la jemuran diluar kering...Dah petang baru la  hujan..Alhamdulillah...sakit tekakpun kian hilang. Menjadi juga petua k.sainah bagi. Petua yang diberi ialah makan madu yang telah diperah jus limau kasturi...memang tak penah buat lagi,Biasa buat minum air asam jawa je..Dalam 2 kali cuba dah ok, hilang perit kat tekak,cuma masih batuk sikit ... lagi..
JUS ni aku buat sebelum sakit tekak aritu...ha tu pasal la ...minum lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List