radar

Friday, December 20, 2013

baby wafiy dah tembam day 18

day 18
day 2
day 20
day27
day 23

day 31... dah sebulan genap

dapat la menyusu badan sebulan secara eksklusif
bila nak stat ajar minum botol.?

Sunday, November 17, 2013

KONVOKESYEN AINSYA DI DEWAN KOMUNITI BS.....sya senyum je

Tamatlah sudah pembelajaran ain, ditadika UMMI CERIA..

BERSAMA KAWAN2 BUNGA untuk persembahan pemburu dan haiwan yang cerdik





goyang -goyang badan ....


bersedia untuk naik pentas.... lagu SENYUM........



dalam ramai2 tu dia la paling kecik....mklumlah 6.12 baru masuk  6 tahun

Wednesday, November 6, 2013

Penentuan Tarikh Bersalin.... 3 Disember 2013.milik bayi ini...

Semalam  aku da appoinment dgn doktor dihosp taiping. tak sangka la pulak datang pagi dalm kul 11 boleh sampai 4.30 petng sementara nak tunggu turn.dah lang tunggu poah a nak parking tadi pun melilau cari parking kosong...last2 parking jauh la...jenuh berjalan dengan perut memboyot ni nasib baik irfan setia menemani mama dia. adalah teman. berpayunglah kami dek kerana ketika itu hujan gerimis mula turun.
Dalam hati tu terkenang... kalau la laki aku yang menghantar tak la susah camni...nak drive pun dah tak selesa, nak cari parking punya seksa...redha je la sebab dia terpaksa bertugas.

sebelum aku pergi klinik antinatal p dulu hantar mak ke klinik orthopedik...masyalallah ramai orang ..sampai dapat no..137... pergi tadi ayang yang drive..yelah minta tolong ayang tunggu opah kat situ sementara tu boleh la alu drive sendiri utk p appoinment.. irfan plak ikut aku.....apa2hal ingat boleh la sms..nak tanya dah sudah ke blum tapi rupanya ayang tak bawa h.pon dia... haiya....susah hati betul....

dipendekkan cite dalam kul 2 aygn pinjam pon sape ntah utk pon aku...pastu ,masatu dah nak tiba turn aku( 3 ptg)dia mai cari kat klinik aku...pandai plak dia mencari lokasi aku...rupanya dah hsbis kat sana kkul satu td... nasib baik dia kta dia bg roti kt opah utk mkn..klu tak jenuh la org tua tu berlapo.

haa...bila tiba turn aku aku dok set masa berapa lama aku punya masa dengan doktor. Ya Allah...scannya pun berejam (x la smpai sejam...>< kt 20-25 minit kut) habis ditonyohnya perut aku ....sempat juga aku mengerling kat bilik2 lain...rupanya patient yg dulu drp aku tak keluar2 lagi...last2 berbincang dengan doktor  tarikh operation. pilihan nya 25-28.11... ha biar betul.. bulan ni juga....ikut due 16.12...last aku minta leawt ckit pasai suami  aku kna jd RO  SPM.. SPM masih dok ON lg..akhirnya 3.12..MUKTAMAD... tak boleh dah lewat2.. takut berisiko...
Then bila keluar.....emmm... 45 minit tempoh aku... bila dok kt dlm tak rasa masa tu.. tapi bila kat luar menunggu, huh boleh hilang sabar oii..itupun dah berapa kali keluar masuk klinik...bosan menunggu

Jadinye anak ke 5 ni aku akan terus menyerah diri utk dibersalinkan tak seperti anak2 lain melalui  waktu yang benar2 sampai utk aku bersalin walaupun ada antaranya yng  last2 kena operate juga... Semua pengaslaman yang berbeza-beza. Semoga Allah mempermudahkan proses kelahiran annak ini tanpa sebarang risiko yang merbahaya semasa dan sesudahnya. Aaminnn...

