radar

Tuesday, January 29, 2013

SNOW CHEESE CAKE

sepotong kek untuk dingap dipagi hari.....sejuk masuk ke tekak...nyum...nyum

Salam. sejahtera semua...cheese.....mulakan hari dengan senyuman..
hajat tercapai nak makan cheese cake...Asalnya nak buat pakai kek span je...Alih2 bila tengok blog hanamemories yang sedang menayangkan cheesekeknya...tak jadi buat kek span.Ambik terus resipi hanamemories yang guna cheddar cheese (slice) sebagai bahan kek...Jadinya topping dan kek semuanya ada unsur cheese.....emmm...enak tak terkata...satu hari je dah licin...Pemangsanya yang utama adalah tuan yang buat kek ni...Alang2 kalsium terkurang dalam badan, maka kubedal cheescake ni sesedap hati...

Terima kasih untuk hanamemories...untuk resipinya yang istimewa...sebab tak penah lagi jumpa cheese cake pakai cheese slices. Hasilnya bila kita makan tak lah terlalu muak... toche...toche..
rupa dimalam hari pas parut cheese.aku guna resipi


RESEPI SNOW CHEESE CAKE
Deli sweetsour guna adunan yang banyak

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping  DSS pakai 5 je
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.
rupa dipagi hari...bawak kluaq dr esbok

YeYe.... mama sempat rakamkan gelagat anak2 mama sebelum nak g sekolah...

kakak ain,,,,pagi2 dah makan cheese cake...dasyatnyer....
kakaklah peminat kek mama...
sedapkan....kongsi2 dengan ayah...


ni la kerja harith,,, dah siap  semua, masih nak tido lg...ggrrr...ni yang buat mama asyik  lambat  punchcard....

si tomei mama, khalish paling semangat nak p sekolah , Abg irfan pakai stokin dia pun nk gak...

sempat main2 lagi...jom2 nak g maktiah...

Monday, January 28, 2013

ROTI SOSEJ LADA HITAM

sarapan pagi isnin.....bestnyer cuti.....

bahan2
roti 
marjeRIN
sosej blak peper
sos cili
thousand islaND

Sunday, January 27, 2013

free ...taman tema air




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434


salam maulidur rasul buat semua






MEE UDANG ...Kuali berasap..!!!!!!

2 camb tepung jagung}dibancuh dengan sedikit air utk pekatkan kuah


Hari ni betul2 malas nak masak makan tengahari.Sebabnya malas nak pikir   menu apa yang sesuai untuk lauk pauk. Lauk pauk mesti match pulak... baru la makan nasi berselera. Ermm ....senang cite aku memang xda selera nak makan nasi arini...dok pikir2 selera tekak ni, last2 datang idea masak mee udang ni. Lagipun dok teringat dalam esbok ada sambal mee sanggul yang tak habis... haa.. boleh guna terus.. tak membazir, cuma kena tambah sedikit bahan lain.

MEE udang ni...sedappppp...jangan tak percaya...menjadi gak pakai sambal lebihan mee sanggul yang aku buat dalam n3 lepas. Pernah tak makan MEE UDANG BERASAP kat Sungai Baru, Kuala Kurau..,. 
Perak ya.. Rasa dia  lebih kurang camtu lah...hehehe...cuma mee udang aku berasap dalam kuali je.

ni utk encik bos, udang semua besau2

ni utk aku, pakai pinggan  bebudak je....utk encik bos tak leh la, kita kna memuliakan suami

Jadi kat sini aku nukilkan resipinyer .ikut  olahan aku.  Sebab pasni nak buat lagi...takkan nak tunggu sambal mee sanggul kut...


Resepi Mee Udang kuali berasap!!

Mee Kuning (500g)
Udang Harimau
Telur ...pecahkan dalam kuah, 1/2 msk@ 3/4, then angkat
sayur sawi...(lupa nak beli)

BAHAN UTK KUAH
1Biji kentang yg kecil,rebus hingga empuk 
2 biji tomato, kisar
3 @ 4 sdb cili kisar...agak2
6 ulas bawang putih dikisar
8 ulas bawang merah dikisar
2cm belacan,.kisar.. optional....dlm resipi org lain ada buh sos ikan...
2 sb udang kering dikisar halus

BAHAN PENAMBAH RASA
Sos cili samano.....1/2 botol
4 camb sos tomato...maggi
Serbuk pati ayam.......(xda stok plak, but still ok)
Gula....aku letak 2@ 3 camb
Garam secukupnya

Minyak utk menumis

HIASAN
cili merah,limau kasturi
daun sup n daun bawang yg dihiris halus, bawang goreng.

