radar

Friday, April 9, 2010

JADI.......!!!!!! JANGAN TAK JADI!!!!

I've already made this decision.CONFIRMMM .masuk competition ni...so...tak payah nk fikir lama2...cari resipi,ubahsuai n..do the experiment..
....and finally..i've got this...

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KERIAN 2010
TEMA: PERAYAAN 1 MALAYSIA
PILIHAN MASAKAN

Puding Cendol Mesra (merebus)


lupa pulak nak buang kulit mempelam ni....kalau buang lagi cantik

Bahan-bahan
Lapisan luar
1 camb Serbuk Nescafe Nestle
1 camb serbuk agar-agar
600ml air
125g gula pasir


Lapisan dalam
100ml air
100ml susu sejat ideal NESTLE-
1 camt (rata) serbuk agar-agar
30g gula pasir
100g cendol
Secubit garam

Hiasan
Bijirin Nestle

Cara membuatnya
Bagi Lapisan Luar
1. Masakkan air,serbuk Nescafe, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan susu . Biarkan mendidih sedikit.
3. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong
Bagi Lapisan dalam
4. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
5. Masukkan susu dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
6. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat.
7. Tuangkan kedalam acuan.
Tips : Sebelum tuang adunan dalam, pastikan adunan luar sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan. Tuang adunan lapisan dalam perlahan-lahan.


Nasi Pilau Muhibbah (mengukus)






Bahan-bahan

200g cawan beras
175ml air
50ml susu sejat Ideal NESTLE
2 camb minyak sapi
1 biji bawang besar}dadu
2 ulas bawang merah}kisar
1 ulas bawang putih} dikisar
½ kiub ayam maggi
4 camb perencah nasi goreng Maggi
1 biji Bunga lawang
1 keping Kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 biji lada hitam
Sedikit serbuk kunyit

Hiasan
5g kismis
10g kepingan badam
Lobak merah

1. Basuh beras, tus dan ketepikan
2. Sediakan pengukus dan didihkan air
3. Panaskan s edikit minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik aroma.
4. Masukkan perencah nasi kandar Maggi dan tambahkan sedikit air .
5. Masukkan kiub ayam Maggi . Kemudian masukkan beras dan serbuk kunyit. Kacau seketika dan tutup api.
6. Masukkan beras ke dalam Loyang dan masukkan cecair. Kukus hingga ¾ masak
7. Dengan api yang kecil,cairkan mentega di dalam kuali dan goreng kismis selama seminit. Angkat dan ketepikan.Goreng pula kepingan badam sehingga kekuningan .angkat dan ketepikan.
8. Taburkan kismis dan badam dan parutan lobak ke atas nasi yang telah ¾ masak.
9. masukkan nasi ke dalam ketupat yang telah dianyam..dan kukus semula..



Daging Bakar Masala (memanggang)




Bahan-bahan perap
300g daging batang pinang
1 biji bawang putih
25g perencah ayam tandoori
1 camb minyak
1 camb yougurt Nestle

Bahan kuah
25g perencah ayam tandoori
2camb susu cair ideal Maggi
2camb yougurt Nestle
4 biji bawang merah } kisar
2 ulas bawang putih- cincang
2 camb sos tomato Maggi
1 camt secukup rasa Maggi
1 sudu besar minyak masak
2camb sos cili
2 helai daun pudina

Bahan kelapa pudina
5 camb kelapa parut}
5 helai daun pudina}
2 tangkai cili padi} kisar semua
2 ulas bawang merah}
Secukup rasa maggi}

Hiasan
Daun pudina
Tomato/
1 biji lada benggala hijau

Cara menyediakan
1. perap daging semalaman dengan perencah ayam tandoori.panggang daging hingga masak.Apabila sejuk hiris nipis-nipis.
2. sediakan bahan kisar kelapa pudina dan masukkan dalam gulungan daging.gulung dengan kemas
2. sediakan bahan kuah.tumiskan bawang putih dan bawang kisar sehingga wangi.. Masukkan perencah ayam tandoori serta sos tomato dan gaul rata.
3. masukkan yougurt nestle dan daun pudina ..
4. akhir sekali tambahkan secukup rasa maggi.
5.tuangkan kuah di atas gulungan daging tadi dan hidangkan..


Sayur bungkus Gong Xi (menggoreng tohor)




Bahan-bahannya:

70gm bunga kobis
70gm brokoli
1 batang lobak merah
4 biji cendawan butang
4 biji sengkuang cina
20gm cendawan telinga tikus
1 camt secukup rasa
1 keping fucuk- rendam hingga kembang

Bahan-bahan perisa
100ml air
2 sudu besar sos tiram Maggi
1 camt secukup rasa
½ mangkuk air pati ayam Maggi
1 camt tepung jagung
50g sayur pak choy


Cara menyediakannya:

1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan kesemua jenis sayur kecuali fucuk.
2.masukkan bahan perisa . Angkat dan ketepikan.
3. fucuk dilap kering kemudian dibentangkan didalam mangkuk.Masukkan sayur yang digoreng dan bungkus hingga kemas kemudian kukus selama 10 minit.
4. alihkan bungkusan sayur ke dalam pinggan kemudian potong menyilang di bahagian atas sebelum dilipatkan keempat-empat penjurunya ke atas.
5. sediakan air rebusan pati ayam hingga mendidih dan masukkan bhan perisa dan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Masukkan sayur pak choy .Bila kuah menjadi pekat tuang ke atas sayur dan hidang.


bersama k.pah selepas selesai sesi latihan...sampai lewat petang..

Alhamdulillah....within 3 days be4 competiton aku bersama peserta bertungkus lumus menghasilkan pilihan masakan tersebut...3 kali masak 3 x alter resipi...fuhhhh...kerja sehari hampir 12 jam....letih memang letih...tapi
.....yang penting....adalah kepuasan kerja..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List