Tuesday, November 5, 2013

SAMBUTAN BIRTHDAY 3 SEKALIGUS


Bersempena  tarikh birthday klong, kami sambut b.day ayah dan ain sekaligus........pasni x berkesempatan dah nak sambut sebab tarikh b.day akan datang tu nak sambut kelahiran baby baru....
jadi tahun depan bulan disember boleh sambut 3 orang sekaligus

makan laksa je ye.....tunjuk ramuan je...

Sunday, November 3, 2013

toilet training...aakhirna berjaya

Alhamdulillah lega....hati

Syasya dah pandai menggunakan tandas tanpa perlu lagi memakai pet2 untuk membuang air besar... Memang lega selega-leganya..apatah lagi tahun depan dah nak naik darjah satu walaupun umur dia baru je masuk 6 tahun...

Selama ni mama punyala risau camna la nanti , takkan la nak bekal pet2 p sekolah..
Dari kecik tak silap umur 3 tahun bila tido malam memang dah tak pakai pet2, tapi bila bab nak BAB, terpaksa pakai juga.

sebelum ni bila nak train dia p toilet, mesti dia stress dan tak jadi keluar , pastu berhari-hari lepas tu baru nk keluar . Itupun terpaksa bagi pakai juga..
Last2 mama amik inisiatif nak belikan dia tempat khas untuk BAB Teringat pulak pengasuh dia dulu ada belikan untuk anak dia tapi tak pakaipun... bila mama p tanya mama ani dia,,, dapat percuma, ingat nak beli je.. tapi dah nak bagi , mama amik je la.
Bila dah ada benda alah tu, try bagi kat dia, tak mau juga, dalam 2/3 kali cuba tak mau.
 tapi lepas tu paksa juga, tinggalkan dia sorang2 dalam bilik air.....(sebab tak mau stress sama2 dengan dia, biar dia BAB dalam ketenangan...hahaha)(24 OKT)

Akhirnya selepas mama selesai solat zuhur, syasya panggil mama.....
MAMA DAH........fuh lega... inilah perkataan yang mama tunggu2...Yes! berjaya.

Pada pagi esoknya  nak kejut p sekolah mama tercium bau busuk,,,, ha... BUDAK NI BERAKke. la.... sampai terbawa-bawa dalam mimpi..agaknya bila dah hilang stress dalam tdopun terasa senang nak BAB... adoi....

Dan semalam (3 NOV) mama cuba paksa dia BAB dalam tandas duduk....nampak dia stress... sambil nangis2... mama tinggal je p solat  asar.... dan akhirnya..BERJAYA.... lagi....
NO MORE STRESS, NO MORE WORRIES

Friday, October 11, 2013

PERIUK AJAIB



Aku beli pada 11 OKTOBER 2013
sempena hari raya korban yang bakal  disambut tak lama lagi
senang nak masak daging korban...hehe..
Harga RM 126...tunai

Tuesday, October 8, 2013

ROTI GORENG



Sedap plak rasanya makan macam ni... terasa sedap plak bila dijamu oleh pengusaha kantin masa rehat ladap aritu..
Terus teringin nak buat... Rasanya aku tau macamana diorang buat...tapi saja tanya kak ain kantin camna depa buat untuk kepastian...

Senang je...
sediakan bater macam nak goreng pisang tu....tapi tambah sebiji telur..
ha.... pastu celup dan goreng..
hasilnya...minyak tak lah menyerap masuk dalam roti seperti menggoreng roti telur biasa..
tapi pastikan api yang kuat (panas) dan digoreng dalam masa yang singkat..

Friday, October 4, 2013

BELI LAGIiiiii....

