radar

Sunday, March 4, 2012

Tartlet buah-buahan

Edisi Tertunggak
Musim ni memang sibuk, senang cakap dah takde masa nak update blog...jadi setakat tahun ni punya keluaran semuanya saki baki apa yang aku buat dari tahun lepas(cuti sekolah)yang tak sempat di postkan...maklumlah my baby semakin aktif dari menyulur dan nak merangkak sekarang plak nak stat belajar berdiri...waduh... kena berhati-hati takut-takut jatuh plak...tapi now aku memang susah hati sebab khalish tak mau makan, minum susupun kdg 3,4,5 jam sekali...tk tau nak cuba bagi makan apa lagi..Berat badan diapun dah masuk garisan kuning rasanya...hari ni nak pergi check-up.Jadi disebabkan inilah aku taklah boleh nak ngadap blog je....masak tetap masak...tapi takyah lah nak snap-snap ni...tak sempat...

kenangan masa buat tartet ni, anak aku yang 4 dan 5 tahun yang tolong masukkan doh dalam acuan. depa la yang penyet-penyetkan pastu doh yang mentah tu depa makan...Tapi bila doh dah dibakar depa x makan pun...mentah tadi lg sedap..

ini la kali kedua aku buat resipi ni selepas kali pertama bereksperimen di makmal ERT UPM...hahaha...lama tu....Sebenarnya akupun tak berapa suka tapi disebabkan hiasan dia cantik dengan buah-buahan,,,tu yang nak buat tu...


TATLET BUAH-BUAHAN-pASTRI RAPUH
SUMBER :Resipi khusus KBSM
Olahan: Faridah@Delisweetsour

Bahan-bahan ( 24 biji )
Pastri :
110g mentega
100g gula kastor /aising.......guna 50g-100g...kurangkan gula dalam masakan
1 biji telur kuning (drp peti ais)
200g tepung gandum diayak dengan secubit garam
2 sudu teh air sejuk
1/4 camt esen vanila

Krim Kastad :
100g tepung kastad
150 ml air
100g krim putar / susu UHT
BuahKiwi, Strawberi, Anggur,Peach ...klu takde...guna buah dalam tin je...

Cara-cara
1.Gaul ramas tepung dan mentega sampai jadi serbuk roti.Masukkan gula dan kacau sebati. 2.Masukkan campuran telur, adun hingga menjadi doh(x perlu lama-lama, asal sebati ok) 3.Keluarkan doh dan masukkan dalam plastik. Rehatkan 15 minit dalam peti sejuk.
4. Panaskan oven selama 15 minit. suhu 200C.
5.Bahagikan pastri kepada 24 bebola, penyenyetkan/tekan setiap bebola ke dalam acuan saiz 
   5cm.Acuan tidak perlu di griskan. Cucuk dengan garfu ditengah-tengah doh.
6.Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 200C atau hingga kekuningan.

   TIPS: kalau nak bagi kulit tart tak lembik , bolehlah sapukan coklat masakan yg sudah dicairkan dan tunggu kering sebelum diisi kustard. Kalau tak letak pun tak pe, tapi kene makan segera. Coklat ini menghalang daripada kelembapan kustart mempengaruhi kerangupan kulit tart

7.Untuk Krim Kastad : Putar tepung kastad segera dgn air sejuk hingga pekat dan lembut. Masukkan krim putar dan kacau sebati Paipkan atas kulit tat dan hiaskan dengan buah-buahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List