radar

Monday, March 25, 2013

KEK GULA HANGUS


Assalamualaikum...
Salam cuti sekolah.....Lega rasanya bila tiba hari cuti.. Boleh releasekan stress...
Dah lama tak buat kek...
Jadi pilihan kek yang seterusnya ialah kek gula hangus..Kek ni biasa dibuat mak DSS masa zaman kecik2 DSS. DSS pun nak cuba. Mak DSS buat yang biasa je rupanya tak macam yang orang selalu buat ...rupanya bersarang tu....Tapi bila makan jenis yang bersarang tu rasa cam makan kek plastik plak....hehe...ikut tekak masing2 la...
Untuk mendapatkan jenis yang bersarang tu, kena perap lama sikit dalam 1/2 -1 jam gitu.... tapi malas la nak tunggu lama2, DSS terus bako je....
Specialnya bila bersarang tu rupanya pun cantikkan...ikut la tahap kesabaran  orang yang buat tu...



Kek Gula Hangus
Resipi : Kak Anymz - MyKitchen
Di olah : Che CT


Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir 
1 cawan air panas 

Cara membuatnya :

1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik.

Bahan Kek :
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
4 biji telur 
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1camt esen vanilla....DSS tambah
Cara membuatnya :

1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul butter dengan telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunan sebati saja.
3. Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi. kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. Perapkan sebentar dalam 10 minit.DSS tengok resipi lain adunannya diperap 1/2- 1 jam untuk mendapatkan rupanya yang bersarang.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama lebih kurang 45minit hingga 1 jam atau boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

2 comments:

  1. Salam ..sedap tu petang2 gini..makan dgn teh o panas..mama selalu juga buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm....mesti pakar dah... Buat xyah tengok resipi...butul x?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List