RM 45.... aku suka pinggan tu sebenarnya...tu sebab beli


hehe.... 2 olang budak ni mau posing juga...
manjenye ayiz dengan akak...tak pakai pet-pet2 tu....
ayiz bila dia tengok tupperware ni mesti nak ajak berkelah....
mama, jom kelah! ma
....ish..ish..


ada lagi yang aku beli, 2 biji botol air menggantikan botol lama yang dah hilang
harga RM 25

Thursday, October 3, 2013

KUAH ROJAK PETIS

resepi ni aku mintak dari anak murid(resepi mak dia)
masa buat jamuan akhir tahun tingkatan 5 ERT merangkap kelas amali masakan 2012, dia offer nak bawa kuah rojak. Masa tu terus berkenan dengan rasa kuah dia terus minta resepi..
baru hari ni nak mencuba, 


KUAH ROJAK
resepi asal : mak FATIN
SUMBER : deli sweetsour

cili melaka RM2.00 ( DSS guna 5 biji cili merah + cili api >< RM1)
belacan secukup rasa (DSS letak 5ketul belacan...saiz sebesar guli....B-daman....) hehe mainan anak aku
1 Botol otak udang
1 botol besar kicap manis
1 botol besar cili sos
5 ketul gula kabung
1 peket gula batu (kebetulan ada....)
1 cawan gula perang (ini xda stok, ganti dgn gula pasir)
1 cawan gula pasir (DSS pakai 2 cawan)
garam secukup rasa
RM 3 kacang tanah
RM 1 bijan
Had tu je resepi dia bagi
Yang ni aku tambah sendiri
1 cawan tepung jagung (bancuh dgn air dulu, baru tuang dalam kuah rojak)...utk pekat   
Air (DSS guna air yang dimasukkan dlm botol2 utk  melicinkan isi botol... so tak bazir)

Cara- cara
1. kisar cili dengan belacan hingga halus
2. Masak bahan yang dikisar dalam periuk dan masukkan semua bahan yang lain kecuali kacang dan bijan
3. masak atas api sederhana hingga gula larut 
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. bila nak hidang, tambah kacang  & bijan.

dapat la sebalang ni...eh..eh... lebih sikit dari balang ni...
yang ni dah tinggal sikit sebab dah bagi jejiran rasa
baki ni untuk kawan2 rasa dan untuk tukang buat dan anak2 dia...

Tuesday, October 1, 2013

sotong goreng kunyit


Utk tayangan semata, 
takyah resepi, tengokpun dah tau guna bahan apa...cuma  kali ni sotong digaul dengan sedikit tepung gandum.... dah siap...

Sunday, September 29, 2013

ketam MASAK LEMAK KUNING



masak lemak kuning .......untuk anak beta...
no.mood untuk bercerita...
layan gambar je la..


Sunday, September 22, 2013

Kari Laksa


Pagi tu malas nak masak sarapan...so makan bungkus je..
 Sambil makan2 aku belek la kertas suratkhabar bungkus makanan sementelaah surat khabar hari tu takde lagi depan mata. belek punya belek terbaca satu resipi 'KARI LAKSA'.(metro Ahad:6 JAN 2013)
Emm...menarik..
memang dok tengah cari idea nak masak lain hari ni... 
dan bahan2 diapun kebanyakan ada dalam stok..kira jadi la hari ni punya menu....
yang teruja sangat nak mencuba sebab menu ini paling popular di RESTORAN RASA MAS..
emmm...mesti sedapppnyer..kan...


yummmm...
Ya... memang tak salah lagi....
memang memenuhi citarasa kami sekeluarga..
sebab...
takde sorang pun yang tak makan...
kebetulan Mak long datang bersama anak menantu..
menu ni la yang aku hidang...
licin.......langkah kanan nampaknya diorang..

Apakata kengkawan cuba masakan ni....spaghetti kalau asyik masak ala barat boring jugak..
sesekali meh kita tukar selera...
Meh tengok resepi dia...

KARI LAKSA
Resepi asal : Restoren RASAMAS
Sumber : Deli sweetsour

bahan:
1 peket spagheti (direbus)
2 batang serai dititik
1 liter santan
1 cawan air
3 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk ketumbar
5 tangkai daun kesum

bahan sampingan:
500gm ayam (DSS potong dadu je)
2 peket bebola ikan
1 peket tauhu puff (DSS guna 4 keping tauhu...goreng & hiris)
5 biji telur rebus
sedikit kacang panjang
garam secukup rasa

bahan dikisar halus
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3cm halia
10 biji cili kering (3camb cili kisar...kut..lupa)
1sudu besar belacan

Cara memasak
1. tumis semua bahan kisar hingga naik bau
2. Masuk rempah kari, serbuk ketumbar, serai, daun kesum dan kacau sampai rempah masak
3. Masuk santan serta air. Kacau semua bahan supaya mesra dan biar kuah mendidih.
4.masukkan ayam dan biar sampai masak
5. masuk bebola ikan dan garam.Masuk tauhu dan terus kacau.
6. Jika kuah masih terlalu pekat, tambah sedikit air. 
7. Setelah mendidih, tutup api...sedia untuk dimakan...