Cara-cara:-
1. blend ubi kentang dah direbus dengan sedikit air,bersama tomato buah .
2. tumis bawang putih,merah,belacan hingga kuning,masukan cili kisar,udang kering...sampai naik minyak.
3. masukkan kentang dan tomato yg di blend,Leh tambah air utk kuah yg lbh.Biarkan sebentar,
3. masukkan semua bhn PENAMBAH RASA,pas mendidih  masukkan udang.Biarkan udang  masak  dan angkat ke dalam pinggan.Tutup api, nak hidang baru la letak *telur mata,cili merah,limau kasturi,daun sup dan bawang dan bawang goreng.

Wednesday, January 23, 2013

Aiskrim strawberi....resepi 1


mangkuk punye beso, aiskrim ciput

Salam buat semua...nak aiskrim tak??
hehe,,, mesti ramai peminat aiskrim kan...tak kira tua ke muda...even mak aku yang ada kencing manispun kadang2 dia bantai gak...
Disebabkan anak2 aku suka sangat makan aiskrim,
balik sekolah@ tadika nak suh bli aiskrim....macam nk kena buat budget khas utk aiskrim plak...jadi mamanya pun dapat la idea untuk  bikin siskrim sendiri....

warnanya masih belum mencapai tahap  indulgence
sumber : cik Epal
olahan : Deli sweetsour

bahan2

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
1camt esen vanila
1 camb ovallate
1 biji telur...kuning telur je pun bole


perisa strawberi

Cara2
Blend semua dalam 10-15 minit pakai mixer
last baru masuk perisa
Then masuk dlm esbok , sampai dah keras, keluar balik then blend balik..(aku pakai blender je)
simpan balik.
bila dah beku bole la bedal.
selalu beli jenis ni.....sedapnyer...

Sunday, January 20, 2013

lala masak lemak cili api

bila zaman aku masak ni ntah.....aje nak post n3 yang dok dlm draft.
layan je la. akupun malas nak berbicara...

RESIPIku

lala
10 biji cili api
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang serai
kunyit hidup/ serbuk
1 keping asam gelugur
santan secukupnye


eh...eh... cite ckit la...
pasal irfan la....kalau menu lala ni dimasak atau dibeli komfirm punya dia makan ALHAMDULILLAH...pastu bukan apa.. tak nak ingat kat orang lain... memang 1/2 periuk tu dia yang sental...kadang2 tak sempat nak makan sekali dia dah bedal dulu....irfan...irfan...
PENGAJARAN UTK AKU :
didik la anak supaya mengingati hak orang lain ketika makan...hehe...ingat tu..




mee sanggul PANTAI REMIS



Korang pernah makan tak??

Nostalgia menggamit kenangan....
teringat ketika usia aku masa tu  masih belum bersekolah....antara 5 @ 6 tahun.... masa tu aku dan famili menetap di pantai remis. Rumah ketika itu betul2 di simpang tiga- disimpang bruas,, pantai remis dan taiping..Sekarang bila nak pergi Lumut / P.Pangkor mesti lalu depan bekas tapak rumah tu...teringat kenangan manis zaman kanak2.

Mandi air telaga, berlari2an ke kebun kelapa sawit sambil nyanyi lagu Sharifah Aini (helang....?), mandi air hujan yang bertakung dalam alunan tanah pasir. Bila tiba musim buah mempelam berbuah aku dan adik beradik yang lain akan berebut buah yang jatuh dalam parit. Aroma buah yang jatuh dalam parit tu pun  aku dok teringat sampai la. Yang paling seronok berkawan dengan kambing2 (masa tu bapak bela kambing), sampai kambing tu aku buat tunggangan., bermain sendirian (main bawak bas) di bawah pokok janggus, bila menyapu sampah, time nak bakar sampah tu biji gajus tu kami bakar dan makan. bila nak  beli kopok, p kedai Pak Chaq, Bapak aku masa ni dah pencen dan selalu ulang alik ke Manong naik motor, bila petang aku akan tunggu apak balik sambil intai- intai kat gon( jalan naik bukit) kut2 dah sampai.
Tapi rumah tu dah takde semenjak aku masuk U, dengan sekali tanah tu bapak aku dah jual...maklumlah masa tu bapak aku tengah kesempitan duit. 

