radar

Sunday, April 28, 2013

IKAN MERAH MASAK CUKA


selera orang mengandung.....
tak penah2 aku masak masakan ni... kalau ada jual kat kedai atau kantin pun tak berminat nak ambil.boleh dikira dengan jari tak sampai 5 kali kut mencuba makan masakan ni...
tapi tetiba je selera nak makan masakan masam2....jadi inilah kali pertama memasaknya...

RESIPI :

goreng 3 keping isi ikan MERAH...ketepikan...
lain-lain bahan;
3 ulas bawang putih hiris nipis
2 cm halia hiris nipis
1 biji cili merah dan cili hijau, hiris
1 labu bawang besar, potong bulat
1 sudu kecil biji sawi

panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hingga layu....masukkan air secukupnya...biar mendidih...masukkan 1 sudu besar cuka, garam dan gula secukupnya...masukkan ikan goreng tadi dan biar mendidih sebentar...angkat dan hidangkan..

Thursday, April 25, 2013

wadai kepeng

ini pengalaman pertama membuat wadai kepeng..  tetiba teringin nak makan sesuatu yg manis disebabkan mulut terasa payau  akibat perubahan hormon orang mengandung.... tau mengandung minggu lepas bila rasa tak sedap badan macam orang demam dan mulut rasa payau. itupun cek sendiri... blum lg gi jumpa doc.

meh cuba resipi ni....

SUMBER : http://asyifamustaffa.blogspot.com/2012/07/wadai-kepeng.html

Caranya :

masukkan tepung pulut dan secubit garam ke dalam satu bekas.
masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan ~ guna tangan sahaja.
adunan mesti diuli hingga jadi doh ~ kalau x melekat dah kat tangan kira ok la tu...
pastu bulatkan kecik² dan  dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak, ia akan menjadi lebih besar.


Untuk Bahan kuahnya pula :

1/2 ketul gula melaka/ gula merah pun boleh. ( kalau gula merah..masakkan dulu, kemudian tapis)
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit gula ~ bole ditambah kalau nak lagi manis
sedikit garam

Caranya :

Masukkan gula melaka, santan, sedikit garam ke dalam periuk.
masukkan daun pandan ~ simpulkan
panaskan ~ buka api perlahan
agak panas ( jgn sampai mendidih ) masukkan tepung pulut yang sudah siap dibentuk tadi.
tunggu hingga tepung tadi terapung, bila terapung tepung pulutnya, ini menandakan wadainya sudah masak.~ api perlahan


Biar hingga mendidih dan jaga jangan sampai pecah minyak ~ nanti x sedap...

2 ANAK teruna mama yang rajin nak menolong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List