Thursday, September 19, 2013

PUJAAN ANAK-ANAK .....nasi lemakku....


"Mama buat la nasi lemak,"
"ala esok kita beli je kat cik noni"
"mama buat la.....mama masak sedappp"...Ini ayat Harith
Ewah.....kembang aku......
Stat aritu ... seronok pulak aku masak nasi lemak, sampaikan dalam seminggu tu 3/4  kali masak nasi lemak je...sebelum nak p kerja.
Bila tengok diorang makan mesti licin, bukan sampai menjilat jari je, tapi saampai menjilat pinggan...
SERONOKNYA hati.....tengok diorang makan
kadang sampai ke petang kalau nasi tu ada lagi,,, diorang minta lagi..
bila sampai malam ....minta juga...(syasya la tu.....)...dah habis daaa...
ESOK.....
"kenapa mama tak buat nasi lemak", syasya tanya dengan sedih
Amboiii...sakan la mama nak masak tiap2 hari....



Sunday, September 1, 2013

MINI PIZZA



MINI PIZZA
SUMBER:  resipi chef ismail collection 4 (2004)
sumber : deli sweetsour


BAHAN-BAHAN
A
250G TEPUNG roti
1 1/2 camt gula
1/2 camt garam

B
125ml air suam
2 camb krimer Sejat
1 biji telur (dipukul sikit)
2 camb mentega cair

C
1/2 cawan sos tomato
1 camb oregano
5 biji sosej ayam, dihiris
6 kuntum cendaawan butang, hiris
1 biji bawang besar, hiris
1/2 biji capsicum merah/kuning/hijau, hiris
80gm nenas dalam tin, tuskan n hiris
150g parutan keju mozarella

CARA BUAT
1. campur bahan A dan masukkan bahan B
2.uli doh sebati n tidak melekat pada jari
3.Rehatkan doh dalam mangkuk sehingga menjadi naik 2 x ganda. Uli lagi 5 minit.
4. canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan pastry bulat 9cm
5. susun atas dulang pembakar dan cucuk permukaan dengan garpu, ketepikan
6. sapu sos tomato  ke atas doh dan tabur oregano.
7. susun sosej, di atasnya pula sayuran dan taburkan keju
8. Bakar dalam ketuhar suhu 200C selama 15-20 minit atau hingga keju cair.
9.hidangkan......


Saturday, August 31, 2013

HIDANGAN MERDEKA RAYA....LONTONG....resepi KAK PAH YANG SEDAPPP...

Dalam byk2 makan lontong , resepi kak pah (kawan sekolah) yang paling best aku pernah rasa...
jadi aku minta k.pah resipi ni untuk dicuba..
TQVM kak pah...memang sodappp...
gambar ni aku letak sambal ikan bilis



KUAH LONTONG

1 camb cili kisar**
bawang besar**KISAR
1 camb udang kering
udang hidup
kunyit hidup/serbuk
sengkuang
carrot
santan cair
kacang panjang
bunga kobis
terung
putik t\jagung
fucuk n suhun (rendam dulu smpai kemang)
santan pekat last
garam n gula

CARA:
 TUMIS bahan kisar.
pastu masukkan senarai bahan ikut turutan
bila dah masuk santan cair, biar sayur tadi empuk
masuk sayur seterusnya
last baru masuk santan pekat
perasakan
bila mendidih tutup api

