radar

Sunday, October 28, 2012

Saturday, October 27, 2012

puding lemak berkopi

Cantik pulak tengok hasil puding ni dalam majalah...jadi teringin plak nak mencuba resipi ni..
Tapi resipi tu gunakan agar2 serbuk dan tak bgtau plak berapa gram....stok yang aku ada ialah agar2 bertali.
jadi aku agak2 je la berdasarkan kuantiti cecair yang digunakan..i.e santan dan air sukatannya  mesti dalam
 900ml =3 mangkuk
paham ke formula add math aku ni??? hahaha

senang citer camni.. kalau nak buat puding pakai agar2  bertali ...sukatan yang sesuai ialah dengan menggunakan formula 3 mangkuk cecair untuk 1 mangkuk agar2( setelah kembang direndam)
Insyaallah...gerenti jadi..nak lebihkan cecair sampai 4pun boleh...tapi jadi lembut...n lemah gemalai...
kalau guna 3 mangkuk tu , sedang2 aja..mudah dipegang dan takde masalah untuk menelan...

tengah nak snap gambar tetiba tangan si comel ni landing....hehe...tomei la plak


Rujukan : Majalah saji
Olahan : Deli sweetsour

bahan A
25 gram agar2 tali (kalau direndam dapat semangkuk)
1 1/2 mangkuk santan (aku guna santan dan susu....perabih stok)
1 1/2 mangkuk air
1/2 cawan gula
4 sudu besar susu pekat

bahan B
2 camb tepung kastard/ tepung jagung
1camt  serbuk cappucino (optional)...saja2 menambah

bahan C
1 camb serbuk kopi.*
1/2 cawan air panas* dibancuh

caranya :
1. masak bahan A hingga mendidih
2. bancuh bahan B dengan sedikit air. Masuk dalam adunan A dan kacau rata hingga adunan mendidih lagi
3. cedok 1/2 cawan adunan dan campurkan dengan bahan C . Kacau sebati
4. Adunan selebihnya dituang kedalam loyang.Biarkan adunan lebih kurang 10-15 minit..
5. tuang adunan bancuhan kopi di atasnya...Tapi lakukan dengan berhati-hati..





Friday, October 26, 2012

daging goreng kunyit

menu pertama untuk daging korban

Inilah menu  yang simple tapi bisa menyebabkan nasi  ditambah-tambah...

bahan...
500g daging .. diperap dengan garam kunyit
bawang beasar...hiris
cili merah...hiris
cili api.... sebiji2 /hiris



ratah gitu je pun sodappp...
.
.
.
Meh ...kita tengok  sat peristiwa korban...
first time tengok dari jarak dekat....

1 plastik 1 kg...timbang2


seronoknye  sya




laksa mama

Juadah Hari Raya Haji....


sumber : Hamidah Talib

LAKSA (60 0RANG)
7 paket laksa
3 kilo ikan (2 kilo i.kembung, 1kg ikan sardine)
2 tin besar ikan sardine
60 biji cili kering
20 biji cili masak
10 biji cili padi
200 gm bawang merah (12 biji sederhana besar)
Belacan 2 biji bola ping pong
Asam keeping 7/8 keping (ikut kemasaman yg sesuai)
Daun kesum
garam secukup rasa
perisa

Bahan sampingan

4 biji Timun
6 biji bawang besar
2 ikat Daun salad
Cili api
Nenas


(untuk keluarga sahaja saya gunakan 1/2 resipi...untuk 30 orang)


makan laksa hari kedua...kuahnyer dah bagi cair sebab nak  bagi banyak, boleh makan dengan kuetiow goreng...sedapppp..

Wednesday, October 24, 2012

Puding Rasah

Puding ni aku buat untuk tambahan menu majlis keraian untuk pelajar 5ERT...


