radar

Thursday, September 13, 2012

Lamanya Harith sakit perut

Susah hati dengan Harith... bila time nak ke sekolah je asyik sakit perut...Kadang percaya kadang tak percaya...betul ke dia sakit ni ni atau nak jadi alasan tak mau p sekolah....bila selidik balik betul la dia sakit perut sebab kadang2 tengah malam dia bangun bagitau sakit perut atau tengah2 syok main kat luar dia lari masuk rumah bagitau sakit perut..
 
Mungkin maklumat ni boleh digunakan untuk analisis simptom ni...Harap2 Allah akan sihatkan abang Harith dan bersemangat balik ke sekolah...Dah dua klinik dah kami bawa tapi masih sakit lagi..doktor hanya kata angin/ jangkitan kuman je..

Sakit perut berjangkit

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.
APABILA mengalami sakit perut, anda mungkin menyangka ia akibat anda tersalah makan dan berharap ketidakselesaan itu pulih tidak lama kemudian. Namun, tahukah anda, ada sejenis kuman yang menyebabkan penyakit perut dinamakan Helicobacter pylori (H pylori)?
Saintis Jerman menemui H pylori dalam perut manusia pada 1875 manakala saintis Itali menjumpainya dalam perut anjing pada 1893.
Barry Marshall dan Robin Marshall yang pertama mengasingkan kuman itu pada 1981, dan menumbuhkannya. Mereka percaya kuman itu menyebabkan penyakit perut.

Kuman itu berbentuk rod dan berflagela (bebenang halus panjang seperti cemeti tersemat pada sel tertentu) dan berada di atas dinding perut dekat antrum (bahagian hujung perut). Mereka yang berusia lebih 50 tahun berisiko mendapat jangkitan kuman itu.


Ia boleh tumbuh selepas tiga hari pada agar-agar darah dalam makmal yang terkawal. Ujian genetik untuk kuman itu berguna pada masa akan datang kerana mungkin vaksinasi baru boleh direka untuk menghalang kuman itu membiak dalam perut manusia.

Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong, berkata bakteria ini biasanya tidak mendatangkan masalah pada peringkat kanak-kanak.

Jika menjangkiti kanak-kanak, dia mungkin mengalami gejala gastritis, termasuk loya, muntah dan sakit di perut. Bagaimanapun, ia mungkin tidak disedari pesakit kerana tiada gejala jelas, malah gejala sama turut dialami ketika berdepan banyak penyakit lain.

Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada penyakit penghadaman, termasuk gastritis iaitu kerengsaan dan radang pada lapisan perut dan penyakit ulser peptik. Kanak-kanak yang menghidap ulser peptik boleh mempunyai luka berdarah, hematemesis menyebabkan muntah berdarah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi dan melena iaitu najis hitam, berdarah atau kelihatan seperti tar.

Pesakit lebih menderita kesakitan ketika perut kosong. Ia perlu diatasi segera dengan mengambil makanan atau ubat anti asid. Dalam kes teruk, kuman ini mungkin boleh menyebabkan kanser perut.

Bakteria itu boleh didapati di seluruh dunia, terutama di negara membangun berbanding di negara maju. Sesiapa saja boleh dijangkiti bakteria H pylori tanpa menunjukkan gejala. Setakat ini, tiada vaksin untuk kuman ini.


Gejala dijangkiti:

  • Kadangkala tiada gejala langsung
  • Simptom yang biasa didapati ialah sakit di perut, rasa kembung walaupun tidak makan banyak
  • Apabila penyakit ini mempunyai komplikasi, ia menyebabkan pendarahan daripada luka dinding perut atau menembusi dinding perut
  • Ia menyebabkan kanser perut atau kanser esofagus 


    Adakah kuman mengganggu resapan zat makanan? 

    Tiada bukti. Sebilangan pesakit kekurangan zat besi mungkin disebabkan pendarahan luka di perut. 


    Adakah kuman ini berkaitan dengan penyakit jantung, alahan, diabetes, penyakit usus besar atau tiroid? 

    Tiada bukti untuk menyokong bahawa kuman ini mempunyai hubungan dengan penyakit berkenaan. 


    Adakah kuman ini berkaitan dengan kanser perut? 

    Risiko mendapat kanser perut ialah 0.5 hingga 2.5 peratus di kalangan pesakit yang dijangkiti kuman. Risiko lebih tinggi di Jepun dan Colombia, manakala risiko lebih rendah di Amerika Syarikat dan Australia. 


    Bagaimanakah kuman ini merebak? 

    Kuman ini didapati di air liur, gigi dan najis. Kemungkinan kuman ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar. 


    Haruskah suami atau isteri pesakit turut dirawat? 

    Hanya 50 peratus suami atau isteri pesakit turut dijangkiti kuman ini. Mungkin sesetengah individu ada imuniti atau gaya hidup yang berbeza, lalu mengelak dijangkiti. Doktor biasanya akan menyiasat suami atau isteri pesakit jika mendapati ada gejala penyakit. 


    Selepas rawatan antibiotik, perlukah menjalani semula ujian endoskopi? 

    Ada kuman yang kebal atau tidak dapat dibunuh dengan antibiotik yang biasa diberi. Untuk memastikan kuman mati, amat penting mengulangi ujian endoskopi. Jika kuman tidak mati, antibiotik perlu diganti dengan yang lain. 


    Jika kuman tidak mati selepas rawatan pertama, apa harus dilakukan? 

    Ini berlaku mungkin disebabkan pesakit tidak mengambil ubat mengikut jadual tetapi biasanya doktor menukar antibiotik kerana kemungkinan kuman terbabit tahan dengan ubat terdahulu. Endoskopi biopsi untuk menumbuhkan kuman boleh dibuat untuk ujian antibiotik sensitiviti. 
    Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/28

  • No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    My Blog List