KUAH KACANG
secawan kacang( telah dikisar)
3 ulas bwg
1 ulas bwg putih
halia sikit je
lengkuas lebih dr halia
serai sebatang , ketuk
1 camb cili kisar
1/2 gula melaka (dss BUH 1, Takyah buh gula dah)
garam n gula
air asam jawa (ckit je)


CARA: MACAM masak sambal.... malas la nk menaip



Tuesday, August 27, 2013

REKOD STOK BARU 27.8.13

Untung gak tak amik tupperware ni masa raya dulu...rupanya lepas raya harga lagi murah...hehehe...rezeki,rezeki...

rm 47

Beg tupperware untuk khalish.....
KHALISH... dengan beg comelnyer....tak senyumpun...

senyumpun.... rm 30...harga asal RM39


Monday, August 26, 2013

KERABU TAUGEH & KERANG



Ni ntah bila aku buatpun tak pasti. yang pasti masa ni  selera orang mengandung dah datang...ye la tak penah2  buat, makan  beli kat kedai ada la...

KERABU TAUGEH & KERANG

Bahan-bahan ( 4 orang )
Sebungkus taugeh (30 SEN JE)
Sedikit pucuk paku...*3 ulas bawang merah
*5 biji cili padi
*Sedikit  belacan (dibakar)
*Sedikit udang kering (rendam dulu)
*1 sudu teh lada hitam biji
Semua * diblend
2 sudu makan air perahan lemon/limau
1 sudu makan kerisik
Garam & gula secukup rasa


Cara-cara:
Taugeh n pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak. (k.nor skip)
Kemudian toskan airnya.
Masukkan bahan2 yg telah diblend tadi ke dalam taugeh. Gaul rata.
Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula.
Sedia untuk dimakan dgn nasi panas

Nak menarik tambahkan hirisan cili merah...biar berselera sikit makan tu...ni pucat je...

Friday, August 23, 2013

MY BIRTHDAY.....Raikan sendiri

SELAMAT HARI JADI!
Ha.... ucapan buat diriku sendiri...pasai pa...sebab sendiri meraikan...bukan diraikan...
Ye la...yang tinggal kat rumah semuanya yang kecik2..jadi kira mama meraikan anak2 sempena birthday mama. Kalau bgtau birthday mamapun depa cakap tu birthday depa...

No more cake 4 this birthday..... kalau anak2 mesti nak kek...tapi mama ...hemm takyah la... kita tukar kepada.....

6 beranak( termasuk opah) makan satu kotak ni....2 hari baru habis.....fuhh... jimat betul...
makan boleh bersambung esok...siap panaskan balik ayam dan pizza tu..



Sunday, August 18, 2013

SNOW CHEESE CAKE (RESIPI 2... lagi sempoi..all in 1


BIKIN pd 17.8.2013

buat pada 2.7.2013... sampai dah kering dalam peti ais baru nak posing..


Snow Cheese Cake
Sumber :blog kak umi kuantan

Bahan: (Akak guna loyang bulat 8 in)
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) (akak guna gred B)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
  • 60g tepung jagung (maizena)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm)/  boleh guna gak jenama tatura
  • 1/2 tin susu pekat manis / kurangkan dari 1/2 tin krimer manis
 (satukan kedua bahan & putar sehinggatidak berketul-ketul).
DSS kadang2 guna jenama tatura krim cheese

Untuk Toping:


  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C....DSS pakai 170'C
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Tips akak:-
  • Mencairkan mentega, jangan sampai warnanya kejernihan, cukup setakat mentega cair sahaja.  Jika tidak kek akan sedikit berminyak. 
  • Panaskan dulu oven lebihkurang 10 minit sebelum bakar kek.
  • Akak telungkupkan loyang kek sebaik sahaja dikeluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk.
  • Letak loyang kek pada rak paling bawah dalam oven, tetapi kedudukannya di tengah-tengah.
  • Buang (potong rata) bahagian atas kek supaya kerja sapuan lebih senang kerana permukaannya sgt lembut (leroii).
  • Cheese yang telah dipukul, akak masukkan sekejap dalam fridge lebihkurang 10 minit sebelum disapu di sekeliling kek
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List