Tengah2 nak mengadun tiba-tiba shasha minta aiskrim...matching plak ....

sumber rujukan : majalah saji Ogos 2001
Olahan : Deli sweetsour
bahan :
30g agar-agar tali
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji telur
1 sudu besar gula*
1camb mentega* disatukan
2 sudu besar koko...aku guna perisa coklat
1camt pewarna merah...aku guna  perisa strawberi
1 camb tepung kastard


Monday, October 15, 2012

KEK OREN aku

Inilah hobi aku mengeksperimenkan resipi...Dulu buat kek ni guna tepung  yang dibancuh siap...itupun sebab kawan bagi..Kononnya kek ni adaptasi daripada tepung beli siap tu la...Tapi tak sama juga yang dulu lebih gebu dan montok...tak taulah apa rahsia adunannyer...Kalau nak tengok perbezaan kegebuannya boleh klik sini....Takpe  janji dia kek oren yang pasti rasa dan teksturnya baiiiiiikkkk sekali...
sape nak cuba meh tengok resipi....resipi aku ni.. ..
Sat2...klu tengok resipi lain ada yang tambah soda....mungkin rasa @ kegebuan dia lain kut.... kalau korang nak cuba, cuba letak 1 camca teh.. je...


Kek Oren aku 
Sumber : Delisweetsour

 Bahan-Bahan: 
1 buku mentega (250)
 2 cawan gula kastor(kalau nak kurang manis  guna 1 1/2 cawan je)
 3 cawan tepung gandum  atau boleh guna tepung superfine+1 camca teh serbuk penaik
4/ 5 biji telur 
1 camca teh vanilla esen (tak bubuh lagi sedap-rasa oren lebih menyerlah)
 kulit oren/ 1biji (diparut)
 jus oren 1 biji oren

 Cara: 1. campurkan gula dan mentega dan pukul hingga kembang dan putih.
 2. Masukkan telur dan esen vanilla ,pukul hingga telur sebati dengan adunan. 
3. Kemudian masukkan tepung gandum berserta serbuk penaik dan putar hingga sebati.
 4. Setelah adunan sebati, masukkan jus oren, kulit oren . Gaul sebati.
 5. Bakar adunan dalam suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.


ni versi cup cake...bubuh dalam dulang je...petitin ngak ada...yang ada harta sekolah...haha..malasla nak pinjam.
gambar sebelum dimasak....selepas dimasak punya...dah masuk dalam tekak..

Wednesday, October 10, 2012

harith pergi scan perut--- sihat


Pada 5.10 lepas harith telah  diperiksa oleh 2 doktor pakar..pakar kanak-kanak dan pakar surgeon..Bila pakar surgeon scan perut harith di bilik scan adik yang lain pun ikut sekali nak tengok..periksa punya periksa akhirnya doktor kata takda apa-apa masalah...perut ok, ususpun ok. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya dengan pemeriksaan macam ni dpat  meyakinkan harith dia sebenarnya ok. sihat..sakit yng dia rasa selama ni..mungkin sakit yang terbawa2...Penting juga kepada aku dan suami sebagai ibu bapa yang tak perlu lagi risau tentang keadaan kesihatan harith.

"Harith....harith sihat tau...tengok doktor scan tadi, takde apa2 pun semua ok doktor kata..."
Harith senyum je...sebelum nak p klinik tadi memang dia sangat teruja nak rasa macammana rupa discan.
" Mama...harith sihat terus kalau mama beli buku 'IKHTIAR HIDUP" 2 buah..." Amboi bertuahnya budak ni......Akhirnya akupun belikan buku tu untuk dia...nanti kalau tak beli, dia bagi alasan sakit lagi...waduh...waduh anak sorang ni..


Mulai hari tu sehingga hari ini Harith bangun untuk ke sekolah macam biasa. Dah takde lagi aku dengar alasan dia kata nak muntahlah, sakit perutlah.... cuma dia kata ngantuk...(dah tidur awalpun ngantuk lagi? takpa nanti mama bagi vitamin cukup2)

