radar

Wednesday, May 12, 2010

KONNYAKU JELLY

Hari ni ada aktiviti Kelab ERT...cadangnya nak menjahit sebab student aku belum siapkan projek jahitan mereka...tapi jadual clash la plak (nak masuk bilik jahitan) dengan pelajar petang...so akupun tanya pelajar."Nak masak tak hari ni?"..."nak!!!!!!" Ya Allah...bebudak aku ni nak histeria balik ke...sampai camtu sekali seronoknya depa nak masak...menjerit macam ....bergegar satu sekolah..

so, kami pun memulakan agenda baru kami ni....
Resipinya diambil dari blog Ummi diambil dari blog mat...
terima kasih ye....kak ummi dan mat.....

Lets do the experiment......

Siap dah....

gambar nanti dulu... tak sempat nak upload...

ok...semua boleh tengok dah..



inilah rupanya....rasanya sedikit kental...anak-anak aku memang suka...tapi bukan suka kat jeli tu...buah dalam tu yang depa korek...tu yang sedap dia kata....


KONNYAKU JELLY MEDLEY
Bahan-bahan:
• 1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), harga RM 2.20
• 150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
• 800 ml air
• 1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
• 300 ml air (xtra)-termasuk air dlm tin (buah longan)
• Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (mat guna kuning, merah, ungu dan biru)
• Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris (nak masukkan apa2 jenis buah pun ok)- tp yang ni tak hirispun..
Cara Membuat:-
1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata.
2. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
3. Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih.
4. Bahagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letakkan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.
5. Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comel untuk membekukan jelly.
6. simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.

2 comments:

  1. sedapnya...
    nak sikit boleh...
    mcm mana rupa dia.. nape x tngkap gmbr...

    ReplyDelete
  2. gambar ada....tak sempat lg nk upload....disebabkan busy benda lain...nanti la ek...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List