 Masa dok sana lah aku dapat merasa makan mi sanggul ni. Apa-apapun kenangan makan mi sanggul ni mesti teringat zaman tu....pagi2 lagi ayah aku@ mak beli pada makcik menjual .. specialnya dibungkus dalam daun pisang. Cara bungkusannya seperti  bungkus tapai kemudian diselit dengan lidi... ha.. dengan lidi tu lah aku makan sebagai pengganti sudu..aroma daun pisang menyedapkan lgi rasanya.....

Jauh pulak aku terkenang.....mee ni memang special... sebab hanya ada kt pantai remis jeee...walaupun ada versi yang makan dengan sup,,,, tpi masa tu aku hanya ingat versi tak bersup.... versi yang bersup tu org sana panggil laksa mi... pernah cuba makan di rumah teman masa raya 3@4 tahun lepas.... katanya laksa mi pangkor...

Selalunya masakan ni kakak aku yang rajin buat bila dia mai bertandang rumah aku..Aku tak penah tanya dia camna buat..So bila nak buat ni kenalah cari resipi. At last aku jumpa kat my resipi. tapi aku tak buat sup dia .hanya sambal je......jelah bukan nak buat mee laksa

MEE SANGGUL PANTAI REMIS
Sumber asal : my resipi
Olahan : Deli sweetsour

Bahan-bahan  (5-6 orang)


  • * 2 bungkus mee sanggul

  • Sambal mee:-
  • 4 cm belacan
  • 10 bawang merah
  • 8  ulas bawang putih
  • 10 tangkal cili kering.....aku masuk bberapa sudu cili kisar
  • 2 camb udang kering
  • 3 keping asam keping
  • garam n gula
sampingan :
kacang panjang (celur)

Cara-cara

  1. Sambal mee:- - kisar bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering, udang kering - tumis bahan2 yg dikisar sampai wangi n masak - masukkan asam keping,gula n garam secukup rasa
  2. mee  dan kacang panjang dicelur sampai lembut n blhh leer dicampur bersama sambal



Saturday, January 5, 2013

kek coklat indulgence 2013

Kek Pertama tahun 2013



Resipi ni diambil  dari akak (kakchah) yang  berkursus dgan chef (yang pernah bekerja di Sec Recipe)....wow...kira dah terbongkar la resipinye...


Jom kita try...


Bahan-bahan (kek):


CHOCOLATE CHIFFON

BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR (DSS tak buh)

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BET
                               



Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:


100g compund dark chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 


Cara untuk assemble kek:

  • Potong kek menjadi 4 keping. 
  • Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
  • Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!

nota DSS
* Ganache dituang ketika sudah sejuk....simpan sat dalam peti sejukpun takpe supaya dia likat..bila  dituang atas kek ganache digunakan sebaiknya( sebab kurang meleleh ke pinggiran kek....ceh...ayat ! yang akhirnya  menyebabkan pembaziran ...

Bersiap untuk dipotong pada tarikh di atas......

harith yang nak sangat hias kek ni dengan coklat....konon2 macam main game tu....

kek yang penuh dengan limpahan coklat  & salutan kasih sayang

comotnyer meja aku...

tu...dia !
* LEN KALI ...nak buat choc filling (mousse) guna separuh adunan resipi...sudah memadai. Yang DSS buat ni, DSS scoop keluarkan sebanyak 2cawan mousse (tak pakai untuk disapu pada kek.....kan dah membazir...!!!)

Wednesday, January 2, 2013

IRFAN MASUK DARJAH 1....1st day




Musim persekolahan kini kembali...
Harith dah masuk darjah 4, syasya tadika 6 tahun...
Irfan dah masuk darjah 1. Paling bersemangat ialah irfan bila dia dapat menyarung uniform yang formal dah sama cam abang dia.Syukur dia dapat kelas pertama, lagipun masa lima tahun dah pandai membaca beberapa suku kata dan masuk 6 tahun dah boleh membaca lancar...Bijak anak mama..

hehe.... dia tak perasan mama amik gambaq dia

Alhamdulillah, Irfan dapat masuk kelas pertama, 1 BERLIAN

semangat nak p fardhu ain plak...


Gambar kat bawah ni masa  3.12.12..ujian penentuan kelas irfan... hehe bvaru 10 hari lps sunat..bila jalan terengkang2, sampai m.cik kt blkg perasan,kata ni mesti lps sunat ni... masa ni dia masih lg pakai cawan polisterin...nk cover depan tuu...hehe.... lawak sungguh.


pakai baju ikut tadika masing2...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List