Wednesday, October 3, 2012

HARITH DAPAT HADIAH UTK PROGRAM NILAM


Tahun ni harith banyak kali tak hadir ke sekolah sebab sakit perut...Last aritu bawa ke TMC, doktor cuma kata angin je..kena habiskan ubat kalau tak baik gak doktor nak scan perut dia...Tut..tut semalam waktu petang dia mengadu sakit lagi tapi bukan sakit perut tapi kat tepi sebelah kiri..mungkin senak perut kut..aku fikir. sebab  kalau sebelah kanan itu adalah sakit appendiks.ahh...senak biasa tu..
malam tadi kami sekeluarga pergi pameran buku habibi kt pusat bandar.Harith ikut sekali..tapi jalannya dah menyenget semacam.emmm ayah dia kata jom la p. klinik....dan Doktor kata senak atau angin....haaa..akupun boleh jd doktor.Pastu ubat yang  biasalah doktor bagi...antibiotik, sakit perut, angin. Harap2 Harith akan ok balik
Tapi pagi ni dia mengadu sakit lagi.. sakit sampai belakang..dan tak mau ke sekolah lagi.pening la aku...macam2 kerenah dipagi2 ni....Takpalah sabar je la.Sat gi nak menenpuh jem satu hal..lagi la buat aku tension.!!
Harith ..semoga cepat pulih dan dengar cakap mama..Bila dia tengah sihat memang tak ingat nak duduk diam2 dalam rumah..asyik2 nak cari kawan. Nasib la walau dah banyak kali xmai sekolah, bila dia datang sekolah isnin lepas dalam perhimpunan dia terima hadiah tempat ke-3 dalam program nilam..haa..sejuk sikit hati mama.

Tuesday, October 2, 2012

LAKSA JOHOR


SALAM SEMUA...
teruja sangat nak buat laksa Johor lepas dapat rasa laksa ni  yang dibawa oleh k.liza dibilik guru minggu sudah.Laksa ni mula diperkenalkan oleh k.syikin. Tapi pada awalnya memang tak pandai nak makan. Bila dia bawa ke sekolah aku  makan sikit je. tapi bila dah pandai makan...tunggu-tunggu gak bila dia nak buat lagi..hehe..tapi nampaknya takde rezeki......sampai la dapat merasa air tangan k.liza(orang johor pure)

Ini adalah percubaan pertama buat laksa johor..meh tengok resipinya. Maaf ye tuan punya resipi ..saya dah renovate banyak ikut kesesuian bahan dan kesenangan saya..


LAKSA JOHOR
sumber :
http://www.eserikasih.com/resepi-laksa-johor
Bahan-Bahan:
1 paket spaghetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
BAHAN KUAH
Bahan A – (direbus dan dimesin – asingkan)

1 kilo ikan (500g kembung, 500g sardine)
3 camb udang kering
100gm udang basah, dibuang kulit ..X letak
Sekeping isi ikan kurau kering (dibakar)..xletak

Bahan B untuk digiling/mesin
20 tangkai cili kering/ 1cawan cili kisar
10 biji bawang merah sederhana besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
2 cm kunyit hidup


 Bahan lain
3 camb kari ikan (babas)
5 batang serai (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)

1 paket/ 50g kerisik
1 mangkuk santan pekat
10 keping asam keping

Garam dan gula secukup rasa

Untuk Hiasan
Timun, dibuang kulit dan dihiris halus
Lobak merah, dihiris halus
Kacang panjang, dipotong kecil
Bawang besar, dihiris bulat
Limau nipis, dipotong serong/ limau kasturi
Lada merah/lada hijau dihiris
Taugeh, dibuang ekor
Tauhu digoreng, dipotong kecil-kecil
Daun kesom dan daun selasih, dihiris halus
1 mangkuk sambal belacan

 Cara:
1. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebuskan ikan, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.
2.. 1/2 cawan minyak di masukkan ke dalam periuk dan tumiskan dengan serai dan lengkuas yang diketuk, cili mesin, diikuti dengan bahan B yang dikisar. Biarkan garing sedikit.
4. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan ke dalam tumisan tadi dan diikuti dengan bahan A. Kemudian, masukkan asam keping, kerisik, santan dan garam dan gulanya secukup rasa. Masak sehingga semuanya sebati.
Resepi Sambal Belacan
Lada merah 5/6 biji
Belacan – 30 gram dibakar
Bawang merah 1 biji kecil


Cara:
Mesinkan semua bahan dan hidangkan

Tips: Untuk menghidang, tuang kuah ke atas spaghetti, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan, tauhu dan perahan air limau nipis.

Petua:
1. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.
2. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 – 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
3. Untuk lebih perisa sediakan semalaman baru dihidangkan. Jika terlalu pekat campurkan dengan air atau santan.

Hidangan:
10-15 Orang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List