radar

Thursday, April 25, 2013

wadai kepeng

ini pengalaman pertama membuat wadai kepeng..  tetiba teringin nak makan sesuatu yg manis disebabkan mulut terasa payau  akibat perubahan hormon orang mengandung.... tau mengandung minggu lepas bila rasa tak sedap badan macam orang demam dan mulut rasa payau. itupun cek sendiri... blum lg gi jumpa doc.

meh cuba resipi ni....

SUMBER : http://asyifamustaffa.blogspot.com/2012/07/wadai-kepeng.html

Caranya :

masukkan tepung pulut dan secubit garam ke dalam satu bekas.
masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan ~ guna tangan sahaja.
adunan mesti diuli hingga jadi doh ~ kalau x melekat dah kat tangan kira ok la tu...
pastu bulatkan kecik² dan  dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak, ia akan menjadi lebih besar.


Untuk Bahan kuahnya pula :

1/2 ketul gula melaka/ gula merah pun boleh. ( kalau gula merah..masakkan dulu, kemudian tapis)
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit gula ~ bole ditambah kalau nak lagi manis
sedikit garam

Caranya :

Masukkan gula melaka, santan, sedikit garam ke dalam periuk.
masukkan daun pandan ~ simpulkan
panaskan ~ buka api perlahan
agak panas ( jgn sampai mendidih ) masukkan tepung pulut yang sudah siap dibentuk tadi.
tunggu hingga tepung tadi terapung, bila terapung tepung pulutnya, ini menandakan wadainya sudah masak.~ api perlahan


Biar hingga mendidih dan jaga jangan sampai pecah minyak ~ nanti x sedap...

2 ANAK teruna mama yang rajin nak menolong

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List