radar

Tuesday, July 14, 2015

Kek lapis oreo

KEK LAPIS OREO

Sumber: http://rozzan.blogspot.com/2009/11/kek-lapis-oreo.html?m=1

Bahan-Bahan

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.

10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.

Nota:

1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.

Friday, July 10, 2015

Resdung ooii...

29.6..aaritu aku buat rawatan resdung...bulan posa...tp disebabkan aku ngak boleh berpuasa..Inilah peluangnya.. utk buang resdung..sbb teknik rawatannya memerlukan asap memasuki rongga hidung,mulut dan telinga...
Kalau puasa terbatallah puasa tu...
Ini hasilnya....


9 ekor induk telah jatuh ke cerobong dari saluran paip asap yg digunakan...
Sudah mati, bila dipicit ternyata inilah induknya bila ia mengeluarkan darah..
Benda nilah yang menyebabkan rasa gatal2 seolah ada benda yg bergerak2 di muka dan telinga..

Tuesday, July 7, 2015

First trial..oven kesayanganku

Semalam aku mencuba resepi samprit yang diberikan oleh Amy(nurul Jamilah) guna oven baru FOTILE.
SUNGGUH tak sangka bila balik berbuka puasa aku cuba makan samprit tu rasanya sebijik macam yang aku selalu ode dari kawan tu ...sedap sangat.
Terima kasih kat amy sebab xkedekut resepi ni walaupun dia buat bisnes kuih raya.


125cm butter, 70 g gula ising, setengah sudu teh esen vanilla, 1 biji telur kuning je (direbus), 85 g tepung jagung, 115 tepung gandum.

Aku buat dua adunan terus.kly nak dapat lebih gebu telur kuning tu ambil 3 biji.
dpt dlm ><. 150 biji
Aku rasa ni resepi terbaik...

Ini cubaann kali kedua guna nozle  bunga 12..

Kakak berjaya puasa

Sunday, July 5, 2015

Labtop masih bertahan

Alhamdulillah..labtop aku masih boleh digunakan lagi selepas dihantar repair dengan bayaran rm 400..jimat belanja daripada terpaksa beli baru..

Wajah yg diperbaharui..tukar skrin baru yg asalnya lip lap lip lap,dan terus gelap xnampak apa..
pastu skru diketatkan jadi taklah loose bila dibuka, 
aku bli labtop ni lepas kelahiran syasya tahun 2008.....dari situlah bermula era facebook,friendster, myspace, dan akhirnya aku mempunyai blog sendiri...dah nk masuk 7 tahun..kiranya bbyk jasa dia ni..sehinggalah keluarnya smartphone peranannya dah ringan sikit dari segi melayari media sosial dan sebagainya yang berkaitan dengan internet. Sekarang online just gunah.telefon je....
UPDATE
tarikh labtop ini dibeli ialah pada
11.7.2008
Yaa..sudah genap 7 tahun ...esok
Alhamdulillah...pjg hayat kau..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List